Kereta Sport Pilihan

Soalan dari FB

Sebelum ini ada orang yang bertanya, ok ke kalau nak beli Preve Turbo sebab nak kereta yang berenjin turbo dan power. Kalau diberi pilihan dan duit boleh tumbuh dr pokok saya akan pilih Suzuki Swift Sport 1.6 6 speed Manual

Gambar di bawah ni versi CVT.

Enjin 1.6 VVT M16A 130hp / 160Nm torque. Apa yang menarik ialah berat keseluruhan kereta hanyalah lebih kurang 1070kg. Gabungan enjin berkuasa dengan berat badan yg ringan menghasilkan kereta yang seronok dipandu dan mempunyai pengendalian yang membuatkan pemandu senyum lebar dari telinga kiri ke telinga kanan.

Maksud saya dengan kelebihan badan yang ringan, Swift lebih pantas memecut, membrek, mengambil selekoh tanpa body roll dan mampu menukar arah dengan mudah. Sebab tu nama dia Swift. Syarikat Lotus pun ambil langkah yang sama dalam menghasilkan kereta sport Lotus

Kereta yang mempunyai kuasa kuda yang rendah tidak semestinya tidak laju..

Ps – enjin M16A 1600cc ni hanya sesuai dengan RON97 saja.

Faktor lain ialah Suzuki Swift ini turut digandingkan bersama dengan kotak gear manual 6 kelajuan yang membolehkan pemandu memilih pertukaran gear dibuat dengan power band yang tepat

Enjin normal aspirated M16 A juga senang dijaga dan kuasa yang dihantar dalam keadaan linear, membolehkan pemandu melakukan throttle modulation dengan baik. Berbanding dengan enjin turbo, kuasa yang dihantar kadangkala torque sangat mengejut.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: