V Shaped Rear Bracing

V Shaped Bracing

==============

Pernah jumpa struktur besi ni dalam Proton Saga SV? 2 keping besi ini ialah crossmember yang dipasang di atas bahagian suspensi belakang. Struktur ini biasanya akan bertindak dengan menguatkan chassis kenderaan dan memberikan ketegaran (rigidity) yang tinggi

Biasanya apabila kenderaan berada dalam keadaan statik, 4 daya akan bertindak pada kenderaan iaitu dari tayar ke bahagian chassis. Apabila kenderaan mengambil selekoh, terdapat lagi 2 daya yang bertindak iaitu centrifugal dan centripetal force.

Daya (Force) ini tiada kaitan dengan Jedi dalam cerita Starwars, tapi akan menyebabkan chassis kenderaan meliuk (deform). Salah satu kesan yang akan kita rasa ialah body roll atau chassis kenderaan terasa senget seperti nak terbalik ketika mengambil selekoh

Jadi bila struktur ini dipasang pada kenderaan, rigidity kenderaan akan bertambah dan makin seronok dipandu melayan selekoh. Tapi akan ada 2 keburukan dari struktur ini:

1. keselesaan kenderaan akan terjejas sedikit, Chassis akan terasa keras sedikit

2. kerusi belakang tidak boleh dilipat untuk simpan barang panjang kalau ke IKEA

Dulu² lepas pasang stabiliser bar dan anti roll bar di gombak, terus balik ke kampung lalu karak.

Tengah sedap layan selekoh sebelum terowong, ada waja lampu HID folo. Kalau ikut spec lampu tue saya agak Waja CPS 125hp

Saya pun layan main cat and mouse dari terowong sampai tol kedua dan menghampiri tol lanchang

Body dah rigid dan tayar pulak baru memang seronok layan selekoh. Tapi saya perasan Waja ni lagi cekap dari saya.

Braking point sebelum selekoh tepat, entry cornering point pun dia folo rapat, slow in fast out pun cekap, dan masa amik selekoh high speed pun driver macam selamba je

Alamak ni mesti abam polis…masa di jalan lurus, saya pun slow 90km/h membiarkan waja silver tu potong. Tertera tulisan di badan kereta ” Pegawai JSJ” dengan logo polis. Kalau polis trafik mau kene saman.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: