Engine Coolant

6As salam Tuan.
Saya nak bertanya pasal kerosakan kereta saya. Ada macam karat pada radiator dan cap radiator. Sampai tabung air spare pun kotor.
Bila travel dekat macam PJ Shah Alam, setiap hari air nak kena top-up dalam tabung.Tapi bila travel jauh, tak kering pula.

macam ada power lost dan berat. Kadang tu bising bunyi enjin. Untuk makluman, pernah overheat sekali sampai mati enjin.
Masa tu saya travel ke Terengganu sebelum subuh. Bila overheat saya tak perasan. Rupanya ada paip besi bocor. Air bersembur dari situ sampai tangki spare pun habis air.
.
Adik ipar saya buka klip hos getah ke paip besit dan tarik ke atas sikit untuk tutup lubang.
.
Bila dah sejuk, top up air dalam radiator dan jalan. Check air setiap sejam dua jam.
.
Masa tu OK je. Jadi tak hantar repair. Dalam sebulan ini jadi kejadian ni.

Jawapan

Haba yang dihasilkan dari Internal Combustion Engine (ICE) akan disejukkan melalui radiator dan coolant. Air sahaja boleh digunakan sebagai coolant tapi boiling tempreature tidak sesuai (100C) dan air boleh menyebabkan karat dalam ICE.

Coolant (C2H6O2) digunakan dengan air dalam campuran 20/30/40/50/60% bergantung pada manufacturer, bertindak sebagai lubricant untuk water pump dan menghalang proses karat berlaku.

Coolant ada jangka hayat sehingga 40,000km/80,000km atau 100,000km macam coolant honda. so bila major service, biasa akan ditukar.

warna coolant lama kelamaan akan berubah. Contohnya Coolant toyota berubah dari warna merah Рke merah pudar. Kos untuk tukar coolant pun tak mahal.

Nak skip tukar coolant? Boleh je.. Analogy dia macam ni

1. Service advisor advise tukar coolant
2. Sebab nak jimat, kite skip
3. Coolant berubah warna, chemical properties hilang
4. Karat mula terbentuk, karat masuk dalam water jacket
5. Pengaliran coolant terjejas, engine overheat
6. Engine Head bengkok. kos dalam RM2K-4K

Apabila enjin mati apabila overheat, saya risau cylinder head telah bengkok. Apabila cecair penyejuk telah sejuk, cuba cek, ada tak kesan minyak dalam cecair penyejuk. Kalau ada, kemungkinan besar cylinder head telah bengkok.

Radiator cap berkarat dan air berkarat berpunca dari satu benda saja.

Tiada coolant dalam tangki atau kepekatan coolant telah berkurang dari sukatan yang dicadangkan

Apabila hal ini terjadi, pengaratan akan berlaku sekitar water jacket dan water pump

Water jacket adalah liang halus antara selinder enjin bagi tujuan cooling.

Water pump ada bilah besi, apabila berkarat hilang bilah besi ni

Apabila karat terjadi, water jacket akan tersumbat
Tambah serius bila water pump turut berkarat dan kurang efisien untuk membuat pengedaran air dalam enjin

Apabila terlampau panas, benda paling teruk jadi iaitu cylinder head bengkok. Bila bengkok minyak enjin masuk dalam water jacket dan bercampur. Maka bengkok la wallet tuan

Solution
1. Tukar cylinder head baru
2. Service cooling system
3. Ganti mana2 paip getah yang keras

Jangan skim cylinder head

Skim cylinder akan meningkatkan nilai compression ratio
Bila CR tinggi kene pakai ron 97
Bila cr tinggi enjin lagi panas
So masalah akan berulang balik

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klik www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

2 Comments

    • farhanalias
      January 19, 2018

Add Comment

%d bloggers like this: