Beza Ron 95 dan Ron 97 – Part 2

Beza Ron 95 dan Ron 97 – Part 2
==========================

Posting saya mengenai Ron 95 vs Ron 97 pada minggu lepas menyebabkan banyak pertanyaan dari netizen. Objektif utama artikel minggu lepas adalah untuk memberitahu netizen, boleh guna mana – mana Ron 95 dan 97 untuk kereta dan memaksimakan kelebihan pada setiap petrol yang digunakan

Ada beberapa isu yang saya ingin kupas dalam posting minggu ini berdasarkan pertanyaan netizen

1. Boleh ke campur Ron 95 dan 97

– Boleh tiada masalah. Jangan campur diesel sudah. 😅

2. Selain dari knock sensor, apa lagi cara untuk lawan knock?

– knock atau auto ignition menyebabkan petrol meletup tanpa bantuan spark plug which is uncontrolable combustion.

2.1 Salah satu punca ialah suhu yang tinggi. Untuk mengawal suhu supaya dalam julat operasi, special water jacket perlu direkabentuk.

Special water jacket for cooling  – youtube honda

2.2 bentuk combustion chamber perlu direka agar tiada sharp edges terbentuk. Sharp edges ini akan menyebabkan suhu tinggi atau hot spot dan memudahkan knocking berlaku

2.3 EGR – Menggunakan Exhaust Gas Residual dalam proses pembakaran. Tujuan EGR ni diguna ialah untuk meningkatkan thermal efficiency serta mengurangkan suhu semasa pembakaran, mengurangkan knocking.

EGR atau scavenging process

Proses EGR ni boleh berlaku dengan adanya bantuan Dual VVTi dan ivtec

Contohnya seperti enjin bezza dan honda city

Carbon build up di sekitar valve

3. Kereta saya kereta Jepun lama, kalau guna Ron 95 cepat habis..

Enjin kereta lama semasa drawing board lagi meletakkan ron 97 semasa pembinaan. Terutama kalau kereta JDM banyak menggunakan ron 98, jadi tiada masalah kalau guna ron 97.

Over the years, akan berlaku carbon buold up sekitar valve seat, valve intake, valve exhaust, dan permukaan piston. Pembentukan carbon ini secara tidak langsung akan menyebabkan compression ratio meningkat.

Biasanya service center akan menjual solvent atau carbon cleaner dan dituang ke dalam tangki petrol.

Sistem direct injection yang memancitkan petrol terus dalam silinder

4. Mazda skyactiv menggunakan compression ratio 14:1, tiada masalah ke? Kami dengar enjin power dan jimat

Ya, memang benar, enjin Mazda skyactiv menggunakan compression ratio 14:1 cukup tinggi bagi enjin biasa. Namun Mazda tudak menggunakan port injection, tapi direct injection. Setiap silinder mempunyai injector

Semasa proses compression, hanya udara disedut dan dimampatkan. Apabila mencapai top dead center, special injector memancitkan petrol dalam bentuk partikel halus, menghasilkan lean combustion. Disebabkan tiada petrol dimasukkan semasa proses intake, volunetric efficiency meningkat dan enjin lebih efisien

5. Selain dari RON, apa lagi beza kedua2 bahan api ini?

5.1 – sesetengah pengeluar mencampurkan bahan aditif ke dalam petrol. Bahan aditif ini bertindak sebagai pemangkin yang meningkatkan nilai RON dan pelbagai fungsi yang diiklankan oleh pengeluar. Sebagai contoh Caltex memberi jaminan enjin kekal bersih dari enapan carbon setiap kali digunakan. Sholl V Power Racing tongkat ali yang dicampurkan dengan aditif bagi melancarkan proses pembakaran. Malahan petrol ini adalah petrol rasmi Ferrari, warranty void kalau pakai petrol lain. ( betulkan kalau salah)

Dari segi pencemaran, RON 97 dengan tahap pelepasan asap Euro 4 lebih bersih kerana kurang sulfur dan mampu menghalang pembentukan sulfur dioxside yang menyebabkan jerebu. Ya selain lebih power, ron 97 mampu menyelamatkan bongkah ais kutub utara dan beruang. 😂

6. Saya selalu pakai ron 97, rasa x power pakai ron 95, ron 97 ni lagi banyak kuasa ke?

Seliter ron 95 dan ron 97 mempunyai jumlah tenaga yang sama

Tenaga ini boleh diukur secara kualitatif dengan membakar seliter air dan perubahan suhu air dicatat

Tenaga ini diukur dalam julat joule

Apabila perubahan tenaga ini diukur dalam satu sela masa oleh alatan mekanikal,

Unit ini dipanggil kilowatt

Tenaga ini sama dalam satu liter petrol disebabkan kandungan molekul carbon dan hidrogen adalah sama

Yang membezakan antara kedua ron 95 dan 97 ini adalah ketahanan menahan suhu dan tekanan tinggi tanpa meletup sebelum spark plug menyala

Yang menyebabkan enjin rasa kurang power adalah masalah knocking.

http://www.carrentalrawang.com

http://www.mergecarrental.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: