Honda Accord 2018

Honda Accord merupakan satu tanda nama bagi sedan segmen D yang popular dari dulu sampai sekarang dan sentiasa bersaing dengan Toyota Camry, Nissan Teana, dan juga pesaimg baru dari Korea seperti Optima, Sonata, dan juga dari benua eropah yang gah dengan sinonim jenama Continental seperti BMW dan juga Mercedez.

Pada asalnya, Honda Accord generasi pertama dilancarkan di Jepun pada tahun 1976 dan merupakan chassis Honda Civic yang dipanjangkan. Enjin yang digunakan oleh versi pertama ini dilengkapkan dengan teknologi CVCC yang dan mencapai tahap piawaian pelepasan asap California.

Versi pertama ini juga turut menerima balutan kusyen fabrik, radio dan intermitten wiper. Pada tahun 1978 model ini menerima naik taraf apabila pemasangan penyaman udara ( sebelum ini air cond dipasang di kedai aksesori), jam digital dan juga steering bantuan kuasa.

Versi kedua yang dilancarkan pada tahun 1981 dilengkapkan dengan teknologi Electro Gytocator, versi awal Satelite navigation atau Wave yang menggunakan peta. Unit ini menggunakan teknologi gyroskop dan peta adalah yang pertama di dunia. Kotak gear 4 kelajuan juga turut diperkenalkan pada model ini. Pada tahun 1984, enjin teknologi suntikan bahanapi PGM-F1 diperkenalkan dengan pembaharuan satu injector bagi setiap selinder.

Ini adalah contoh trendsetting dan benchmark yang diperkenalkan oleh Honda pada model Honda Accord, yang menjadikan model ini model sedan eksekutif sentiasa beberapa langkah di hadapan berbanding dengan pesaingnya yang lain.

Pada tahun 2018, Honda Accord generasi terbaru sudahpun dilancarkan di luar negara. Pada pandangan saya, sudah tidak lama lagi model ini akan dilancarkan di pasaran Asia Tenggara bermula dengan Thailand.

Rekabentuk Honda Accord 2018 sudah berubah daripada bentuk tradisional sedan 3 kotak kepada bentuk fastback design yang dipopularkan oleh Audi dan juga Honda Civic FC. Bahagian bumbung direka bersambung terus dengan bahagian bonet kereta. Kia Stinger, Audi A5 Sportback dan Volkswagen Arteon adalah antara model yang turut mengaplikasikan rekabentuk fastback.

Engine K series yang ada pada model lama telah digantikan dengan enjin dari barisan Earth Dream Technology dengan pilihan pertama L15B7 yang turut dipasang di Honda Civic dan Honda CRV. Sama seperti CRV enjin ini menghasilkan 192hp pada 5500 RPM dan 260Nm antara 1500-5000 RPM. Semua ini dihasilkan dari enjin sekecil 1500cc VTC (Dual VVTi) dan unit pengecaj turbo. Jangan kata enjin 1500cc ni sama dengan L15A7

Satu lagi pilihan enjin ialah dari keluarga KSeries tapi dengan teknologi Earth Dream Technology dengan sesaran 2000cc iaitu K20C enjin yang sama pada Civic Type R. Untuk kegunaan Honda Accord, enjin ini telah diturunkan kuasa kepada 252Hp pada 6500 RPM dan tork 370Nm antara 1500-4000RPM

Bagi enjin L15B7 1500cc, kotak gear yang dipadankan ialah kotak gear CVT sama seperti Civic dan juga CRV. Namun bagi versi K20C 2000cc yang pastinya datang dengan tanda harga yang lebih mahal, kotak gear baru 10 kelajuan digandingkan dengan enjin ini.

Kotak gear ini mempunyai 10 kelajuan (10 ratio menggabungkan 4 planetary gear, saiz yang lebih kompak, 10% lebih ringan dari kotak gear 6 kelajuan, dan 20% lebih efisyen. Disebabkan kotak gear ini mempunyai lebih 4 ratio dari kotak gear 6 kelajuan, ia mempunyai lebih pecutan pada gear rendah dan penjimatan bahan api pada gear tinggi.

Instrument Panel bagi Honda Accord 2018 setakat ini nampak lebih mewah dan kemas. Sama seperti Civic, paparan skrin LCD mendominasi bahagian tengah panel dan meter halaju dan RPM ditunjukkan dalam bentuk digital. Unit kawalan penyaman udara adalah dari unit manual selepas banyak komen negatif dari unit sentuhan jari dari Honda City. Tiada lagi tombol gear menegak, dan ia telah digantikan dengan butang. Namun kawalan kotak gear 10 kelajuan boleh dikawal dengan unit paddle shift.

Honda Sensing telah dijadikan alatan standard bagi Honda Accord 2018 dengan menawarkan Collision Mitigation Brake System, Lane Departure Warning, Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow, Blind Spot Information, Cross Traffic Monitor, dan Driver Awareness Monitor

Dalam sistem Driver Awareness Monitor, sensor akan mengesan input steering yang agak luar biasa daripada yang sepatutnya seperti sentiasa membetulkan steering agar kereta tidak terkeluar dari lorong dengan sengaja. Dalam sistem ini, lambang kopi 4 bar menunjukkan pemandu memandu dalam keadaan cergas. Sekiranya mengantuk, lambang ini akan turun pada 2 bar, mencadangkan pemandu untuk berehat. Sekiranya lambang ini menunjukkan 1 bar, bunyi amaran dan getaran akan dihasilkan pada steering

Sedia maklum pengasas Honda merupakan peminat sukan bermotor, dan legasi kesukanan diteruskan pada Honda Accord 2018. Sistem chassis ditala lebih keras berbanding dengan model lama bagi meningkatkan kawalan dan penyerapan bunyi. Semu ini dilakukan dengan penggunaan ultra high strength steel yang mengurangkan berat sehingga 50kg. Sebagai tambaha, Center of Gravity kenderaan turut direndahkan sehingga 10mm.

Ada dua Mode pemanduan yang disediakan Honda, Normal dan Sport dan sistem penyerap hentakan boleh laras disediakan sebagai pilihan. Sistem gantungan menggunakan McPherson Strut pada bahagian depan dan Multilink pada roda belakang. NVH Honda Accord turut ditambah baik dengan penggunaan penutup underbody, cermin depan acoustic, alas kaki penyerap bunyi dan Anti Noice Control System.

Dari segi saiz, panjang model ini ialah 4880 mm lebih pendek dari model lama sebanyak 10mm, tinggi pula 1450mm kurang 15mm dari model lama dan lebar 1860mm iaitu 10mm lebih dari model lama. Namun jarak antara roda bertambah 55mm kepada 2830mm

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: