Kia Forte / Cerato 2019

Kia Forte / Cerato 2019

10 tahun lepas, jenama Kia mempunyai reputasi sebagai jenama kelas kedua yang berada di belakang jenama Honda, Toyota, Nissan ataupun mana – mana jenama Jepun yang lain. Jika anda memandu kereta buatan Korea, pasti akan ada yang komen ” OK ke kereta Korea?”

Pada tahun 2006, Kia melantik Peter Schereyer sebagai Chief Designer. Sebagai lulusan graduan Royal College of Art London, hasil kerja tangan boleh dilihat pada Audi TT, kereta coupe 2 pintu Audi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kia Forte 2009 menampilkan konsep wedges design, dan banyak dipengaruhi oleh rekabentuk Audi sehingga Kia digelar “Korean Imitating Audi”. Kalau tak tiru Audi, nak tiru Toyota Corolla macam design orang tua pula. Pada tahun 2018 pula, Forte / Cerato tampil dengan rekabentuk yang lebih menarik dan “vibrant”.

Reka bentuk hadapan seperti Kia Stinger

Rekabentuk Lampu Hadapan yang unik

Lampu belakang Full LED

Rekabentuk papan pemuka yang lebih moden, clean design

Ciri-ciri pembaharuan yang baru yang ada pada model baru termasuklah:

  1. Enjin 4 silinder 2000cc dengan kitaran Atkinson yang lebih efisyen, enjin lama menggunakan Otto cycle. Kuasa maksima enjin 147 horsepower
  2. Kotak gear 6 kelajuan diganti dengan kotak gear CVT bersama dengan shift logic programme untuk lebih penjimatan bahan api
  3. Sistem audio yang mampu berinteraksi dengan sistem Apple dan Android
  4. Sistem keselamatan yang ditambah baik seperti Adaptive Cruise Control, Blind Sport Monitoring, Lane Keep Assist, dan Forward Collision Warning System

Bila model ini akan dilancar dan berapa harga yang akan ditawarkan masih lagi belum pasti.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: