7 Ciri Bagi Menaiktaraf Alza

Kaizen dalam bahasa Jepun membawa maksud continuous improvement atau dalam bahasa melayu ialah penambahbaikan berterusan. Semangat kaizen ini sinonim dalam industri automotif Jepun yang sentiasa menambahbaik produk yang dijual oleh mereka

Berbanding dengan pandangan Barat yang lebih sukakan pendekatan inovasi, produk buatan jepun sangat jarang melalui perubahan secara drastik melainkan melalui full model change.

Alza yang mula diperkenalkan pada tahun 2009 adalah usaha pertama bagi mengeluarkan model kenderaan pelbagai guna mampu milik di Malaysia. Dari komponen enjin, kotak gear, dan pelbagai komponen lain dikeluarkan di Malaysia.

Pada tahun 2010, Alza mengatasi Exora dengan jualan sebanyak 42,000 unit mengatasi Exora dengan perbezaan 15,000 unit. Namun pada tahun 2018, Alza sudah mula nampak ketinggalan dari segi fitur, keselamatan dan kecekapan bahan api

Sebagai Pemilik Alza, saya ingin lihat model ini diberi nafas baru bagi membolehkan ia bersaing dengan model lain dengan mudah.

Antara ciri-ciri naik taraf yang saya ingin lihat ialah:

1. Menggunakan enjin 2NR-VE 1500 cc dual VVTi bagi menggantikan enjin lama 3SZ-VE. Enjin lama masih lagi menggunakan teknologi DVVT yang sudah ketinggalan. Secara purata enjin ini hanya memberikan 14-15km bagi setiap liter petrol. Manakala enjin 2NR-VE yang dipasang pada myvi mampu memberikan bacaan sehingga 21km/liter dengan teknologi start stop

2. Enjin baru juga menggunakan teknologi drive by wire. Kabel pada pedal minyak digantikan dengan unit pengesan. Komponen drive by wire ini penting bagi memasang komponen Electronic Stability Control. ESC adalah komponen wajib dipasang bagi semua model baru yang dijual di Malaysia mulai Jun 2018. ESC jika dipasang pada Alza akan menambah nilai dari segi keselamatan dan Unique Selling Point.

3. Bagi memastikan model ini memenuhi piawaian 5 bintang Asean NCAP, model ini juga harus dilengkapkan dengan 6 beg udara seperti Myvi. Sebagai sebuah model kenderaan pelbagai guna MPV, ciri keselamatan 6 airbag sekiranya dipasang pasti akan membuatkan pesaing lain dalam kelas yang sama susah hati.

4. Komponen ASA juga patut dipasang pada model ini memandangkan seperti Myvi. Ciri ciri seperti Automated Emergency Braking mampu mengelakkan kemalangan terjadi terutama pemanduan semasa kesesakan jalanraya

5. Dari segi kosmetik, unit kawalan digital penyaman udara seperti Myvi pun patut diberi pada Alza. Baru nampak fresh dan moden. Malah lagi bagus kalau ada unit blower dipasang pada barisan kedua seperti Avanza. Baru cepat bahagian belakang untuk sejuk, dan ciri ini sangat penting dalam keadaan cuaca di Malaysia

6. Lampu depan projektor boleh dinaiktaraf dengan tambahan lampu guide lamp ataupun lampu yang lebih canggih seperti LED seperti Myvi. Nampak lebih terang, selamat dan bergaya

7. Akhir sekali, ciri butang penghidup dan keyless entry yang ada pada Axia dan Bezza pun patut diberikan pada Alza baru. Selain mudahkan pengguna, ciri ini akan membuatkan Alza nampak lebih cool kan.

Semua ini hanya gambaran, bagaimana Alza patut berevolusi sesuai dengan peredaran zaman.

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikĀ www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: