Ford Ranger Raptor 2018

Ford Ranger adalah satu nama yang tidak asing bagi peminat kenderaan pacuan 4 roda di Malaysia selain dari jenama lain seperti Toyota, Nissan dan Isuzu. Namun berbanding dengan jenama lain, Ford Ranger adalah pengeluar pikap yang berasal dari Amerika yang terkenal dengan saiz sebesar anak gajah dan saiz enjin yang mengiurkan pemilik penjual kosmetik (tapi tipu roadtax), direkabentuk dan dibangunkan di Australia dan dilancarkan di Thailand. Bagi mendahului pesaing dalam kelasnya, Ford telah memperkenalkan Ford Ranger Raptor di Thailand pada bulan lepas dengan harga mencecah 1.6 juta baht ataupun lebih kurang RM 199,000.

Kalau anda sanggup membayar harga mencecah RM200k tersebut, ini ialah 7 kelebihan Ford Ranger Raptor berbanding dengan “Hailak” dari jenama lain:

1. Chassis Ladder Frame yang Serba baru dan Lasak

Satu chassis baru yang berasaskan ladder frame telah dibuat khusus untuk Ford Ranger Raptor telah direka dan diperkuatkan dengan teknologi HSLA High Strength Low Allow bagi memenuhi keperluan lasak di jalan offroad. Yield Strength bagi aloi ini adalah antara 250-590 megapascal dan biasanya dihasilkan dari campuran besi copper, nickel, niobium, nitrogen, vanadium, chromium, molybdenum, titanium, calcium, dan zirconium. Aloi ini cukup lasak dan diuji di kawasan padang pasir Australia. Sayang sekali tiada kryptonite dalam campuran ini, jika ada rasanya superman pun kalah dengan Ford Ranger Raptor.

2. Enjin Generasi baru Disel EcoBlue

Ford Ranger Raptor juga akan datang dengan enjin baru 2000cc Eco Blue bagi menggantikan enjin lama Duratorq 2200cc. Bagi pasaran Malaysia yang sensitif dengan cukai jalan yang berasaskan saiz enjin, ini adalah berita yang baik kerana enjin yang kecil akan memberikan cukai jalan yang lebih baik. Tambahan pula JPJ sibuk menjual nombor pendaftaran fancy sehingga lupa untuk menilai balik cukai jalan. Enjin disel ini ditala pada kuasa 210 horsepower dan tork maksima 500Nm.

Fokus utama pembinaan enjin ini ialah mengurangkan geseran semasa operasi dan meningkatkan kecekapan enjin, penggunaan bahan api yang rendah dan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan kurang gegaran. Bahanapi diesel dihantar ke dalam kebuk pembakaran dengan menggunakan high pressure direct injection dan 8 piezometer hole. Enjin ini juga ditambah dengan 2 unit pengecaj turbo low inertia yang boleh berputar sehingga 240,000 RPM dengan low friction bearing. Enjin ini lebih berkuasa, lebih senyap 4db dan 13% lebih jimat dan melepasi pencemaran tahap Euro 6

3. Kotak gear 10 kelajuan Auto

Ford Ranger Raptor juga turut menerima kotak gear yang baru yang dihasilkan dengan kerjasama Ford dan GM Motor. Kotak gear 10 kelajuan ini juga turut dipasang di Ford Mustang GT ini dihasilkan dari high strength steel, aloi dan komposit bagi meningkatkan ketahanan dan mengurangkan berat, lengkap dengan paddle shift bagi tindakbalas segera. Sangat sesuai untuk bermain dengan 7 gear awal yang digunakan direka dengan 7 close ratio.

4. Terrain Management System

Ford Ranger Raptor turut dilengkapi dengan Terrain Management System bagi memudahkan Raptor meredah pelbagai laluan yang mencabar. Mode ini merangkumi Normal, Sport, Grass/ Gravel/ Snow, Mud/Sand, Rock dan Baja. Dalam sport mode, proses penukakaran gear adalah lebih pantas dan throttle response dipertingkatkan, cukup untuk mencicirkan Myvi 1.5 kuning di lebih raya. Manakala Grass/gravel/snow dan Rock adalah untuk pemanduan off road spesifik pada permukaan yang telah ditetapkan. Istimewa sekali ialah mode Baja yang merupakan mode yang diinspirasi dari perlumbaan Baja Desert Rally. Sebutan Baja ialah Baha bukan baja kelapa sawit.

5. Sistem Suspensi yang Dipertingkatkan

Bagi Ford Ranger Raptor, sistem suspensi yang menggunakan leaf spring telah digantikan dengan sistem baru Coils and Watt Link yang mempunyai kelebihan dari dinamik pergerakan roda dan lebih ringan. Sistem suspensi ini juga mempunyai kelebihan dari segi kawalan lateral force, penting penggunaan offroad dan pergerakan yang lebih lancar. Sistem suspensi ini telah digandingkan dengan  penyerap hentakan Fox iaitu pengeluar penyerap hentakan untuk perlumbaan offroad. Semasa direkabentuk, jurutera meletakkan sasaran kelajuan maksimum 170km/h untuk kelajuan offroad. kalau setakat lubang jalan raya di KL, kacang je, tak payah minta tolong chief.

6. Penggunaan Sheet Moulding Compound

Ford Ranger Raptor juga datang dengan fender hadapan yang dibuat dari sheet moulding compound (SMC), ataupun fiberglass reinforced polyester (polyester resin, vinyl ester dan epoxy resin) bagi memudahkan proses pembuatan, dan bahan ini lebih ringan berbanding dengan metal sheet. Plat logam setebal 2.3 mm turut dipasang dibawah chassis hadapan bagi melindungi enjin, komponen enjin, dan sebagainya dari permukaan jalan

7. Dimensi yang Lebih Besar dari Ford Ranger Wildtrak

Ford Ranger Raptor mempunyai dimensi panjang 5698mm, lebar 2180mm dan tinggi 1873mm. Kalau dibandingkan dengan Ford Ranger Wildtrak yang mempunyai panjang 5362mm, 1860mm lebardan 1815mm tinggi, tenyata For Ranger Raptor ini lebih besar, tinggi dan lebar. Kelegaan dari perukaan jalan juga bertambah 50mm menjadikan jarak kelegaan 283mm. Bagi suspensi hadapan, penyerap hentakan mempunyai jarak pergerakan sejauh 236mm (32% lebih dari Ford Ranger Wildtrak) dan penyerap hentakan belakang mempunyai jarak pergerakan sejauh 290mm (22% lebih dari Ford Ranger Wildtrak)

Video Ford Ranger ada di pautan di bawah.

Untuk khidmat transport, sewa kereta dan hotel boleh klik di sini

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: