Minyak Enjin

Minyak Enjin atau minyak pelincir adalah minyak yang diproses dari pelbagai bahan kimia yang terdiri daripada campuran  komposisi minyak petroluem, bahan tambah seperti agen antioksida, detergent, anti karat. Fungsi utama minyak enjin ialah untuk mengurangkan geseran, kehausan bahan yang bergeser, dan membersihkan enjin dari sisa pembakaran yang tidak lengkap semasa enjin beroperasi. Minyak enjin yang bagus memounyai fungsi seperti:

1. bertindak sebagai pelicir untuk komponen enjin semasa beroperasi, enjin yang mempunyai geseran yang tinggi akan menukar tenaga kinetik yang terhasil semasa operasi kepada tenaga haba yang akan terbuang ke persekitaran. Cecair minyak pelincir akan mewujudkan satu lapisan filem nipis antara komponen enjin yang bergerak bagi meminimakan sentuhan terus antara komponen tadi, mengurangkan kehausan dan melindungi komponen enjin semasa operasi.

2. minyak enjin juga bertindak sebagai agen penyejuk bagi mengalirkan haba dari komponen kritikal (haba ialah hasil sampingan proses) seperti piston dan piston ring ke bahagian lain enjin yang akan disejukkan oleh udara ataupun disejukkan apabila minyak enjin kembali ke takung minyak enjin yang berada dibawah enjin. Sesetengah enjin prestasi tinggi yang menggunakan Compression ratio tinggi bergantung kepada minyak enjin untuk menyejukkan piston.

3. minyak enjin juga melindungi komponen enjin yang dibuat dari besi dari proses pengaratan yang amat mudah berlaku apabila unsur logam terdedah pada oksigen pada suhu yang tinggi. Untuk tugas ini, minyak enjin turut dibekalkan dengan agen anti oksida dan anti karat

4. Minyak enjin juga mempunyai kebolehan untuk memerangkap jelaga atau hasil pembakaran bahanapi yang dihasilkan dari proses pembakaran yang tidak sempurna. Jelaga ini yang diserap oleh minyak enjin akan menukarkan minyak enjin yang berwarna jernih menjadi hitam.

5. Semasa enjin beroperasi, geseran antara komponen besi akan menghasilkan partikel serbuk besi, dan sekiranya serbuk besi tadi dibiarkan, ia akan disebarkan ke seluruh bahagian enjin dan bertindak sebagai agen pengakis antara komponen enjin dan mempercepatkan proses wear & tear. Oil Filter atau penapis minyak hitam yang dipasang pada enjin dan ditukar setiap kali service, bertindak memerangkap serbuk besi ini.

Kelikatan Minyak Enjin

Minyak enjin yang dihasilkan mempunyai satu sifat iaitu kelikatan, atau ketebalan atau keupayaan minyak untuk mengalir. Semakin likat satu minyak, semakin mudah ia mengalir. Kelikatan satu minyak enjin mestilah mencukupi untuk ia melindungi komponen enjin dan pada masa yang sama mestilah cukup cair untuk mengalir ke seluruh enjin. Kelikatan minyak enjin ini boleh berubah dengan suhu. Semakin tinggi suhu, semakin cair minyak dan semakin mudah ia mengalir.

Bagi memudahkan orang awam mengenalpasti minyak enjin yang sesuai untuk kegunaan mereka, Society of Automotive Engineer (SAE) telah memperkenalkan carta nombor bagi mengelaskan kelikatan minyak enjin. Pada awalnya, hanya ada satu gred kelikatan yang digunakan oleh jurutera bagi enjin.

Kinematic Viscosity –  merupakan satu gred yang digunakan oleh jurutera bagi menentukan gred kelikatan minyak enjin. ia diukur dengan menentukan masa yang diambil oleh minyak enjin untuk mengalir melalui satu tiub pada suhu yang ditetapkan. semakin lama masa diambil, semakin tinggi kelikatan minyak enjin.

Bagi memenuhi keperluan pelinciran enjin, pengeluar minyak enjin menghasilkan minyak enjin yang mempunyai dua kelikatan atau multigrade engine oil. Berbanding dengan teknologi lama, minyak ini mempunyai 2 kelikatan yang berbeza bergantung pada suhu operasi. Satu kelikatan yang rendah bagi memudahkan enjin dihidupkan pada waktu pagi dan satu lagi kelikatan untuk operasi pada suhu yang tinggi.

Sebagai contoh minyak enjin yang mempunyai kod 5W-30. 5 ialah kelikatan minyak enjin pada suhu 0 darjah Fahrenheit atau -17.8 darjah celsius. Semakin rendah nombor, semakin cair minyak dan memudahkan enjin dihodupkan pada suhu sejuk.

Perkataan W merujuk kepada Winter atau musim sejuk. Perkataan 30 pula merujuk kepada kelikatan minyak enjin pada suhu 100 darjah Celsius. Semakin tinggi nombor ini, semakin mudah ia untuk cair pada suhu yang tinggi. Sebagi contoh 10W-40 mempunyai kelikatan yang tinggi pada suhu sejuk dan susah untuk cair pada suhu tinggi berbanding dengan 5W-30.

Sentiasa rujuk buku manual yang diberi oleh pengeluar kenderaan semasa membuat servis menukar minyak enjin. Jangan main hentam keromo, jahanam enjin

 

Untuk khidmat transport, sewa kereta dan hotel boleh klik di sini

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: