Lampu Depan – Reflector vs Projector

Lampu utama depan atau main headlamp sebuah kereta biasanya mengandungi lampu utama (main beam), lampu kecil, lampu tinggi (high beam) bagi sesetengah model, dan ada juga yang lengkap dengan lampu signal. Bagi mengikut trend terkini, model terbaru akan datang dengan lampu nyalaan siang atau Daytime Running Lights samaada dalam bentuk LED ataupun mentol biasa. Lampu DRL akan nampak lebih menawan sekiranya direka secara bersepadu dengan lampu utama

Secara asasnya, terdapat 2 jenis sistem yang digunakan oleh pengeluar kenderaan bagi lampu hadapan, samaada dari jenis reflector ataupun projector. Sesetengah pengeluar menggabungkan lampu projector (untuk low beam) dan reflector (untuk high beam)

Sistem Reflector

Dalam sistem reflector, perumah lampu mempunyai sistem reflector dan mentol dipasang didalam perumah lampu. Cahaya yang dihasilkan dari mentol akan digandakan dan dipantulkan keluar dengan menggunakan reflector dalam pelbagai sudut.

Biasanya mentol yang digunakan dalam sistem reflector ialah mentol halogen. Walaupun mentol halogen menghasilkan cahaya yang cukup untuk menerangi jalan pada waktu malam, namun atas faktor kekangan rekabentuk reflektor, tidak semua cahaya akan dipantulkan kembali ke permukaan jalan, samaada terlalu tinggi atau rendah dan kadangkala menyebabkan pemandu lain silau

Antara kelebihan menggunakan headlamp dengan reflector ialah:

1. Lebih murah untuk dihasilkan dan diganti oleh pengguna

2. Sistem yang ringkas dan menggunakan ruang yang sedikit berbanding sistem projector

Walaupun begitu, sistem ini masih mempunyai kelemahan seperti:

1. Sudut dan arah cahaya yang dihasilkan oleh mentol susah untuk dikawal disebabkan kekangan rekabentuk perumah headlamp. Kadangkala cahaya low beam adalah kabur

2. Sudut cahaya yang dihasilkan tersebar dengan lebar, tapi tidak cukup tinggi

3. Corak cahaya yang dihasilkan kadangkala mempunyai spot yang terlalu terang dan ada spot yang kabur.

Antara contoh kereta yang menggunakan lampu reflector ialah Perodua Axia G Spec dan Honda City 2014

Lampu Axia G Spec yang menggunakan sistem reflector. Mentol halogen boleh digunakan untuk low beam dan high beam

Lampu depan Honda City yang menggunkan reflector. Low beam dan high beam menggunakan mentol yang berlainan.

 

Sistem Projector

Berbeza dari sistem yang menggunakan reflector, sistem projector mempunyai tambahan kanta dan juga unit pelindung cahaya. Cahaya dihasilkan dari mentol samaada halogen ataupun unit HID (high intensity discharge) dan dipantulkan keluar dengan menggunakan reflector dari perumah lampu. Kanta akan mengawal arah cahaya yang keluar agar menuju ke arah jalan dengan tepat dan unit pelindung cahaya akan menghalang lebihan cahaya.

Pernah ke anda bermain dengan unit kanta pembesar untuk membakar daun kering? Konsep reflector ialah unit ini akan menumpukan cahaya pada satu tempat secara sekata. Manakala unit pelindung pula akan menghasilkan sempadan cahaya yang nyata berbanding dari lampu reflector

Antara kelebihan sistem projector ialah:

1. Cahaya akan disebarkan secara seragam ke semua arah tanpa ada spot yang terang atau spot yang kabur

2. Unit projector boleh digunakan bersama mentol HID bai menghasilkan cahaya yang lebih terang disebabkan kehadiran unit pelindung cahaya

3. Unit projector mempunyai rekabentuk yang lebih bergaya dari unit reflector

Namun kekurangan utama projector ialah, sesetengah pemandu merasakan unit projector tidak cukup terang berbanding dengan unit reflector disebabkan corak cahaya uang dihasilkan(termasuklah saya)

Antara contoh kereta yang menggunaka projector ialah Toyota Vios dan juga Perodua Alza (gabungan projector dan reflector)

Untuk khidmat transport, sewa kereta dan hotel boleh klik di sini

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: