Drive Shaft – Aci Pacu

Soalan dari FB:

As salam tuan. Saya ada soalan.
Kalau stereng kereta masa dipusing ke kanan dan ada bunyi masa membelok ke kanan, adakah bunyi tu tanda drive shaft problem?
Kereta saya Kelisa, beli dari unit terpakai dan berumur 12 tahun.
Mohon pencerahan tuan
terima kasih.
Mohd Farhan:

Drive shaft adalah satu komponen yang digunakan untuk menyalurkan kuasa enjin dari kotak gear kepada roda. Dalam gambar di atas terdapat dua jenis sistem

Bagi sistem FR, enjin dan kotak gear berada di bahagian hadapan. Driveshaft digunakan untuk menyampaikan kuasa dari bahagian enjin di depan ke tayar belakang

Bagi sistem FF, terdapat dua unit driveshaft yang berada di kiri dan kanan. Panjang driveshaft untuk kereta FF juga tidak sama. Sekiranya kotak gear berada di kiri, drive shaft kiri akan lebih pendek dari yang kanan

Sekiranya bunyi ada semasa belok ke kanan atau buat pusingan U ke kanan, kemungkinan besar driveshaft di sebelah kanan sudah rosak.  Punca kerosakan kemungkinan :

– getah penutup yang lusuh dan koyak. Pasir dan air akan masuk melalui lubang dan merosakkan komponen seperti bebola besi

– kehausan komponen akibat faktor usia

Boleh buat pemeriksaan di bengkel kereta untuk pengesahan.

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: