Alternatif Kepada Myvi

Sebut saja Perodua Myvi, satu Malaysia akan kenal model Myvi waima budak tadika sekalipun. Untuk model baru D20N, sehingga hari ini, sebanyak 36,000 tempahan telah diterima. Ini belom lagi termasuk model myvi 2 generasi sebelum ini. Pendek kata kereta ini sesuai untuk di pakai oleh graduan baru bekerja, racing boy baru nak up, orang baru kahwin, tok imam nak ke surau, artis, pengarah syarikat dan pelajar kolej yang mewarisi model ini dari mak ayah. Myvi mendapat tempat di hati rakyat disebabkan:

  1. enjin yang senang diselenggara, tahan lasak, jimat petrol
  2. ruang penumpang yang selesa, minus ruang bonet belakang
  3. pusat servis yang cekap dan harga patut
  4. senang nak cari spare part atau upgrade part di kedai “abang” atau ah beng
  5. antara kereta yang kerap menerima pembaharuan dari perodua – ABS, Airbag, Bluetooth, enjin dual VVTi, ASA

Untuk review penuh, Klik link http://thefasterfarhunt.com/fakta-menarik-myvi-baru-d20n/

Katakan anda bercadang nak beli kereta, tapi kerana tak mahu sama kereta Myvi dengan jiran, tok kadi, tok mudim, dan juga ex teman wanita anda yang pakai Myvi, di sini saya ada beberapa model yang sesuai untuk jiwa rebel anda.

 

Model yang disenaraikan di bawah berharga antara RM 60K – RM 40K (tanpa cukai jalan dan insurance)

Kia Picanto – kereta segmen A dari Kia bagi mereka yang mencari kelainan dan meminati lagu KPOP. Model ini sebenarnya besaing dalam kategori Axia.

Enjin: 1248 cc, 4 Silinder, DOHC, 83 horsepower, 122Nm Tork, timing Chain

Gear: 4AT

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 255 liter

Jarak antara roda: 2400mm

Keselamatan: Euro NCAP 3 Star, 6 beg udara dan ESC

Fuel Consumption: 5.8liter / 100km

Harga: RM49,888.00

 

Proton Saga 1.3 Executive CVT – sedan harga mampu milik dengan kapasiti ruang bagasi dua kali ganda dari Perodua Myvi.

Enjin: 1332 cc, 4 Silinder, DOHC, 94 horsepower, 120Nm Tork, timing belt

Gear: CVT Clutch base

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 420 liter

Jarak antara roda: 2465mm

Keselamatan: 4 Star Asean NCAP, 2 beg udara, ABS

Fuel Consumption: 5.7liter / 100km

Harga: RM 41,424.93

 

Haval H1 – merupakan model cross atau compact SUV dari China. Kedudukan kerusi berada lebih tinggi dari Myvi memberikan kelebihan untuk melihat kesesakan lalulintas di depan.

Enjin: 1497 cc VVT, 4 Silinder, DOHC, 105 horsepower, 138Nm Tork,

Gear: AMT 6 Kelajuan

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 310 liter

Jarak antara roda: 2383mm

Keselamatan: 3 Star Asean NCAP, 2 beg udara, ABS, ESC

Fuel Consumption: NIL

Harga: RM 60,017.69

 

Proton Ertiga– berbanding dengan Myvi, Ertiga merupakan model Suzuki dengan enjin K14B yang sama dengan Swift. mempunyai 6 tempat duduk dan ruang bagasi boleh dibesarkan dengan melipat kerusi di barisan ketiga. Sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkhawin dan bercadang untuk menimang cahaya mata setiap tahun.

Enjin: 1373cc, 4 Silinder, DOHC, 91 horsepower, 122Nm Tork, VVT, timing Chain

Gear: 4AT

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 135 liter

Jarak antara roda: 2740mm

Keselamatan: ASEAN NCAP 4 Star, 2 beg udara dan ABS

Fuel Consumption: 6.0liter / 100km

Harga: RM 59,901.29

 

Perodua Bezza – adalah model derivatif dari Axia, dengan keluasan ruang bagasi hampir menyamai Honda Civic, dan teknologi enjin yang sama dengan Vios. Malahan merupakan antara model yang dilengkapi dengan fungsi Start-Stop bagi memaksimakan penjimatan petrol. Diharapkan pihak pengeluar memasang steering boleh laras dengan segera.

Enjin: 1329 cc, 4 Silinder, DOHC, 94 horsepower, 121Nm Tork, Dual VVTi, timing Chain

Gear: 4AT

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 508 liter

Jarak antara roda: 2455mm

Keselamatan: ASEAN NCAP 5 Star, 2 beg udara, ABS & ESC

Fuel Consumption: 4.5 liter / 100km

Harga: RM 49,178.89

 

Proton Persona Premium – sama seperti Bezza, Persona adalah model berasal dari Iriz, malah model ini menerima pembaharuan dari segi software kotak gear. Ruang bagasi model ini 510 liter hampir mengalahkan ruang bagasi Almera 420 liter.

Enjin: 1597cc, 4 Silinder, DOHC, 107 horsepower, 150Nm Tork,  VVT, timing belt

Gear: CVT Clutch

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 510 liter

Jarak antara roda: 2555mm

Keselamatan: ASEAN NCAP 5 Star, 6 beg udara, ABS & ESC

Fuel Consumption: 6.1 liter / 100km

Harga: RM 57,472.81

 

Perodua Alza SE – berasal dari chassis Myvi yang dipanjangkan dan dilengkapkan dengan enjin 1500 cc kalis peluru dan bomoh. Berbanding dengan Ertiga, Alza mempunyai 7 tempat duduk, atau 5 tempat duduk dengan ruang belakang dijadikan ruang bagasi. Model ini dijangkan akan diganti menjelang hujung tahun 2018.

Enjin: 1495cc, 4 Silinder, DOHC, 105 horsepower, 136Nm Tork,  VVT, timing chain

Gear: 4AT

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 83 liter

Jarak antara roda: 2750mm

Keselamatan: ASEAN NCAP 4 Star, 2 beg udara, ABS

Fuel Consumption: NIL

Harga: RM 57,549.81

 

Proton Preve Executive

Enjin: 1597cc, 4 Silinder, DOHC, 107 horsepower, 150Nm Tork, timing belt

Gear: CVT Clutch

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan multilink (belakang)

Boot: 508 liter

Jarak antara roda: 2650mm

Keselamatan: ASEAN NCAP 5 Star, 6 beg udara, ABS & ESC

Fuel Consumption: 5.8liter per 100km

Harga: RM 60,610.13

 

Proton Iriz – model yang dibangunkan dengan tagline Myvi killer, sekali lagi menerima knockout dari Myvi 2017. Berbanding dengan Myvi, Iriz mempunyai pengendalian yang jauh lebih baik.

Enjin: 1495cc, 4 Silinder, DOHC, 105 horsepower, 136Nm Tork,  VVT, timing belt

Gear: CVT Clutch

Suspensi: Strut McPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

Boot: 215 liter

Jarak antara roda: 2555mm

Keselamatan: ASEAN NCAP 5 Star, 6 beg udara, ABS & ESC

Fuel Consumption: NIL

Harga: RM 56,950.37

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: