New Myvi 2018 – 1.5 Advance

10 pandangan saya pasal Myvi baru 1.5 advance. Bukan kereta saya, saya pinjam kete orang. hehe

Tp first time pakai myvi, dan tak rasa malu bila parking sebelah Jazz, Rio, Iriz dan Mazda 2.

1. Enjin dan kotak gear

Pada mulanya, saya nak komplen berkenaan kotak gear empat kelajuan yang dibekalkan bersama dengan kereta ini. Bagi saya, kotak gear 4 kelajuan ini dah ketinggalan zaman. Tapi saya silap, kotak gear ni beroperasi dengan sangat lancar, meniru dan membaca cara saya mengawal pedal minyak. Pertukaran gear dilakukan sekitar 2000rpm. Dalam halaju 80-90 km/h, RPM enjin berada antara 1900-2200 RPM. Kalau untuk kegunaan biasa, operasi enjin antara 1500-2500 RPM pun dah cukup. Tak perlu nak tekan pedal kuat untuk dapatkan tork enjin.

Semasa mendaki permulaan kawasan berbukit dari Simpang Pulai ke Cameron, penggunaan gear D3 membantu enjin beroperasi pada peak tork memecut Myvi sehingga 5000RPM dengan mudah, malah pecutan dia terasa lancar meninggalkan Kia Forte 2010 di belakang saya yang terhegeh-hegeh cuba memecut mengikut saya. Bunyi enjin yang sebelum ini seperti shy-shy cat mula mengaum lembut, tapi tidak bising. Cukup untuk memberitahu pemandu ” dont worry, i got this”. Kalau setakat nak mendaki bukit secara santai 70-80km/h tidak perlu pun guna D3, kekal saja guna D.

Malah ketika saya memandu di lebuhraya PLUS, enjin ini dengan senang memecut tanpa sedar melebihi halaju kebangsaan sekitar 3000rpm. berdasarkan pemerhatian saya, kalau untuk bawa secara santai, cukup hanya bawa antara 80-90km/h untuk penjimatan maksima. Pecutan di permulaan lampu trafik pun cukup sekiranya diperah. bagi saya unit enjin 1500cc dual VVTi ni walaupun atas kertas macam biasa-biasa sahaja, prestasi atas jalan speak louder.

Tiada masalah sebenarnya dengan kotak gear 4 kelajuan ni, smooth dan bila slot D3, penukaran gear berlaku dengan lancar. Tapi sekiranya dibandingkan dengan model lain yang menggunkan kotak gear CVT, akan nampak perbezaan semasa kita sedang bawa secara santai. Macam Honda City saya akan kekal pada 1700RPM pada halaju 80km/h (Myvi 2000RPM) dan 2600RPM pada 120km/h (Myvi 3000RPM). 4 ratio tidak ada “kaki yang panjang” yang membantu enjin bekerja secara santai. Tapi perbezaan dia sikit saja.

2. Sistem Suspensi

Sistem suspensi yang digunakan oleh model baru terasa lebih tegap, tapi tidak terlalu lembut dan boleh beraksi dengan cemerlang di selekoh. Masih mengekalkan sistem McPherson di depan dan Torsion Beam di belakang, namun ada resepi rahsia terutama di bahagian belakang, Tambahan rear anti roll bar dan dan satu lagi bar di depan torsion beam membuatkan bahagian belakang terasa lebih kemas dan padu.

Tiada lagi rasa nak terbalik, tergolek dan membuang sekiranya selekoh diambil melebihi kelajuan yang ditetapkan. Rasa bahagian belakang ikut saja steering input dari driver

Understeer atau masih lagi ada kalau kita push lebih pada selekoh, tapi dengan simple tap pada brake pedal dan pusing steering lebih lagi, masalah understeer tu hilang. kalau nak senang, guna brake line braking, drop D3 sebelum selekoh, dan buat throttle modulation semasa selekoh. Halakan bahagian depan ke sudut selekoh, dan bahagian belakang Myvi ni akan ikut tanpa bantahan.

Kalau dalam taman perumahan, bila lalu speed bump, suspensi dia memang terasa lembut, tapi bila lalu atas permukan jalan tak rata, barulah rasa suspensi myvi ni kene buat improvement lagi. Tapi bagi saya, memang boleh puji la ride& handling Myvi.

kalau model lama macam D73 atau D54T yang saya pakai, (Myvi SE 2009 yang saya pakai) terpaksa pakai stabilizer bar pada bahagian depan dan rear anti roll baru boleh perform masa selekoh. itu pun kadang2 boleh dengar tayar menjerit masa selekoh. Model lama ni pun rasa keras, kalau lalu atas speed bump, memang terasa keras.

3. Ergonomik

Seat myvi ni sedap, rasa dalam dan rasa dia pegang badan masa selekoh. tapi kalau badan besar, maybe rasa x selesa. Support di bahagian lower back pun ok. Cuma pada bahagian upper back support tu, rasa nak korek ke dalam sikit terutama pada bahagian bahu, baru ngam. Kedudukan steering, seat memang senang diubah untuk keselesaan. tapi kalau ada telescopic steering lagi best.

Untuk lagi selesa, seat pemandu patut ada arm rest, baru selesa untuk drive long distance. Kedudukan tombol gear dekat dengan steering, memang senang nak tukar gear. Design dan material steering pun sedap dipegang. Cuma kalau waktu malam, lagi cantik kalau butang di steering tue ada lampu. Senang sikit nak guna unit kawalan audio. Butang kawalan aircond, radio dan segala suis yang berada di kanan senang nak capai

Bacaan meter pada waktu malam terang, jelas dan pencahayaan dia nampak cool. Warna biru yang digunakan sebagai main theme tak sakit mata. malah pada waktu siang, meter ini tak silau seperti vios 2014. Suis tingkap ada auto up dan auto down. dan suis signal hanya perlu usik sikit saja untuk lampu signal berkelip 3 kali secara otomatik. tak sampai 1 kalori pun kalau guna signal.

4. Auto Start Stop

Myvi advance ni ada auto start stop, sama macam Bezza. Setiap kali berhenti, kalau keadaan mengizinkan enjin akan padam sendiri. Tujuan dia nak jimat petrol. jangan risau. Masa dia berhenti kipas aircond akan tetap jalan, Cuma saya rasa compressor dia akan stop. Sebab rasa panas sikit masa berhenti. Lepas je brek, enjin akan hidup secara automatik.

tak salah saya ada sensor dalam kabin, kalau suhu meningkat, enjin akan hidup sendiri

Walaupun proses hidup semula tu rasa smooth, tapi akan ada jugak gegaran pada kaki dan kerusi. Sikit je gegar, halus je. Sebab kalau nak banding dengan Honda CRZ yg saya pandu dulu, gegaran tu tak ada. hanya dengar bunyi enjin saja. Myvi akan ada gegaran sebab operasi dia masih guna starter kalau compare CRZ yang guna motor elektrik

5. Advance Safety System (ASA)

Hanya model Advance saja yang ada ASA, dan komponen yang saya selalu test (provoke) ialah pre coliision warning system dan pre collision brake. 4 kali sistem ini berfungsi. Sekali di traffic light masa low speed follow, warning dan brake
dalam jalan kampung masa follow motor pun warning
dan kali terakhir masa turun dari Cameron ada emergency brake, saya brake sehingga 30km/h sebelum ASA “merampas” brake dari saya dan tolong brake. Yes, ASA saya rasa amat berguna. kalau ada bajet, Beli la Advance sebab safety dia bagus.

6. Lampu LED

Lampu LED Myvi ni terang, macam pasang lampu kalimantang depan kete. Ada suis untuk kawal sudut lampu, nanti kesian kat driver lain, silau. Sampaikan saya rasa, kalau lampu foglamp tak ada pun tak apa. Myvi baru ni bijak sikit, kalau kita lupa tutp lampu, dia akan auto off.

7. Steering Input

Boleh puji steering input dan feedback untuk model baru. Baru rasa ada komunikasi dua hala dengan steering. baru boleh rasa apa yang tayar depan buat, Steering elektrik model lama rasa kaku, rasa fake sangat. Ibarat ko kenal gadis kat fb, ajak dia minum di starbuck, awek tue malu2 cipan smpai tak bercakap. Steering baru ni ibarat kalau minum kopi dengan dia, dia akan bersembang, tapi tak melalut. You ask opinion, dia akan bagi
cuba tanya soalan seperti, adalah penulis artikel ni hensem
awek tadi akan jawab kacak dan cute

8. NVH

untuk test NVH, saya download sound meter di handphone dan rekod bacaan bunyi

Idle – 40dB
town speed – 52dB
80-90 km/h – 68dB
jalan baru tar -50dB
jalan tak rata – 64dB
110km/h – 71db

kalau bab bunyi, biasanya Korean perform better

9. Fuel consumption

Masa mula2 saya bawak, meter minyak betul2 kosong. saya isi penuh dan buat perjalanan 475km. Mix road dari highway, jalan bandar, jalan jem, naik cameron, jem di cameron, dan turun bukit. bila lampu amaran menyala, baru saya isi full tank ngam2 30 liter. Purata 15.83km per liter. bagi saya satu figure yang impressive memandangkan saya tak ada niat nak bawak secara jimat, merempit sikit dan enjin pun masih ketat. Kalau lepas 10,000km, service semula dan bawa secara berhemah, saya rasa boleh capai 19km/liter

10. Things to add

a. autocruise, sebab malas nak tekan minyak atas highway
b.arm rest, sebab bicep n tricep saya besar ( selalu g gym 🤣)
c. radio kurang feel kalau layan bass, tapi lagu elizabet tan sedap je dengar kat sini. ehemmm
d. kalau ada manual 6 speed pun best. hehe

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: