Myvi 2010 aircond compressor

Selepas 7 tahun aircond Myvi 2010 codename D96T akhirnya rosak lepas 7 tahun digunakan. Pada tahun 2013 compressor ni hanya mengalami masalah magnetic clutch yang haus sahaja

Berbanding dengan compressor dari jenama lain, compressor aircond Myvi menggunakan centrifugal pump manakala jenama lain ada yang menggunakan piston pump.


Contoh centrifugal pump

Cubaan untuk membaiki compressor ini gagal, dan mekanik merangkap kawan mencadangkan agar compressor ini ditukar sahaja.

Pemeriksaan seterusnya mendapati oil compressor masih lagi jernih dan tiada serpihan besi.
Kalau hitam maka standby la RM 2800 tukar satu sistem ( aircond rumah baru 1600 siap inverter)

Puncanya bagi kegagalan aircond kali ini ialah – keadaan condenser yang sudah terlalu uzur. Bahagian bawah condenser sudah rosak struktur dan Cooling fin pun dah hilang.

Semasa beroperasi, mekanik berpendapat bahawa cecair penyejuk akan tersumbat di bahagian condenser. Apabila condenser tersumbat, proses heat exchange tidak berlaku terutama apabila kereta dalam keadaan statik. Bila kereta bergerak laju sejuk, bila jalan jem, panas

Apabila cecai penyejuk ini tersumbat di bahagian vondenser, compressor terpaksa bekerja kuat lantas memendekkan jangka hayat compressor

Saya bereksperimen dengan menukar compressor china piston type, tukar condenser dan service satu sistem. Save separuh kos repair.

Kos yang keluar lebih kurang RM 1200, masih lagi dalam anggaran bajet. Harga ini termasuk dengan kos service sistem penyejuk di bawah dashboard

 

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: