Kategori Kenderaan Berdasarkan Saiz

Bagi tujuan klasifikasi kenderaan, pihak berkuasa Malaysia dan pengamal media biasa mengkategorikan kenderaan yang dipasang dan digunakan berdasarkan abjad. Praktis ini adalah berdasarkan Kesatuan Eropah yang mengkategorikan kereta yang dijual bagi pasaran Eropah dan praktis ini lebih mudah dan ringkas berbanding dengan pihak lain. Mari kita teliti panjang, lebar dan berat kereta bagi setiap kategori

Segmen A ( Subcompact Car)

Bagi kereta dalam kategori ini, panjang maksima ialah 3700mm dan lebar maksima ialah 1700mm. Biasa kereta ini wujud dalam bentuk hatchback 2 kotak dan juga boleh wujud dalam bentuk sedan 3 kotak. Contoh yang paling dekat ialah axia dengan panjang 3640mm dan lebar 1620mm. Berat axia pula ialah 850kg.  Namun sedan kategori A iaitu Bezza mempunyai panjang 4150mm dan lebar 1620mm dan berat bertambah kepada 930kg. Contoh lain ialah Kia Picanto dan Hyundai i10

Segmen B (Economy Car)

Dalam kategori B, panjang dan lebar kereta adalah lebih besar berbanding kategori A. Panjang kereta adalah antara 3700mm sehingga 4100mm. Manakala lebar kereta tidak melebihi 1750mm. Sebagai contoh ialah Honda Jazz dengan panjang 4028mm dan lebar 1694mm dan berat 1099kg. Dalam versi sedan iaitu Honda City, panjang kereta bertambah kepada 4440mm dan lebar 1694mm sama dengan versi hatchback dan berat 1112kg. Contoh lain kereta dalam kategori B ialah Perodua Myvi, Peugot208, Hyundai i20, Kia Rio dan Vw Polo, Vw Vento, Mazda 2 Hatchback dan Mazda 2 Sedan

Segmen C (Compact Car)

Dalam definasi yang diberikan oleh EPA (Environmental Protection Agency), panjang kereta adalah antara 4100mm – 4450mm bagi versi hatchback dan bagi versi sedan panjang ini adalah antara 4400mm – 4750mm

Bagi pemain industri Jepun, panjang kenderaan adalah antara 3400mm – 4700mm dan lebar antara 1480mm sehingga 2000mm. Enjin dalam kategori ini pula tidak melebihi 2000cc. Sebagai contoh Honda Civic yang mempunyai panjang 4630mm, lebar 1799mm dan kapasiti enjin 1500cc dengan bantuan pengecaj turbo. Contoh lain ialah Toyota Altis, Mazda 3 dan Renault Megane.

Segmen D (Entry Level Luxury Car)

Bagi tujuan rujukan, terdapat 2 definasi yang boleh digunakan oleh pembaca bagi mengenalpasti kereta yang berada dalam kategori ini. Bagi pasaran Amerika, jarak antara roda (wheelbase) bagi kereta ini berada dalam julat 2667mm dan 2794mm. Untuk pasaran JDM atau Japan Domestic Market, sekiranya kereta tersebut melebihi 4700mm, lebar melebihi 1800mm dan enjin yang digunakan lebih besar dari 2000cc, maka kereta tersebut akan dikategorikan dalam segmen D. Honda Accord, Mazda6, Toyota Camry, dan Peugot 508 adalah contoh kereta dalam kategori ini.

Segment E (Mid Size Luxury Car)

Panjang keseluruhan kereta dalam kategori ini tidak melebihi 5000mm atau 5 meter dan boleh juga direkabentuk dalam keadaan sedan, hatchback dan juga wagon. Bagi kereta segment E yang berasala dari Eropah, model Mercedes E Class, BMW 5 Series, Audi A6 dan Volvo S90 adalah antara pilihan popular. Lebar bagi kereta ini tidak melebihi 1900mm. Bagi model Jepun, Infniti Q70 (3500cc) dan Lexus GS (2000cc Turbo) adalah contoh bagi segment ini. Kia turut merekabentuk satu model baru yang dikenali dengan nama Kia Stinger (2000cc Turbo / 3300 V6) bagi bersaing dalam segmen ini

F Segment (Luxury Car)

Nama-nama seperti Lexus XF50 (3500cc TwinTurbo), BMW 7 Series(4400cc atau 6600cc), Bentley Flying Spurs (6000cc), Jaguar XJ (5000cc supercaj), Mercedes S Class dan Rolls Royce Ghost adalah antara beberapa nama yang mendominasi kereta dalam kategori F Segment. Berdasarkan beberapa contoh yang saya berikan diatas, sudah pasti kereta ini adalah untuk golongan yang berduit atau hanya digunakan oleh pembesar negara. Panjang kereta ini biasanya melebihi 5000mm, lebar melebihi 1900mm tapi tidak lebih 2000mm

S Segment (Sport)

Dalam segmen S, fokus utama dalam rekabentuk kereta ialah memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pemandu. terdapat 4 rekabentuk kereta yang boleh wujud dalam segmen ini iaitu:

Grand Tourer-Kereta prestasi tinggi dan mewah, Lexus LC50

Supercar-kereta prestasi tinggi 2 penumpang seperti  Buggati, Lamborghini dan Ferrari

Covertible – kereta yang boleh membuka dan menutup bumbung

Roadster- kereta tanpa bumbung atau perlindungan dari cuaca

Segment M (Multi Purpose Vehicle) MPV

Dalam kategori M, ia terbahagi kepada beberapa sub bahagian seperti Mini MPV, Compact MPV, Large MPV, dan juga Van.

Mini MPV adalah derivatif dari kereta sedan atau kompak segmen B seperti Perodua Alza yang dibangunkan dengan menggunakan chassis Myvi. Contoh Compact MPV seperti Honda Stream yang dibangunkan dari chassis Honda Civic. Honda Odyssey merupakan contoh Large MPV yang dibangunkan dengan menggunakan chassis Honda Accord. Antara persamaan MPV diatas ialah mampu memuatkan 7 penumpang pada satu masa walaupun mempunyai saiz luaran yang berbeza. Namun hanya Large MPV seperti Honda Odyssey memuatkan 7 penumpang dengan selesa berbanding Perodua Alza. Persamaan lain antara model ini ialah tempat duduk barisan ke dua dan ketiga boleh dilipat, disusun dan ditanam di dalam lantai bagi mewujudkan ruang kargo yang luas bagi memuatkan barang-barang  dan kotak bersaiz besar.

Segment J

Dalam segmen ini, fokus diberikan kepada untuk membawa antara 5 hingga 7 penumpang merentasi permukaan jalan dengan mencabar dan selesa. Kesatuan Eropah mengkategorikan kereta dalam segmen ini kepada 4×4, Sport Utility Vehicle SUV (Mini, Compact, Medium Size dan Full Size) dan crossover. Antara ciri-ciri persamaan dalam kategori ini ialah mempunyai jarak kelegaan permukaan bumi yang tinggi, sistem suspense yang ditambah baik serta mempunyai kebolehan AWD (All Wheel Drive). Honda BRV, Honda HRV, Honda CRV, Kia Sorento, Range Rover dan Toyota Land Cruiser adalah contoh kereta yang berada dalam segmen ini.

Segmen Pick Up

Dalam segmen pickup, chassis yang digunakan ialah chassis ladder frame yang lebih kukuh dan lasak berbanding chassis monocoque. Bahagian badan terdiri daripada 2 bahagian iaitu closed cabin untuk penumpang dan open cabin untuk meletakkan barangan. Secara umumnya pickup mempunyai kebolehan 4×4 yang membolehkan kuasa dihantar samaada hanya pada roda belakang sahaja(2 wheel drive), empat roda ratio tinggi (4WH four wheel drive high) dan empat roda ratio rendah (4WL) untuk merentas permukaan jalan yang mencabar. Suspensi belakang kenderaan ini biasanya menggunakan leaf spring. Antara contoh popular ialah Ford Ranger dan Toyota Hilux

Pickup Platform Vehicle / PPV Segment

Bagi mengurangkan kos pembangunan model baru, pengeluar kenderaan mengaplikasikan chassis ladder frame untuk kegunaan pickup kepada kenderaan tujuh tempat duduk dengan rekabentuk SUV. Bagi menambah baik keselesaan penumpang, sistem suspensi multilink akan dipasang pada chassis. Berbanding dengan pickup yang hanya mampu memuatkan 5 penumpang, kenderaan dalam kategori ini mampu memuatkan 7 penumpang sama seperti kenderaan segmen J. Contohnya ialah Isuzu Mux (dari chassis Isuzu DMax) dan Toyota Fortuner (dari chassis Toyota Hilux)

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klik www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: