Daihatsu Terios 2018

Honda Malaysia berjaya menjual 109,511 unit kenderaan pada tahun 2017, mengatasi Proton yang hanya mampu menjual sekitar 72 ribu unit. Daripada jumlah tersebut, 16% jualan datang daripada segmen MPV tujuh tempat duduk mampu milik iaitu Honda BRV. Hal ini pasti akan membuat pesaing lain berusaha memperkenalkan model baru bagi bersaing dalam kelas MPV Segmen B.

Daihatsu Indonesia telah memperkenalkan model baru Daihatsu Terios dengan 7 tempat duduk sekitar November 2017 yang lalu. Tak salah kalau saya katakan ia adalah bayangan bagi model tempatan yang akan keluar samaada 2018 atau 2019 nanti. Rekabentuk bagi pasaran Indonesia adalah mirip kepada Toyota Fortuner, namun dalam versi yang lebih kecil. Berbanding dengan BRV, model ini dilengkapkan dengan lampu depan teknologi LED. Jarak kelegaan dari permukaan jalan adalah 220mm, sangat sesuai meredah banjir kilat di bandar Kuala Lumpur yang mempunyai menteri yang rajin memastikan longkang dan saluran air sentiasa dalam keadaan baik.

Enjin yang dipadankan dilengkapkan dengan teknologi dual VVTi dan kotak gear 4 kelajuan. Kod enjin adalah sama dengan kod enjin Toyota Avanza/Daihatsu Xenia. Berikut ialah perbandingan antara Honda BRV dan Daihatsu Terios. Sebelum terlupa, Terios 2018 juga turut dilengkapi dengan sistem Hill Start Assist, yang memberikan bantuan brek selama dua saat ketika brek tangan dilepaskan bagi memulakan perjalanan dari kawasan berbukit.

Dari segi angka, BRV lebih ringan, berkuasa dan mempunyai kotak gear yang lebih baik.

Rekaan baru papan pemuka Terios, rekabentuk yang ringkas dan segar. Ciri butang penghidup enjin turut diberikan sebagai ciri standard. Berdasarkan review, model ini juga lengkap dengan 4 kamera sekeliling yang membantu memberikan bantuan parking yang lebih baik dalam kelasnya, seperti Nissan Xtrail

Susun atur tempat duduk dalam Terios, tiada data untuk keluasan bonet, namun berdasarkan video, ia tidak jauh dari nilai 233liter seperti BRV. Untuk video Daihatsu Terios, boleh klik dan mainkan video di bawah.

Untuk tempahan pengangkutan (Chauffeur atau self drive) boleh klik www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: