Continental Ultra Contact 6 UC6
==================
Semasa Travel dari Jeli ke Grik masa balik raya qurban, sebenarnya kereta saya pun hampir terbabas 2 3 kali semasa melalui lopak air. Kalau ikutkan kedalaman longkang tayar, masih lagi melepasi piawain minima 1.6mm
Masa langgar lopak air, halaju saya sekitar 60-70km/h, walaupun kereta saya dilengkapi dengan VSA Vehicle Stability Assist (Honda term for Electronic Stability Control), terasa juga kesan aquaplanning. Tayar tak cukup dalam untuk belah lopak air dengan selamat menyebabkan tayar seolah olah terapung di atas jalan.
Zero steering feedback, tayar tiada cengkaman, brek pun tak guna dan apa yang boleh saya buat pegang steering kuat2 dan halakan pada jalan yang kering.
Kali terakhir saya pakai tayar jenama Continental ialah 2012/2013 dari model Conti Comfort 2. Masih melalui jalan yang sama, Jalan Grik Jeli, tayar conti Comfort 2 squel atau berbunyi semasa melalui selekoh pada halaju 60-70km/hLepas itu saya bereksperimen dengan tayar Toyo TEO (made in Japan), Toyo Neo, Michelin, Dunlop J5, Dunlop D05, Maxxis, Hankook, dan Kumho
Tayar Toyo NEO 3 yang sudah haus
Pada asalnya saya plan nak guna Michelin Pilot Sport 3, atau Pilot Sport 4, tapi saiz tayar 185/55/16 agak terhad. Terpaksa tukar sport rim (kene bajet lebih). Pada masa yang sama, saya nak try tayar non entry level atau Eco tyre.Jadi lepas buat sedikit kajian dan review, Saya cuba Continental Ultra Contact 6. Ini review saya selepas sebulan dan 2000km perjalan.
Dry Grip / Cengkaman pada hari panas
Cengkaman Continental UC6 pada waktu kering sangat baik. Berikan tayar ini selekoh tajam dan masuk tanpa brek, tayar ini memberi cengkaman yang sangat baik tanpa protes. Sangat taat pada input steering tanpa bantahan
Wet Grip / Cengkaman Pada Hari Hujan
Sewaktu hujan saya sengaja memandu kereta dan pastikan tayar melanggar lopak air pada kelajuan 90km/h. Berbanding dengan tayar lama Toyo NEO 3, tayar Continental UC6 membelah air tanpa sebarang masalah. Sedikit pun steering tidak terganggu. Boleh perhatikan bunga tayar berbentuk V yang berfungsi menyingkirkan air dengan pantas.
Membrek ketika selekoh pada jalan basah juga tidak membuatkan saya mengucap panjang walaupun penumpang sebelah sudah membrek. Tayar Continental UC6 berhenti dengan baik tanpa sedikit pun terseret.
Road feedback / Tindakbalas dari Jalan
Bunyi atau tyre noise bagi tayar Continental UC6 ini agak bising berbanding dengan Continental Comfort 6. CC6 sangat senyap walaupun permukaan jalan tidak sempurna dan sangat lembut. Tapi UC6 memberikan tindak balas segera dan tepat semasa selekoh sebagai ganti
Berbanding dengan Continental CC6 yang terasa agak lembut dan selesa, Continental UC6 terasa sedikit keras apabila melalui jalan yangb tidak rata.
Wear / Kehausan
Setakat rekod, ini adalah treadwear tayar yang pernah saya pakai
Goodyear Ducaro – 280
Goodyear Duraplus -360
Michelin XM2- 400
TOYO NEO3 – 420
Continental UC6- 340
(data mungkin tidak tepat, sebab berdasarkan ingatan saja)
Berdasarkan treadwear, Continental UC6 akan cepat haus berbanding dengan Toyo Neo 3 ataupun Michelin XM2
So, very good tyre for rm 205 per piece