Engine Lubricant

Engine Lubriant #2

Di atas label botol ada info/jargon/singkatan yang ditulis oleh pengeluar. Kadang2 kita tak amik tau pun. So based pada sample botol dibawah, saya cuba share info2 yang berkaitan

SAE = Society of Automotive Engineer (Persatuan Jurutera Automotif).

0W = Kelikatan relatif pada suhu sejuk. W merujuk pada winter atau cuaca sejuk

-20 = Kelikatan (viscouscity) relatif pada suhu panas. Biasanya high performance engine menggunakan minyak yang mempunyai nombor yang lebih tinggi

Minyak engine ada sifat kelikatan yang berbeza pada suhu yang berbeza. Semakin tinggi suhu semakin rendah kelikatan minyak

Fully Synthetic = merujuk kepada minyak yang menggunakan bahan sintetik. Fully synthetic merujuk kepada minyak yang menggunakan 100% sintetik. Biasanya dihasilkan dari proses sintetik alkohol. Minyak sintetik mempunyai molekul yang lebih seragam berbanding dengan minyak mineral, dan mampu bertahan dalam keadaan suhu tinggi.

Semi synthetic = campuran minyak mineral dan minyak sinthetic

Mineral = Minyak yang dihasilkan dari fossil oil, ditapis, dirawat sebelum digunakan

API = American Petroleum Institute

API SN = Gred minyak terbaru yang memenuhi ciri untuk 10,000km service dan fokus pada penjimatan petrol/bahanapi. Minyak jenis ini mempunyak kelikatan yang sangat rendah dan mampu memberikan penjimatan bahan api yang baik

API SM= Gred yang dihasilkan sebelum SN. Fokus gred ini ialah untuk menghasilkan minyak yang mampu bertahan sehingga sela masa  10,000km sebelum penukaran minyak dibuat

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: