Lebuh Raya Timur Barat Kedua

Sebut saja jalan raya yang menghubungkan antara pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia, pasti kita terbayang Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan antara Grik, Perak ke Jeli Kelantan, dengan laluan berbukit mencabar dan selekoh yang mengiurkan pemandu yang dahagakan cabaran.

Namun, terdapat satu lagi pilihan laluan untuk pengguna dan pemandu yang ingin ke Pantai Timur atau ke Pantai Barat yang menghubungkan antara Simpang Pulai, Perak ke Kuala Jeneris, Terengganu sejauh 311 kilometer. Laluan yang dikenali dengan nama Lebuh Raya Pantai Timur Kedua ini turut bertindih dengan Jalan Persekutuan Karak -Gua Musang. Laluan ini menghubungkan negeri Perak(Simpang Pulai), Pahang(Lojing), Kelantan(Felda Chiku) dan Terengganu (Kuala Jeneris).

Secara umunya, Lebuh Raya Timur Barat Kedua mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Jalan raya dua lorong yang lengkap dengan lorong memotong bagi kawasan berbukit
  2. Lebar jalan ini ialah 3.5 meter dan lebar bahu jalan 2.5 meter
  3. Di kebanyakan laluan, halaju maksima dan selamat yang dibenarkan ialah 90km/h
  4. Kos pembinaan menelan belanja RM1.6 billion
  5. Laluan Simpang Pulai ke Gua Musang dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003
  6. Fasa kedua dari Felda Chiku ke Kuala Jeneris siap dibina pada tahun 2010, namun laluan di Felda Chiku belum sempurna sepenuhnya

Pengalaman Melalui Lebuhraya Timur Barat Kedua

Saya biasa melalui Jalan Persekutuan 185 yang menghubungi Simpang Pulai ke Kampung Raja dan seterusnya ke pusat peranginan Cameron Highland. Tapi, bagi laluan dari simpang Kampung Raja, seterusnya ke Gua Musang, kali terakhir saya melalui jalan tersebut ialah sekitar tahun 2006 dengan menggunakan Kia Spectra milik keluarga. Cuma pada kali ini, saya berpeluang menggunakan laluan ini sekali lagi kali ini dengan menggunakan Perodua Alza. Oleh kerana terpengaruh dengan Proton fuel challenge, maka saya bereksperimen dengan Alza. Sejauh manakah Alza boleh dipandu sekiranya dipandu dalam keadaan berhemah.

9.30 am – Memulakan perjalanan dari Simpang Pulai ke arah Kampung Raja. Hari Jumaat ialah hari permulaan untuk cuti hujung minggu, jadi laluan ini dipenuhi oleh kereta dengan no pendaftaran Wilayah Persekutuan dan juga Selangor. Di sebelah kiri jalan terdapat satu stesen minyak Petronas, dan saya nasihatkan pemandu boleh berehat seketika di sini dan mengisi semula bahan api sebelum menyambung perjalanan.Namun terdapat juga beberapa kenderaan pikap dengan no pendaftaran Cameron Highland, yang dipandu dengan laju dan cekap mengambil selekoh. Sebagai anak jantan yang pantang dicabar, saya cuba memberikan saingan kepada pemandu pikap ini sebelum Alza 1500 cc saya dipotong di laluan lurus oleh pikap dengan enjin 2500cc turbo

10.10 am – Sampai di Cameron Highland, hentian pertama ialah deretan Kedai S Corner untuk membeli strawberry dan juga Cameron Valley Tea. Tak sah kalau ke sini kalau tak beli strawberry segar dan menikmati tea panas. Tips untuk starwberry tahan lama, sila bawa ice box dan ice pack bersama.

11.40 am – memulakan perjalan ke Lojing dan seterusnya ke bandar Gua Musang. Di sesetangah bahagian, laluan terdiri dari jalan dua lorong dengan pembahagi jalan. Namun jangan terpedaya, jalan ini tidak rata dan boleh menyebabkan kereta melambung – lambung.

Laluan memotong ketika mendaki disediakan bagi memudahkan pengguna memotong kenderaan yang perlahan

Sila beri perhatian pada rombongan bermotosikal, kadang kala penunggang motosikal terlajak masuk ke laluan bertentangan.

Selekoh, hutan dan jalan mencabar. Perfect combination

Jam 1.30 pm sampai di Bandar Gua Musang, tepat pada waktu untuk solat jumaat.

2.10pm –  Selesai solat Jumaat, saya sambung perjalanan. Gambar di ambil sejurus melepasi R&R Gua Musang. Di hentian ini terdapat stesen minyak Shell, dan anda dinasihatkan mengisi semula bahan api sekiranya perlu. Ini merupakan bahagian lebuh raya timur barat kedua yang bertindih dengan lebuhraya Gua Musang Kota Bharu.

2.30 pm –  Memasuki laluan Felda Aring, terdapat beberapa petugas yang sedang meronda laluan. Boleh perhatikan tiada lampu jalan disediakan, jadi laluan ini mungkin gelap pada waktu malam. Boleh perhatikan jalan ini tidak lebar dan hanya mampu menampung berat maksima 40 tan sahaja. Ada satu lagi laluan melalui Felda Chiku dan merentas Taman Negara. Tidak jauh dari sini, terdapat satu pondok pengawal yang dikawal oleh polis bantuan

 

Laluan lurus tapi sempit. Amat berbahaya sekiranya berselisih dengan lori yang keluar masuk. Saya terpaksa menghentikan kereta seketika bagi memberi laluan kepada lori sewaktu berselisih di kawasan selekoh. Berdasarkan gambar, tiada bahu jalan disediakan.

 

Awas di sepanjang laluan terdapat banyak jalan rosak dan berlubang. Punca utama ialah lori yang bawa lebih muatan

Kalau jumpa papan tanda ini, tahniah. Anda berada di laluan yang betul dan tidak jauh dari sini ada satu simpang empat menghala ke Kuala Berang

3.00 pm –  sebaik sahaja melalui simpang empat, saya dihadiahkan dengan jalan yang lebih lebar dan bertamadun. Lebih selamat berbanding dengan jalan semasa masuk ke felda tadi.

Semasa menuju ke Kuala Berang, kurang 10 buah kereta yang berselisih dengan saya

Banyak berselisih dengan lori yang bawa buah kelapa sawit. Jarak ke Tasik Kenyir 67km, dan ke Kuala Berang 101km.

Sempadan Kelantan / Terengganu. Dah tak jauh untuk sampai ke Kuala Tereangganu

Perhatikan papan tanda amaran gajah, kawasan pembaikan jalan dan juga boleh dikatakan tiada langsung lampu jalan.

Tasik Kenyir dari kejauhan, malas nak berhenti sebab risau memandu seorang

Terdapat beberapa bahagian jalan yang rosak teruk akibat banjir dan masih dalam proses pembaikan

Bahagian terakhir jalan sebelum sampai ke Kuala Jeneris. Dari Kuala Jeneris, jalan ini bersambung dengan laluan 247, dan seterusnya ke Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu. Jam 4.30 saya sampai di bandar Kuala Terengganu.

Untuk bacaan penggunaan Perodua Alza, ini ialah data yang saya dapat.

Isian penuh satu tangki – 42 liter
Jarak dilalui – 499km
Baki petrol – 2 bar
Anggaran perjalanan dengan baki petrol-120km
Anggaran jarak maksima sehingga habis petrol-620km

Lebih kurang 14.76km per liter

Laluan
Ipoh – Simpang Pulai – kampung raja – Brinchang – Kampung Raja – Gua musang – Felda Aring – Kuala Berang – kuala terengganu
70% laluan berbukit

Purata halaju -90km/h
Min -80km/h
Max -110km/h

Tayar asal – Silverstone M5 185/55/15

ada beberapa komen yang saya ingin buat terhadap lebuh raya timur barat kedua

1. lebuh raya ini kurang pencahayaan pada waktu malam. sekiranya anda ingin memandu pada waktu malam, pastikan semua lampu anda dalam keadaan baik. kehadiran foglamp, lampu spotlight, lampu suluh kecemasan dan juga lampu telefon

2. Laluan dari felda aring ke Tasik Kenyir mempunyai liputan komunikasi yang terhad, dan sepanjang masa telefon saya menunjukkan simbol E

3. dari simpang pulai ke Kuala Jeneris, tidak banyak stesen minyak. anda boleh isi semula minyak di Simpang pulai, cameron highland, dan di Gua Musang sahaja

4. Hanya ada satu sahaja R&R berhampiran Tasik Kenyir dari Felda Aring. Elakkan makanan pedas atau apa sahaja yang buatkan perut anda meragam

5. Kebanyakan laluan adalah melalui hutan simpan, dan sangat cantik jika dilalui pada waktu siang. Laluan ini juga berhampiran dengan habitat gajah liar. Sila berhati – hati sekiranya terserempak dengan gajah

 

www.mergecarrental.com

www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: