Fakta Menarik – Myvi Baru D20N

Fakta Menarik – Myvi Baru D20N

Chassis untuk model ini terbahagi kepada 2, platform lantai dan “upper body” yang serba baru. Platform lantai diambil dari model lama D54T dan diubahsuai sehingga 70% dari platform asal. Hasilnya jarak antara roda bertambah dari 2440mm ke 2500mm. Jarak antara roda atau wheelbase menentukan ruang untuk penumpang dan barang. Panjang keseluruhan kereta bertambah 205mm dan lebar bertambah 70mm. tapi tinggi kereta menurun 30mm bagi menurunkan pusat graviti. Menerusi rekabentuk yang bijak, saiz bonet bertambah kepada 277 liter dan masih mampu memuatkan tayar simpanan saiz penuh. maaf tayar sotong hanya untuk sotong sahaja.

Upper body telah direkabentuk dengan citarasa tempatan yang lebih suka makan nasi lemak berbanding sushi. Boleh ucapkan selamat tinggal kepada bentuk lama mirip pau kacang yang baru dikukus. Rekabentuk baru lebih anggun dan aeordynamic dan shoulder line yang lebih sasa seperti baru keluar dari gym. pada pendapat saya lebih maskulin dan perubahan ini seperti dari pelakon Jonah Hill kepada Chriss Evans. Hasinya pekali geseran Coefficient of drag menurun dari 0.306 ke 0.296. Quarter glass pada bahagian belakang turut ditambah memberikan gambaran kereta ini telah bertambah luas

Enjin lama dengan teknologi DVVT telah diketepikan bagi memberi laluan kepada 1NR-VE (1300cc) dan 2NR-VE (1500cc) dan kedua dua enjin mempunyai kebolehan start-stop di traffic light ( enjin berhenti di traffic light dan hidup semula secara otomatik). Kedua dua enjin mempunyai ciri dual VVTi pada intake dan exhaust camshaft Kotak gear 4 kelajuan auto masih dikekalkan walaupun ada yang berpendapat kotak gear baru harus diberikan. Gabungan enjin baru dan rekabentuk baru yang mempunyai pekali geseran rendah memberikan penggunaan petrol sehingga 21.1km/liter bagi variant 1.3X. Sangat sangat membantu semasa harga petrol yang meningkat naik stiap minggu walaupun harga minyak mentah dunia merudum dan harga ditentukan secara lambungan biji dadu. Kereta ini telah diiktiraf oleh Malaysian Automotive Institute sebagai kenderaan cekap Tenaga  EEV. Secara perbandingan, Honda City Hybrid mampu mencatatkan bacaan 25km/liter

Pada bahagian keselamatan aktif, banyak ciri baru yang diperkenalkan sehingga membuatkan jenama Premium terkesima. Ciri seperti Vehicle Stability Control yang membantu mengekalkan kestabilan ketika selekoh dijadikan ciri standard untuk semua varian termasuk Traction Control Sistem. Paling menarik adalah ciri Advanced Safety Assist yang merangkumi ciri Autonomous Emergency Braking telah dipasang pada varian 1.5 Advance. Ciri ini biasa dipasang pada jenama premium dan yang paling murah ada pada Hyundai Ionic yang berharga 125K.

Model perodua yang lama sering dijadikan bahan lawak oleh industri otomotif, lantas perodua meningkatkan bilangan beg udara minima kepada 4 dan varian 1.5 menerima 6 airbag. Hello Vios, time to wake up!! Pemandu juga tak perlu pulas telinga penumpang kerana ada ciri peringatan kepada semua penumpang agar menggunakan tali keledar. Ciri ISOFIX atau cagak untuk pemasangan kerusi bayi turut disediakan sebagai ciri standard untuk bakal-bakal ibu. maaf ciri ini untuk ibu sahaja, untuk bapak sila hadirkan diri ke gym. Dengan kesemua ciri memlayakkan Myvi menerima 5 bintang dari Asean NCAP dengan pematuhan 43.14 dari 49 markah. Iriz pula menerima 40.06 dari 49 markah. So terima kasih kepada Asean NCAP, Perodua dan Proton atas usaha menghasilkan kereta yang lebih selamat pada harga mampu milik.

Selain menjalani perubahan kosmetik, Myvi juga tidak lupa membuat “leg day” di gym dan menaik taraf rim sport kepada saiz 15inch dan dipasang dengan tayar 185/55 dari Goodyear Assurance. Tiada lagi imej badan gempal dan kaki kecil seperti Myvi lama.

Perodua sedar akan kehendak rakyat malaysia yang gemar memberi  highbeam, maka Lampu hadapan lengkap dengan LED termasuk high beam diberikan lampu LED yang agak berwarna putih. Lampu ini dibuat dan direka bentuk oleh syarikat tempatan di malaysia, bukan jepun ye. Untuk pemilik BMW yang mempunyai hobi menyuluh kereta depan, beware of new Myvi. The revenge is mine. Untuk pemandu yang soleh dan solehah, asa ciri headlamp levelling adjuster yang boleh mengubah ketinggian lampu agar tidak menggangu pemandu lain dan menyuluh pontianak di malam hari

Tempat duduk ruang dalam telah diubah bagi memeberikan postur ergonomik yang lebih baik, selesa dan dalam. bukan duduk atas bangku seperti model lama. Bacaan meter warna biru lembut mudah dibaca dengan sekali imbas. Perubahan papan pemuka dibuat lebih kepada driver centric, pertama kali untuk perodua. Reka benrtuk papan pemuka mirip Kia/Hyundai lengkap dengan pengawal suhu penyaman udara digital. paling menarik siap ada ciri memory untuk aircond, sesuai untuk malaysia dengan cuaca panas

Bagi salesman Perodua, antara ciri yang patut disyukuri oleh mereka ialah built-in smart tag yang ada pada variant 1.5. Deangan adanya ciri ini, maka hadiah smart tag kepada bakal pemilik tidak lagi relevan dan boleh digantikan dengan hadiah lain seperti tupperware atau pinggan arcopal. Lebih selesa memandu sewaktu membayar tol, tak perlu gunakan penghalau lalat kiranya tangan tak cukup panjang.

keselesaan penumpang belakang turut ditambah dengan kehadiran 2 headrest dan USB port yang dipasang pada bahagian kerusi pemandu bagi kemudahan penumpang. Inivasi ini hadir bersama poket tepi tempat duduk bagi membolehkan telefon pintar diletakkan ketika proses charging.

Terima kasih pada En Salmi dari PSSB jalan kuala kangsar kerana menjemput saya untuk review. Beliau boleh dihubungi melalui 012 462 3161. Sila sebut nama saya untuk memudahkan saya claim duit kopi starbuck sekiranya anda membeli melalui En Salmi. hehehe

 

 

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: