Nissan LEAF – Kemungkinan untuk pasaran Malaysia 2018

Dalam Persidangan “Nissan Features” yang telah berlangsung antara 5-7 Februari 2018 di Singapura minggu lepas, Nissan Regional Senior Vice President Yutaka Sanada dilaporkan berkata “Nissan sangat komited untuk memberikan penyelesaian mobiliti yang lebih pintar, selamat dan mampan”. Semasa persidangan tersebut, Firma kajian terkemuka Frost&Sullivan akan memberikan hasil kajian yang diminta oleh Nissan berkenaan kebolehupayaan pasaran bagi kenderaan elektrik (EV). Kajian yang dijalankan merangkumi negara Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Filipina, memberi gambaran bahawa Nissan sedang mengkaji kemungkinan bagi memasarkan kenderaan EV terbaru mereka Nissan LEAF

Nissan LEAF bukan bermaksud daun dalam Bahasa Melayu, tetapi merupakan akronim kepada “Leading Environmentally Friendly Affordable Family Vehicle”. Sangat panjang nama model ini, lebih baik dikenali dengan nama Nissan LEAF. Nissan merupakan peneraju dunia dalam menjual kenderaan elektrik dengan 300,000 unit terjual di seluruh dunia. Nissan LEAF model terbaru telah dipasarkan di Jepun sejak Oktober 2017.

Bagi memudahkan penyampaian infomasi, berikut ialah data mengenai Nissan LEAF:

Semasa ujian perbatuan yang dijalankan, Nissan LEAF telah mencatatkan jumlah kilometer yang sangat mengagumkan iaitu 400 kilometer untuk satu caj penuh. Namun ujian yang berbeza yang telah dijalankan berdasarkan kaedah lain adalah seperti berikut:

  1. Pihak Berkuasa Amerika Environmental Protection Agency – 243km untuk satu caj penuh
  2. Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procudere -285km untuk satu caj penuh
  3. New European Driving Cycle / ECE R101 – 378km untuk satu caj penuh

Secara perbandingan angka ini adalah setara dengan Tesla Model 3 yang memberikan jarak 358km untuk satu caj

Kuasa untuk menggerakkan Nissan LEAF datang dari bateri Lithium Ion yang mampu menyimpan tenaga setinggi 40kWh dan memerlukan 7 jam untuk dicaj penuh. Kuasa bateri tadi disalurkan pada motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa 148 horse power ( setara dengan Honda Civic 1.8 iVtec) dan tork setinggi 320Nm dari serendah 0 RPM (setara dengan enjin Audi 1800cc turbo)

 

Malah dari segi aspek keselamatan, Nissan LEAF turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti:

  1. e-Pedal yang berfungsi memberi input kepada enjin dan bertindak sebagai brek apabila pedal dilepaskan
  2. sistem adaptif auto cruise ProPilot
  3. penderia undur yang boleh membrek secara automatik sekiranya terdapat halangan
  4. fungsi ProPilot Park yang membolehkan kereta diparkir secara automatik
  5. Lane Departure Warning Sistem
  6. Blind spot warning system
  7. Intelligent Emergency Braking

Untuk model Nissan LEAF yang lama dengan rekabentuk dugong bunting 9 bulan, harganya ialah RM 180,566. Berapa pula harga untuk model terbaru ini?

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikĀ www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: