Brake Drum – Masih Sesuai?

1. Brek adalah satu proses memberhentikan kereta dari halaju tertentu kepada halaju yang diinginkan. Proses membrek konvensional menukarkan tenaga kinetik kepada trnaga haba yang akan diserap dan dibebaskan oleh komponen brek. Biasanya proses brek dilakukan dengan mengenakan geseran pada dua permukaan yang bersentuhan.

1.1 K= (mv²)/2 adalah rumus kepada tenaga kinetik yang dimiliki oleh objek bergerak.
m = mass atau jisim dalam kilogram
v²= halaju jisim yang bergerak kuasa dua

Semakin laju kereta, makin tinggi tenaga kinetik yang dihasilkan dan semakin banyak tenaga haba yang ditukarkan semasa proses membrek.

2. Brek drum
Mula digunakan oleh Maybach pada tahun 1900. Pada tahun 1902 Louis Renault mendapat lesen paten untuk brek drum yang menggunakan asbestos yang lebih tahan kepada haba yang dihasilkan.

2.1 Brek drum bertindak dengan mengenakan geseran dari kasut brek kepada bahagian dalam drum apabila pedal brek ditekan. Kasut brek ini akan bertindak dengan bantuan sistem hidraulik.

Brek drum yang dipasang pada kereta juga akan bertindak sebagai parking brek yang akan digunakan apabila kereta berada dalam keadaan tidak bergerak

3. Antara kebaikan brek drum:
– lebih murah untuk dihasilkan

– lebih ringan

– kurang penyelenggaraan yang diperlukan

– untuk saiz yang sama dengan brake disc, luas permukaan yang bersentuhan dalam brek drum adalah lebih besar. Jadi brek drum akan menghasilkan lebih kuasa membrek berbanding dengan brake disc untuk saiz yang sama.

-brek drum dilengkapkan dengan spring, yang akan mengembalikan kasut brek pada kedudukan asal setelah selesai membrek. Ini mengurangkan geseran dan menjimatkan bahan api berbanding sistem brake disc

4. Kekurangan brek drum
– disebabkan sistem ini berada dalam keadaan tertutup, ia sangat mudah memerangkap haba. Ini akan mengurangkan keberkesanan brek.

– sekiranya wujud lapisan air dalam brek drum, lapisan ini akan bertindak sebagai pelincir dan mengurangkan keberkesanan brek drum

-sistem brek drum lebih rumit berbanding sistem brake disc. Proses penyelengaraan akan memakan masa yang lebih lama berbanding brake disc

5. Brake Fade

Brake fade adalah satu fenomena di mana kenderaan kehilangan kuasa membrek atau kuasa membrek yang semakin berkurangan apabila brek beroperasi dalam keadaan bebanan yang tinggi dan halaju yang tinggi

Salah satu faktor yang menyebabkan brake fade ialah haba yang dihasilkan semasa membrek.

5.1. Apabila kerap beroperasi dalam keadaan laju yang tinggi atau membawa bebanan yang berat, drum akan menjadi panas akibat geseran dari kasut brek. Apabila panas, drum akan mengembang sedikit berbanding saiz asal. Jadi kasut brek terpaksa bergerak lebih jauh untuk bergeser dengan drum dan pemandu terpaksa memijak pedal brek lebih dalam.

5.2 Apabila terlampau panas, kasut brek yamg bergesel dengan drum juga akan menjadi panas, mengubah sifat kimia bahan. Perubahan ini akan menjejaskan prestasi brek, menambah jarak pemberhentian. Masalah ini bertambah buruk disebabkan kasut brek tidak dapat memindahkan haba ke persekitaran dengan cekap.

5.3 Haba yang terhasil juga akan memanaskan cecair hidraulik yang berada dalam tube brek, menyebabkan cecair tersebut meruap dalam tiub, mengurangkan tekanan dalam tiub brek. Pemandu terpaksa menekan pedal brek dengan lebih kuat dan dalam. Masalah akan bertambah serius sekiranya cecair brek jarang ditukar menyebabkan ia tercemar dengan wap air dan karat.

6. Weight Transfer – Pindahan Berat
Apabila kereta membrek atau memecut, akan berlaku perpindahan berat samaada pada tayar depan atau belakang

Sekiranya pecutan dibuat, weight transfer akan berlaku pada tayar belakang. Cesi kereta akan terangkat pada bahagian hadapan, manakala bahagian belakang akan mendap ke bawah. Keadaan ini dinamakan squat. Pada masa ini cengkaman pada tayar depan berkurang, manakala cengkaman pada tayar belakang bertambah.

Sekiranya nyahpecutan atau brek dilakukan, pindahan berat akan berlaku di bahagian depan. Cesi bahagian depan akan mendap ke bawah, manakala bahagian belakang akan naik ke atas. Keadaan ini dinamakan dive. Cengkaman tayar bertambah disebabkan berat berubah pada tayar depan.

7. Disebabkan fenomena ini, bahagian depan kereta dipasang dengan brake disc yang mampu menyingkirkan haba dengan lebih cekap berbanding brake drum. Secara purata, tayar dan brake bahagian depan kereta menampung kira kira 80% brake load berbanding dengan tayar belakang. Jadi tiada masalah sekiranya tayar belakang menggunakan brake drum.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: