Electronic Stability Control (Kawalan Kestabilan Elektronik)

1. Pengenalan ESC/ESP/VSA/DSC

Electronic Stability Control atau singkatan ESC ialah satu sistem elektronik yang akan beroperasi bagi membantu pemandu mengawal kereta dari terbabas apabila:

-apabila pemandu terpaksa mengelak halangan dan situasi kecemasan dengan tiba tiba

-membantu mengelakkan kereta bila berlaku understeer dan oversteer

-membantu mengelakkan kereta terbabas atau mengurangkan kebarangkalian untuk terbabas apabila berlaku hydroplanning

 

2. Operasi Asas ESC

2.1 Semasa beroperasi, sistem ESC akan memberikan kuasa membrek ABS secara individu kepada mana – mana roda yang tergelincir agar cengkaman tayar pada permukaan jalan dapat dipulihkan. Sebagai contoh dalam gambar di atas, sekiranya understeer berlaku, ESC akan membrek pada tayar kiri hadapan bagi membantu pemandu dari terbabas.

Sekiranya oversteer berlaku, kuasa membrek akan dihantar pada tayar kanan hadapan dan juga tayar kanan belakang bagi mengelakkan kereta terbabas. Pada masa yang sama, ESC akan menghantar isyarat kepada ECU enjin bagi mengurangkan kuasa enjin ke roda. Kesemua tindakan di atas dilakukan oleh sistem ESC tanpa disedari oleh pemandu

2.2 Parameter yang dikawal oleh ESC ialah:

  • halaju kereta
  • kedudukan pedal minyak/throttle
  • halaju putaran pada semua roda
  • yaw rate ( kadar putaran kereta semasa selekoh)
  • G force

Untuk video mengenai ESC boleh tengok video di bawah

3. ESC vs ABS vs Traction Control

3.1 Traction control ialah sebahagian sistem dari ESC dan juga boleh juga wujud tanpa ESC. Biasanya jika ESC wujud, TCS akan turut dipasang. Traction Control mengelakkan tayar tergelincir dan memberikan cengkaman semasa memulakan perjalanan

3.2 ABS ialah sistem pencegahan yang mengelakkan roda terkunci dan mengembalikan cengkaman tayar semasa brek. Penjelasan lanjut ada di link ini http://thefasterfarhunt.com/anti-lock-braking-system/

3.3 ESC akan memberikan brek ABS pada setiap tayar yang hilang cengkaman semasa selekoh, membrek kecemasan semasa selekoh, atau mengelakkan halangan. ESC tetap akan memberikan kuasa membrek dengan tujuan mengelakkan kereta terbabas walaupun tiada input brek dari pemandu

Video bagaimana ESC berfungsi ada di bawah. Untuk sesi pertama, Honda Insight mengelakkan halangan tanpa ESC. Boleh tengok ESC terbabas dan berpusing. Sesi kedua, Honda Insight mengelak halangan dengan bantuan ESC dan meneruskan perjalanan seolah-olah ada malaikat yang menjaga keselamatan kereta tersebut.

4. Keberkesanan ESC

4.1 National Highway Transportation Safety Agency (US) mengeluarkan laporan pada 2004, kereta yang dilengkapi dengan ESC mengurangkan kemalangan sebanyak 35%, manakala SUV yang dilengkapi dengan ESC mampu mengurangkan kemalangan sebanyak 67%

4.2 New Car Assesment Programme, satu badan yang mengawal selia keselamatan kereta baru di Kesatuan Eropah telah mewajibkan semua kereta yang dijual di kesatuan ini wajib mempunyai ESC sebelum boleh dijual

4.3 Kerajaan Malaysia mewajibkan semua kereta baru yang hendak dijual di Malaysia wajib menggunakan ESC dan undang undang ini mula berkuatkuasa pada bulan Jun 2018

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: