Honda City

Setelah 2 bulan mencari Altis 1.8 G, memang tiada kereta tersebut pada harga yang saya tetapkan. Maka sekali lagi saya dan wife review balik model model kereta yang sesuai dengan bajet yang kami ada tapi memiliki semua ciri-ciri yang kami nak.

Dari segment C sedan, kami downgred ke sedan segment B. Model dalam segment ini terdiri daripada Toyota Vios, Nissan Almera, Honda City , Mazda2 dan dari Korea ialah Kia K2 dan Chevrolet Sonic. Dari pasaran tempatan pula ialah Proton Persona old version, dan semasa proses pembelian Persona Baru belum lagi dilancarkan. Perodua Bezza pula dari Segment A

Untuk link video comparison antara Vios vs almera vs city boleh click link di bawah dihasilkan dari program driven Paul tan

Dalam video yang dihasilkan pada tahun 2014 ini, hanya honda city yang mempunyai ciri – ciri berikut

1. Mempunyai enjin paling berkuasa dalam kelas 1.5 iVTEC dengan 118HP dan dipadankan dengan gearbox CVT dan torque converter

2. Mempunyai 6 beg udara, 2 di hadapan, 2 curtain airbag dan 2 airbag di sisi kerusi hadapan

3. Mempunyai sistem VSA Vehicle Stability Assist, sistem yang dibangunkan oleh Honda dan berfungsi sama seperti ESC

Link video kedua dihasilkan dari car sifu

Dalam video kedua ini honda city mempunyai boot space yang paling luas dan interior yang paling luas bagi penumpang hadapan dan belakang. Dari segi kuasa pecutan, City tertinggal 0.08 saat dari VW vento yang dikuasakan oleh enjin turbo dan superior 7 speed dual clutch DSG dan 0.02 saat lebih laju dari Mazda 2. Errrr x power ke CVT?

Disebabkan nature of business, saya memang selalu dapat test drive free semua kereta kereta di atas

Vios- old engine vvti dan 4 speed gearbox. Powertrain overstress untuk bawa chassis. Handling overall balance antara comfort dan performance.

Almera- enjin cvvt dan 4 speed gearbox. Tetapi kuasa enjin pada 102hp. Handling lebih kepada comfort dan selesa. Body yang panjang dan kelebaran yang kurang membuatkan kereta ini kurang sesuai untuk mengambil selekoh dengan laju. Tetapi almera mempunyai penebat bunyi yang bagus

Honda City – ayah saya mempunyai sebuah honda city baru tapi dalam versi E spec. Versi ini mempunyai tayar 15inch dan lebar 175. Macam ahli gym yang jarang buat leg exercise. Next year sudah tukar ke rim 16inc 185mm lebar. Punchy engine, tapi comfort tidak sebagus almera dan cornering dynamic tidak sebagus mazda 2. City adalah unit yang sama dengan honda Jazz dari segi chassis. Semasa pembangunan chassis, chassis dan suspension honda jazz menerima sentuhan dan input dari pasukan sama yang bertanggungjawab membangunkan Honda NSX. FYI Ayrton Sena seorang lagenda F1 turut memberikan input kepada honda semasa development

Mazda2- secara jujurnya saya tidah pernah memandu uji Mazda2. Enjin 1500 cc berkuasa 114hp. Berbanding dengan jenama lain, Mazda2 menggunakan direct injection dan dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Dari segi interior, sangat berkualiti seperti sebuah Audi. Tapi kalah dari segi interior space.

Dari segi pemanduan, saya pernah mencabar mazda2 sedan dari puncak grik ke jeli. Pada masa tersebut, saya maaih memandu myvi. Setelah berjaya memintas saya di jalan lurus, saya bercadang untuk buat comeback di hadapan mazda sewaktu high speed downhill cornering. Namun saya silap perkiraan, selamba saja mazda2 meninggalkan saya pada halaju 140 (anggaran) sewaktu menuruni bukit yang berselekoh. Pada masa teraebut myvi saya sudah siap dipasang ultra racing strut depan dan belakang.

Kia K2 Sedan- tidak pernah memandu uji model ini. Tapi sebelum ini saya pernah memiliki Hyundai Getz 1.4 DOHC, dan Kia K2 ini saya dapat rasa mereka masih guna enjin yang sama. Di Korea, Kia adalah anak syarikat Hyundai. Enjin 1.4 yang digunakan telah dinaik taraf dengan valve train CVVT (VVTi) namun output yang agak tinggi bagi enjin 1.4 membuat saya rasa tidak selesa. Pengalaman yang lepas, bila enjin kecil selalu diperah, maka jangka hayat enjin akan menjadi pendek. Enjin akan cepat mengalami wear and tear.

Kelebihan yang lain yang dilimiliki oleh City

Meter- meter city adalah gabungan meter analog dan digital. Speedmeter dan RPM meter adalah analog, manakala odometer, fuel comsumption monitor adalah dari unit digital. Sekiranya anda memandu dengan efisyen, meter akan berwarna hijau, dan warna biru adalah sebaliknya.

Autocruise- dalam kelas B, hanya City yang mempunyai auto cruise. Fungsi ini membolehkan kereta meluncur pada halaju malar seperti di lebih raya tanpa input dari pedal minyak. Apa yang perlu dilakukan hangalah menghidupkan fungsi ini, dan tetapkan pada halaju yang diinginkan. Fungsi ini akan mati sebaik sahaja pedal brek ditekan.

Hyundai Ionic yang terbaru dilengkapi dengan sistem yang lebih maju dikenali sebagai adaptive cruise control. Ionic dilengkapi dengan satu radar yang akan mengesan kenderaan di hadapan. Apabila ink terjadi, sistem akan membrek secara automatik sehingga halaju sama dengan kenderaan hadapan

Aircond- City dilengkapi dengan sistem aircond automatik yang akan menyelaraskan suhu secara automatik. Dalam kelas ini juga hanya City yang mempunyai corong penyaman udara bahagian belakang. Control panel pula dari jenis touch panel, nice to see, tapi kene kerap cuci

Sistem audio- bagi varian V, sistem audio dia dilengkapi touch screen dan unit penyambung USB. Ada satu unit penyambung untuk pengguna iphone. Sistem audio disambung dengan 8 speaker, cukup mengasyikkan kalau dengar lagu M Nasir, Paparock Ramli Sarip, Faizal Tahir, dan Mariah Carey

Next posting nanti saya proses pembelian.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: