ECO Assist Mode & ECON Mode

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klik www.carrentalrawang.comLampu Penunjuk ECO (ECO Assist System)

1. Sesetengah kereta ada dilengkapkan dengan butang ‘Eco’ seperti Hyundai, Honda, Proton dan Toyota. Butang ini adalah penyelesaian kepada dilema yang dihadapi oleh pembuat kereta.

1.1 Kehendak masyarakat yang mahukan sebuah kereta yang seronok dipandu dengan prestasi maksima.

1.2 Tekanan kerajaan yang mahukan pengeluar memberikan kereta yang jimat bahan api

1.3 Harga minyak mentah dan bahan api yang tidak stabil dan harga bahan api yang diapungkan.

2. Bagi menggalakkan pemandu memandu dalam keadaan efisien, pengeluar kereta memasang lampu yang dikenali sebagai lampu “Eco”. Lampu ini akan dipasang di paparan meter dan menyala apabila kriteria kriteria tertentu dipenuhi

2.1 penggunaan pedal minyak secara berhati – hati
2.2 penggunaan gear dengan betul bagi gear manual, dan tukar ke gear tinggi secepat mungkin
2.3 kadar pecutan yang linear
2.4 halaju kereta (biasanya tidak melebihi 110km/h)

Sekiranya faktor-faktor diatas dipenuhi, maka lampu “ECO” ini akan menyala. Lampu ECO ini akan menggalakkan pemandu memandu dalam keadaan cermat. Dalam kajian yang dibuat oleh Toyota, secara purata, sekiranya lampu ECO menyala, pemandu akan menjimatkan 4% bahanapi hanya dengan cara mengubah habit pemanduan

3. Butang ECON

Sesetengah pengeluar, seperti Honda yang terkenal dengan model hibrid, mula memindahkan teknologi ECO yang boleh diaktifkan secara manual pada model bukan hibrid. Butang ECO ini boleh diaktifkan dan dimatikan mengikut kesesuaian pemanduan

Apabila diaktifkan, butang ECO akan mengubah parameter seperti:

3.1 Memperlahankan tindakbalas throttle dengan memberikan pecutan yang lancar berbanding pecutan mengejut walaupun pemandu menekan pedal minyak dengan mengejut.

3.2 Semasa butang Auto Cruise dihidupkan, fungsi ECO akan menghalang kotak gear menukar kepada gear rendah semasa mendaki

3.3 Kompressor penyaman udara tidak akan berfungsi dengan maksima, mengurangkan parasitic load pada enjin

3.4 Kotak gear auto akan sentiasa menukar kepada gear dalam keadaan gear tinggi secepat mungkin apabila keadaan sesuai.

Sesetengah pengeluar memberikan statistic, penggunaan ECON mode memberikan penjimatan sehingga 5% bergantung pada cara pemanduan dan keadaan trafik

4. Namun dalam sesetengah keadaan, Butang ECON ini tidak sesuai digunakan seperti:

4.1 Pada hari yang sangat panas, penggunaan butang ECON akan memperlahankan fungsi penyaman udara. Matikan fungsi ECON mode akan mempercepatkan penyejukan cabin

4.2 Semasa memasuki highway, penggunaan ECON mode akan memperlahankan pecutan. Lebih baik matikan fungsi ini bagi memudahkan kita untuk memecut pantas ke 110km/h

4.3 Dalam keadaan jalan yang berbukit dan berselekoh yang mana pemandu mesti mempunyai kawalan penuh pada pecutan kereta

Untuk video mengenai ECON  mode dan ECO assist, boleh klik video di bawah

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klik www.carrentalrawang.com

http://www.mergecarrental.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: