Bateri Basah atau Kering

9

Soalan ini seringkali ditanya semasa hendak membeli bateri baru bagi kenderaan dan harga bagi setiap jenis bateri ini berbeza.

Biasanya bateri MF Atau maintainance free atau sel kering akan lebih mahal daripada sel basah kalau dibandingkan dengan berdasarkan saiz yang sama. Memang la mahal sebab tak perlu buat preventive maintainance dan cek paras elektrolit setiap minggu

Untuk kegunaan persendirian dan suka ‘hands on’ dan mencemarkan jari jari dengan kotoran boleh la pilih sel basah. Selain dari harga yang mesra poket, ia juga tahan lebih lama berbanding sel kering. Rekod personal saya dengan sel basah ialah 3 tahun 8 bulan sebelum bateri kong

Hanya pastikan plate besi tenggelam dalam eletrolit seperti gambar 2

Untuk kegunaan fleet atau pemandu yang malas untuk memeriksa keadaan bateri, bateri MF adalah pilihan yang tepat.sesuai juga untuk mereka yang pelupa. Biasanya hayat bateri MF ialah 12 bulan ++

Untuk pemilik kenderaan dengan transmisi auto, sila simpan satu jumper kabel dalam kereta. Kalau kereta gagal dihidupkan at least ada back up. Hanya kereta manual yang boleh jump start dengan menolak secara paksa

Ada beberapa kenalan mencadangkan agar voltage stabiliser dipasang pada bateri kerana berdasarkan pengalaman mereka, alat ini mampu memanjangkan jangka hayat bateri. Bagi yang memilih sel basah, salah satu kaedah lain bagi memanjangkan jangka hayat bateri dengan mencuci terminal positif dan negatif dari garam sulfat yang berwarna putih. Terminal hendaklah sentiasa disaluti dengan gris.

http://www.mergecarrental.com

http://www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: