Mythbuster – Alat Penjimat Petrol / Bahanapi

Alat Penjimat Petrol

Sejak kebelakangan ini, banyak page di FB mengiklankan alat yang mampu menjimatkan bahanapi. Iklan ini mendakwa mampu menjimatkan bahan api kereta antara 5 – 15% samaada petrol ataupun diesel.

Dalam video yang saya kongsikan di bawah, terdapat beberapa alat penjimat minyak yang didakwa mampu memberikan penjimatan serta merta kepada pengguna. Kita teliti semua alat tersebut dalam keadaan controlled environment

Sebagai satu penanda, kereta di dalam video ini mampu memberikan bacaan 49 batu / gelen petrol. Dalam unit SI, nilai ini lebih kurang (78.86km / 3.785liter ) = 20.83 kilometer per liter petrol. Kereta ini telah dipasang dengan pelbagai alatan yang didakwa mampu menjimatkan bahan api dengan pelbagai teori yang mengalahkan teori Relativiti. Ujian ini dilakukan di atas dynometer dan dijalankan dalam keadaan terkawal. Setiap alat diuji selama 20 minit.

Ujian dilakukan dengan bantuan ECU bagi mengira penggunaan petrol secara tepat dan perisian komputer khas bagi tujuan pengukuran.

Hasil ujian adalah seperti berikut:

1. Magnet yang dipasang pada saluran petrol, mendakwa mampu menjimatkan 15% petrol. Magnet ini didakwa mampu memecahkan molekul petrol menjadi lebih kecil sebelum pembakaran berlaku. Ikatan molekul petrol terdiri dari ikatan elektromagnet yang sangat kuat, dan mustahil untuk dipecahkan. Selepas dipasang, kereta ini hanya mampu mencatatkan 47.72 batu per galon. Busted.

2. Alat penstabil voltan yang dipasang pada plug kuasa 12 volt. Penjual mendakwa alat ini mampu menstabilkan voltan di dalam litar eletrik kereta, dan memberikan penjimatan 10%. Bacaan selepas dipasang, 47.64 batu per galon. Busted.

3. Alat elektronik kedua, mendakwa mampu memberikan kuasa letupan bahan api yang lebih kuat dan penjimatan sehingga 25%. Bacaan selepas dipasang, 47.46 batu per galon. Busted.

4. Magnaflow, alat yang berasaskan magnet yang mendakwa mampu menjimatkan 23% bahanapi. Bacaan selepas dipasang, 48.5 batu per galon. Busted.

5. Alat terakhir mendakwa menggunakan katalis yang mendakwa mamou meningkatkan kadar reaksi kimia. Alat ini mampu menjimatkan 7-10% bahan api. Bacaan selepas dipasang ialah 48.36 batu per galon. Busted.

Tiada satu pun alat ini mampu menjimatkan petrol. jadi simpan duit anda, dan belanja pak imam masjid lagi baik.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: