High performance CVT

High Performance Car with CVT

—————————————————-

CVT gearbox ni dikawal oleh TCU transmission Control Unit dan kebiasaannya manufacturer letak pilihan kepada driver untuk pilih pemanduan santai dalam Mode D Drive atau bersemangat dalam mode S.

Dalam mode D, TCU  akan menyediakan set ratio yang membuatkan enjin beroperasi secara ekonomi. Manakala dalam mode S enjin akan beroperasi dalam mode performance

Ada orang argue mengatakan CVT tidak sesuai untuk performance engine. Saya senaraikan nama kereta, Horsepower dan torque bagi kereta yang menggunakan CVT.

1. Honda Civic FC 1.5 TCP – 171 HP, 220 Nm torque

2. Nissan Teanna 2.5 – 171 HP, 234 Nm torque

3. Nissan Xtrail 2.5 4WD – 170 HP, 230 Nm torque

4. Nissan Murano 3.5 4WD V6 Engine – 300HP, 371 Nm torque

5. Lexus GS 450h 3.5 V6 engine – 339HP, 490 Nm torque

6. Lexus Ls 600h 5.0 V8 engine – 439 HP, 520Nm torque

Atas sebab kemampuan CVT boleh exploit performance engine pada setiap masa, CVT diharamkan terus dalam perlumbaan F1:

Banned! Continuously Variable Transmission (CVT)

Dalam perlumbaan F1  pasukan F1 Williams dan pemandu David Coulthard memandu uji jentera F1 dengan transmisi Cvt. Hasilnya David mencatatkan masa beberapa saat lebih pantas berbanding dengan kotak gear konvensional

Salah satu masalah dengan kotak gear fiz ratio ialah setiap kali pertukaran gear dibuat, RPM enjin akan jatuh dan enjin beroperasi di luar julat optimum kuasa

Katakan julat optimum kuasa pada 4000 rpm, setiap kali penukaran gear dibuat, enjin terpaksa bekerja keras agar kembali ke julat 4000rpm

Dengan menggunakan kotak gear cvt, penukaran ratio gear boleh berlaku pada tahap optima enjin 4000rpm tanpa ada penurunan RPM.

Pada tahun 1994, FIA menegaskan jentera F1 perlu mempunyai antara 4-7 gear tetap sekaligus mengharamkan penggunaan CVT dalam F1

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: