Engine Mounting

Engine Mounting

Engine mounting ni biasa dibuat dari cast iron dari proses acuan besi dan getah. Sesetengah rekabentuk getah kadangkala diisi dengan cecair hydraulic

Tujuan engine mounting memastikan enjin dan gearbox berada pada kedudukan yang betul, menyerap hentakan dan menyerap gegaran yang dihasilkan oleh enjin ketika beroperasi dari sampai kepada penumpang dan pemandu

Gambar sebelah kiri adalah engine mounting untuk enjin manakala sebelah kanan adalah mounting untuk gearbox

Bila mounting rosak di bahagian enjin, pemandu akan dapat rasa gegaran pada bahagian steering pada sebelum memulakan perjalanan. Steering akan bergegar dan dan seolah olah bergerak ke atas dan ke bawah

Bila mounting di bahagian gearbox rosak, pemandu akan dapat rasa gegaran apabila gear dimasukkan dari N ke D atau semasa memulakan perjalanan. Seperti ada sentapan berlaku

Paling kritikal adalah gearbox jenis auto yang banyak memggunakan komponen kecil, mounting yang rosak lama kelamaan akan merosakkan gearbox auto.

Kos tukar engine mounting lebih kurang rm 200

Kos repair gearbox auto dari rm 1500-2500 (anggaran)

So sebelum gearbox rosak, buat la preventive maintainance.

 Biasanya yang terjadi ialah enjin mouting akan rosak dahulu dan pemilik kereta akan membiarkan masalah ini berlarutan. Lama kelamaan, masalah ini akan menyebabkan komponen gear box rosak. Sekiranya terdapat gegara luar biasa yang terjadi pada kereta, saya cadangkan agar pemeriksaan enjin mounting dilakukan

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: