Geely Boyue – 6 perkara yang kita tahu setakat ini

Peminat automotif tempatan hari ini boleh melihat dengan mata kasar Proton Boyue hari ini di Shah Alam dalam tempoh 2 jam. Seperti biasa, walaupun berada dalam kelas dan harga yang berbeza, pasti SUV ini akan bersaing dengan Daihatsu Terios yang akan dilancarkan pada tahun ini juga. Namun berdasarkan saiz dan kategori, SUV ini akan bersaing dalam kelas C yang didominasi oleh Honda CRV. Ikuti kupasan mengenai data dan informasi mengenai Geely Boyue yang bakal dipasarkan kelak.

1. Rekabentuk

Boyue direka bentuk oleh Peter Horbury, warganegara British dan juga Vice President Volvo Design. Untuk info, Volvo telah dimiliki oleh kongmolerat Geeley dan Volvo memberi input kepada reke bentuk SUV ini. Peter Horbury juga merupakan lulusan Royal College of Art London.

 

2. Pilihan Enjin dan Kotak Gear

Sama seperti CRV yang menawarkan 2 pilihan enjin samaada 2.0 iVTEC atau 1.5 VTEC turbo, Boyue turut hadir dengan 2 pilihan enjin iaitu 1.8 turbo dan 2.0 normal aspirated. Enjin turbo ini menghasilkan 181Hp pada 5500RPM dan tork yang tinggi 250Nm dari RPM serendah 1500 RPM hingga 4500RPM. Dari atas kertas, enjin ini sangat bertenaga dari putaran enjin rendah dan mempunyai graf tork yang malar sehingga 4500RPM. Maksud saya, tekan sikit saja, enjin ini sudah menghamburkan kuasa maksima dengan bersahja.

Kotak gear ditawarkan dalam 2 pilihan samaada 6 kelajuan manual atau automatik. Moga tuan rajin berdoa agar kotak gear manual akan diberi oleh Proton. Bagi variant manual yang dijual di China, kuasa disalurkan pada roda hadapan. Variant automatik pula menggunakan kofigurasi All Wheel Drive

 

3. Gambaran Prestasi

Kelajuan maksima yang dilaporkan pula mencecah 195km/h, sudah cukup untuk membuatkan kamera AES bekerja keras menangkap gambar SUV ini. Bagi menghentikan jentera seberat 1630-1745kg ini, ia dipadankan dengan brek cakera berliang di hadapan dan brek cakera solid di belakang.

Sistem suspensi hadapan menggunakan McPherson Strut dan roda belakang menggunakan trailing arm

 

4. Ukuran Dimensi Boyue

Panjang keseluruhan SUV ini ialah 4519mm, dari depan ke belakang. Lebar keseluruhan model ini 1831mm dan tinggi SUV ini 1694mm. Wheelbase atau jarak antara pusat roda ialah 2670mm, dan wheelbase ini boleh digunakan untuk menganggar keluasan tempat duduk penumpang dan kabin. Tangki petrol boleh memuatkan maksima 60 liter bahan api dalam satu-satu masa. Website automotif China melaporkan penggunaan bahan api sekitar 8.2 liter per 100km. Satu tangki penuh membolehkan SUV ini bergerak sejauh 700km. Sama seperti CRV, hanya 5 tempat duduk sahaja yang ditawarkan

 

5. Ciri Ciri Keselesaan Yang Ada

-Menggunakan lampu Utama LED dan fungsi Follow Me Home (Lampu akan menyala seketika bagi menerangi kawasan sekitar untuk tujuan keselamatan, dan akan mati secara automatik)

-Lampu Kabus dan juga lampu siang LED

-Pengesan Hujan yang akan menghidupkan wiper secara automatik

– Panaromic sunroof

-sesetengah variant turut dilengkapi dengan teknologi Adaptive Cruise Control (terima Kasih Volvo)

-Sistem kemasukan tanpa kunci

6. Sistem Keselamatan

-6 beg udara bagi perlindungan maksima

– Antilock Braking System ABS, Emergency Brake Distribution EBD, Electronic Stability Control ESC, Traction Control Sistem TCS & Brake Assist ditawarkan sebagai alatan standard

-Tire Pressure Monitoring System yang mengawasi tekanan tayar turut ditawarkan untuk model ini

-Sama Seperti Honda Sensing, SUV ini turut dilengkapkan dengan teknologi sensing yang mengawasi cara pemanduan termasuk Lane Departure Warning.

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikĀ www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: