Minyak Pelincir

Engine Lubricants

==============

Apabila musim balik kampung secara besar – besaran bermula, salah satu aspek penyelenggaraan kenderaan yang perlu diambil berat ialah minyak enjin sendiri. Sela masa penukaran minyak enjin telah ditetapkan oleh pengeluar samaada 5000km , 7000km atau 10,000km. Malah ada pengeluar kenderaan eropah menggunakan 15,000km.

Menjadi tabiat orang Malaysia untuk service kenderaan sehari sebelum atau kadang2 sebelum takbir raya. Tapi disebabkan jadual booking yang telah penuh, pusat service terpaksa menolak atau menukar jadual service selepas balik kampung trip

Sekiranya kenderaan anda telah melangkaui sela masa service dan beranggapan “ok” dan tidak perlu service kereta, cuba kita nilaikan fungsi sebenar minyak enjin sangat kritikal.

1. Enjin adalah mekanikal part yang sentiasa bergerak. Fungsi minyak tadi ialah melincirkan pergerakan piston, camshaft, rocker arm, timing chain sprocket, crankshaft dan 1001 bahagian yang bergerak.

2. Bagi enjin turbo, minyak pelincir membantu pergerakan turbo pin up to 90k rpm.

Bagi enjin vvti- minyak enjin merupakan sebahagian elemen dalam sistem bagi membantu sistem retard atau advance masa pembakaran

Bagi enjin vtec – minyak enjin adalah elemen dalam sistem pin untuk mengaktifkan Vtec

3. Oleh kerana enjin beroperasi dengan pembakaran petrol atau diesel, akan ada haba yang wujud di combustion chamber. Haba perlu dikawal agar tidak berlaku knocking. Minyak enjin menyejukkan bahagian2 enjin dengan membawa haba keluar dari sistem. Bagi sistem turbo, suhu setinggi 900°C boleh terhasil di bahagian turbine dan disejukkan oleh minyak

4. Besi tuang adalah elemen dalam enjin dan minyak enjin mampu menghalang enjin dari berkarat

5. Hasil pembakaran bahanapi petrol atau diesel akan menghasilkan enapcemar (sludge) dalam enjin. Minyak enjin membersihkan enjin dari sludge dari permukaan enjin

Apabila digunakan, suhu yang tinggi, sludge, karat, dan kadangkala hasil pembakaran turut menghasilkan asid di dalam enjin akan diserap ke dalam minyak enjin. Sekiranya terlalu tercemar, maka fungsi2 di atas tidak mampu dilaksanakan dan jangka hayat enjin akan terjejas.

Salah satu cara untuk mengetahui minyak betul2 tercemar adalah dengan menjalankan analisis kimia terhadap sample minyak. Namun kaedah ini tidak praktikal dan kos tinggi. Kaedah lain ialah tukar sahaja minyak hitam mengikut sela masa 5000 atau 7000 atau 10000km yang telah ditetapkan.

Bayangkan kalau kita mendera enjin dengan menggunakan minyak yang dah basi, meredah kesesakan balik kampung beratus2 kilometer dalam keadaan panas, memecut melebihi 120km per hour dengan RPM yang tinggi, meredah jalan berbukit sambil memotong lori2 ayam (nak raya kan) dengan gear 3 atau overdrive atau sport mode dan rpm 4000-6000. Konfem kita tidak mau perjalan terkandas di tengah hutan di tengah malam. Syahdu beb. Untung2 boleh naik towing truck.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: