Nissan Navara 2016

Nissan Navara

Dulu dulu kalau orang tanya apa 4×4 terbaik, jawapan default saya ialah Hilux. Tapi lepas test drive, jawapan sekarang berubah pada Navara.

Navara ni offer best value of money pada 96k approx. Walaupun masih menggunakan enjin lama 2.5 turbodiesel dengan 163Hp dan 193Hp untuk high spec version, Navara ada beberapa trick untuk membuatkan model ni lebih value for money.

1. Hill decent assist- sistem yang dipelopori oleh Land Rover satu ketika dulu. Bila diaktifkan, driver boleh turun bukit curam tanpa perlu mengawal pedal minyak dan brek. Hanya control steering saja sambil bersila dalam kereta.

2. Menggunakan suspensi belakang dengan coil spring di saat pesaing lain menggunakan ladder spring macam lori. Hasilnya sangat selesa macam naik SUV dan bukan naik lori. Tapi jangan silap, Navara masih mampu bawa beban almos 1 tan. Jadi kalau wife nak pakai mekap kat sebelah, hasilnya sangat memuaskan.

3. Gearbox auto dengan 7 speed. Kuasa enjin dapat diagihkan secara meluas (power spread), lebih pick up dan lebih jimat bahanapi.

4. Mercedez Benz dengan Kerjasama Nissan-Renault membangunkan model ini sebagai Merz X Class sebagai pick up premium. Chassis asal dibina dengan asas Navara tapi kemasan dan perapian Merz.

Salah satu faktor lain ialah harga Navara ialah sekitar RM 96000 selepas diskaun adalaha harga yang sangat kompetitif berbanding dengan Hilux bagi varian yang sama.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: