Mitsubishi Xpander

Bagi menyaingi pasaran Multi Purpose Vehivle MPV Kompak yang semakin dikuasai oleh Honda BRV, Peroda Alza, Toyota Sienta, Toyota Avanza dan Proton Ertiga, Chief Executive Officer Mitsubishi Motor Cops Osamu Masuko dilaporkan berkata model terbaru mereka Mitsubishi Xpander bakal dibawa masuk untuk dipasarkan di Malaysia. Mitsubishi Xpander merupakan model MPV Kompak terbaru yang dikuasakan dengan enjin 1500 cc MIVEC. ( Fungsi VVTi pada bahagian fuel intake).

 

Mitsubishi Xpander dipasang di kilang Mitsubishi di Bekasi, Jawa Barat dan akan dieksport ke seluruh pasaran ASEAN bermula Februari 2018 ke Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Terdapat dua pilihan transmisi yang ditawarkan iaitu manual 5 kelajuan dan 4 kelajuan otomatik.

Panjang keselurahan Mitsubishi Xpander ialah 4475mm, lebar 1750mm dan tinggi 1700mm. Kelegaan jarak dari permukaan jalan ialah 205mm, hanya kurang 5mm dari Honda BRV. Jarak antara Roda Mitsubishi Xpander ialah 2775mm iaitu 5mm lebih panjang dari Toyota Sienta. Hasilnya ruang dalaman Mitsubishi Xpander sangat luas dan mempunyai ruang bagasi yang terbaik dalam kelasnya. Berdasarkan gambar yang ada, boleh dikatakan Mitsubishi Xpander mempunyai ruang bagasi hampir menyamai Perodua Myvi, sekitar 240-260 liter.

Enjin yang dibekalkan adalah dari enjin Mitsubishi Colt dengan kod 4A91 MIVEC. Enjin ini mampu menjana 102horsepower dan 141Nm tork pada 4000 RPM, sudah cukup untuk membawa chassis Mitsubishi Xpander yang seberat 1780kg. Kesemua kuasa dihantar ke roda hadapan, sama seperti dengan Honda BRV dan Toyota Sienta.

Mitsubishi Xpander datang dengan 7 tempat duduk yang selesa dengan konfigurasi 2+3+2. Tempat duduk di barisan ke dua boleh diubah menjadi perehat tangan sekiranya tidak digunakan. 6 perehat kepala turut disediakan bagi MPV ini. Untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas, barisan kedua turut dilengkapkan dengan corong penyaman udara yang dipasang dibahagian atas kepala, namun tidak dapat dipastikan samaada ianya turut dilengkapkan dengan paip penyejuk penyaman udara ataupun hanya unit blower sahaja. Kerusi di bahagian penumpang turut dilengkapi dengan kebolehan untuk susun atur full flat seating pada barisan ketiga dan kedua sekiranya tidak digunakan, sangat sesuai untuk ke pasaraya IKEA ataupun digunakan oleh pencuri lembu di kampung kampung.

Rekabentuk papan pemuka dan susun atur Mitsubishi Xpander juga menampilkan rekabentuk minimalis tapi lengkap dengan skrin sesentuh LCD bagi unit audio,dan tidak ketinggalan juga ciri butang penghidup enjin. Tidak dapat dinafikan Mitsubishi Xpander sama seperti pesaingnya yang lain, ciri ciri dan rekbentuk papan pemuka gagal menyaingi rekebentuk luaran yang “cool”

Sama seperti Honda BRV, Mitsubishi Xpander turut menggunakan susun atur enjin di hadapan, pacuan roda hadapan, kedua dua model turut menggunakan sistem suspensi yang sama pada bahagian depan dan belakang. Sistem suspensi hadapan menggunakan McPherson Strut manakala sistem suspensi belakang meggunakan torsion beam.

Dari segi keselamatan, Mitsubishi Xpander agak ketinggalan berbanding pesaingnya yang lain seperti Honda BRV dan Toyota Terios. MPV ini masih lengkap dengan sistem Brek ABS Anti Lock Braking System dan Emergency Brake Distribution EBD, serta 2 beg udara bagi pemandu dan penumpang hadapan. Mitsubishi Xpander tidak mempunyai sistem Electronic Stability Control ESC, menyebabkan model ini hanya memiliki 4 bintang dari ASEAN NCAP dengan markah pematuhan 71.66%. Mitsubishi Xpander dijangka akan mula dipasarkan di Malaysia dari suku ketiga tahun 2018. Bagi bersaing dengan model Honda, Toyota, Perodua dan Proton harga yang dijangka ialah antara 70-90 ribu.

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klik www.carrentalrawang.com

http://www.mergecarrental.com

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: