Myth Buster – Axia Steering Lock

Isu steering lock adalah satu issue yang telah dibuat berikutan satu kemalangan misteri yang melibatkan Perodua Axia standard tanpa ABS dari susur Lebuhraya PLUS ke Jambatan Sultan Abdul Halim. Pemilik dengan keras menyatakan isu ini adalah isu teknikal yang menyebabkan steering gagal beroperasi. Berikutan dengan tuduhan ini, banyak berita dan fakta yang tular di media sosial berkaitan Axia

Bagi menjawab persoalan, berikut adalah penepian (waiver):
1. Saya bukan staff perodua (P2)
2. Saya tidak dibayar
3. saya tiada kepentingan di P2 (saham atau pembekal)

Electric Power Steering (EPS) diperkenalkan bagi menggantikan hydraulic power steering (HPS). EPS mengurangkan bebanan enjin kerana tiada valve, pump dan minyak hydraulic dalam operasi berbanding sistem hidraulik yang bersifat parasitic load. Hasilnya enjin menjadi lebih cekap dang penggunaan bahanapi menurun sehingga 8-10%.

Berkenaan dengan dakwaan pemandu bahawa masalah steering terkunci, ini pautan rasmi P2 pada 6 ogos http://paultan.org/…/axia-steering-lock-accident-due…/

Sekiranya system EPS mengalami masalah seperti yang didakwa, satu lampu amaran akan menyala di meter Axia, dan lampu ini akan menyala sepanjang masa bagi memberi amaran kepada pemandu. Tiada laporan mengatakan lampu ini menyala semasa kejadian

Sekarang kita kaji lokasi kemalangan. beradasarkan gambar yang tersebar di sosial media, dilaporkan bahawa lokasi kejadian ialah pada waktu hujan, di selekoh dari PLUS ke jambatan 2 penang. Pemandu mengambil selekoh pada kelajuan 70-80km/h. gambar berikut ialah gambar google map untuk selekoh tersebut

Berdasarkan gambar, selekoh tersebut melebihi 90 darjah sudut, dipandu dengan kelajuan70-80 pada hari hujan. Laporan rasmi p2 mengatakan keadaan tayar kurang 10% thread. Malah keadaan tayar ini telah dimasukkan dalam laporan teknikal

Berikut adalah keadaan tayar semasa kejadian. Hanya pemandu F1 saja yang berani mengambil selekoh tajam, pada hari hujan, dengan tayar botak pada kelajuan 70-80km/h demi mengejar kejuaraan. Berdasar analisa keadaan jalan, tayar, cuaca, dan halaju saya percaya pemandu dan kereta ini mengalami aquaplanning. Tayar yang baik mampu menyuraikan air (disperse) sebanyak 5-7 liter per second. Faktor ini dipengaruhi oleh kedalaman bunga tayar (thread). Kegagalan untuk disperse air, akan menyebabkabkan aquaplanning

Untuk maklumat lanjut mengenai aquaplanning boleh klik link https://en.wikipedia.org/wiki/Aquaplaning

Steering EPS tidak akan terkunci secara tiba-tiba. salah satu faktor yang menyebabkan steering terkunci adalah apabila brek terkunci. Apabila pemandu hilang kawalan disebabkan lost traction, tindakan refleks dia adalah dengan menekan brek secara mengejut. Model yang dipandu ialah Axia Variant E tiada ABS. Secara automatik, brek akan terkunci, menyebabkan steering terkunci. Sekiranya system ABS ada, ABS akan mengahalang brek dari terkunci dan steering masih boleh dikawal. Pada masa yang sama ABS akan mengawal brek agar Brake Coefficient kekal pada kadar 0.2, kereta akan berhenti tanpa steering terkunci

Untuk video bagaimana ABS berfungsi, boleh klik link http: //youtu.be/hwwXukJaTlM

Apa yang terjadi pada pemerhatian di atas ialah
1. Tayar botak tidak ditukar
2. Dipandu laju pada hari hujan di selekoh
3. Tayar mengalami aquaplanning
4. Tayar depan lost traction, terjadinya understeer
5. Pemandu terus tekan brek mengejut, tiada ABS, steering terkunci
Untuk maklumat lanjut mengenai understeer dan over steer boleh klik link https://en.wikipedia.org/wiki/Understeer_and_oversteer
” Feel the steering lock” penyataan di atas sekiranya dicabar di mahkamah agak sukar dibuktikan.

Contoh, kite dituduh mencuri kasut, sedangkan kite beli kasut tersebut
Peguam: Dimana kamu beli kasut tersebut?
Ada bukti pembelian atau resit?
Ada bil kredit kad?
Bila beli kasut ?
Bayar tunai atau kredit?

Sekiranya kita menjawab, ” saya rasa2 di Jusco, resit sudah hilang, beli rasanya secara tunai”
rasa2 memang susah dibuktikan

Berkenaan sistem beg keselamatan udara yang didakwa gagal berfungsi, berdasarkan gambarajah, impak pertama yang berlaku ialah pada sebelah kanan, selari dengan teori saya yang mendapati kereta ini terbabas setelah mengalami understeer, akibat rempuhan pertama kereta ini berpusing dan impak kedua berlaku pada bucu kiri. Kedua dua impak berlaku bukan pada hadapan kenderaan. Dalam sesetengah keadaan, beg keselamatan udara akan diaktifkan sekiranya kemalangan berlaku secara terus pada bahagian hadapan kereta.

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: