Jumpstart Bateri

Jump-Start

========


Ada kawan pernah menghubungi saya berkenaan dengan kereta dia yang ada masalah dengan ABS modulator system. Sistem berkenaan rosak apabila dia cuba jump start kereta yang bateri weak dengan kereta kawan.

Masalah timbul apabila sambungan dibuat dengan polarity yang salah. Kutub positif disambung dengan kutub negatif. Akibat sambungan ini, sistem modulator ABS rosak dan kos untuk pembaikan lebih kurang RM 5000. Satu kos yang sangat tinggi

Sambungan untuk jump start boleh dibuat dengan merujuk gambar ini. Kabel merah sambung kepada kutub positif dengan kutub bateri bantuan. Kabel hitam disambung dari kutub negatif bateri bantuan ke blok enjin kereta yang bermasalah. Bukan direct ke kutub negatif

Apabila sambungan telah sempurna, hidupkan enjin dari kereta yang memberi bantuan selama beberapa minit. Apabila sudah sedia, enjin kereta bantuan hendaklah dalam keadaan high RPM. Sekiranya enjin masih gagal dihidupkan setelah beberapa kali percubaan, maka tiada cara lain selain membeli bateri baru

Sekiranya kes bateri flat berlaku di sekitar Lembah Klang, boleh hubungi bateriku dj talian 1800222324 atau Century 18002288379.

Ada beberapa signal dari kereta sekiranya bateri menjadi lemah dan sudah sampai masa untuk menukar bateri, seperti:

1. Lampu kereta menjadi malap tanpa sebarang sebab

2. Bunyi Radio kereta kadangkala menjadi perlahan dengan tiba-tiba

3. Enjin sukar dihidupkan walaupun dalam keadaan panas

4. Sistem penggera dan alarm gagal memberi respon dengan baik

 

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: