Nissan Serena 2018

Tahun 2017 merupakan tahun yang sunyi buat Nissan Malaysia disebabkan tiada model baru dilancar, Nissan Almera masih tiada pengganti, Nissan Sylphy dihentikan jualan dan pesaing Nissan terus meninggalkan jenama ini jauh ke depan. Satu ketika dahulu sebelum jenama Toyota Alphard dan Toyota Wish menguasai pasaran tempatan untuk kenderaan 7 tempat duduk, Nissan Vanette C20/C22 adalah satu jenama yang cukuo dikenali untuk mereka yang memiliki keluarga yang besar ataupun peniaga pasar malam untuk kegunaan mereka.

Nissan telah melancarkan model terbaru mereka di Jepun yang dikenali dengan kod nama Nissan Serena MkV C27 pada tahun lepas dan model ini dijangka akan dijual di Malaysia pada tahun 2018. Kemungkinan besar juga model ini kan di pasang di fasiliti pemasangan Nissan di Serendah ataupun di Segambut. Berdasarkan maklumat yang ada di Google, mari kita teliti fakta-fakta menarik mengenai Nissan Serena versi terbaru ini

1. Rekabentuk yang lebih menarik tapi saiz hampir sama– Nissan Serena 2018 ini mempunyai rekabentuk hadapan yang diinspirasikan dari Toyota Vellfire generasi terdahulu. Ucapkan selamat tinggal kepada rekabentuk bujur telur seperti Nissan Almera yang hanya menarik apabila “suit up” dengan kit Nismo. Wheelbase Nissan Serena 2018 ini dikekalkan pada jarak 2860mm dan panjang keseluruhan kekal pada 4770mm. Lebar Nissan Serena 2018 ini bertambah 5mm menjadikan lebar keseluruhan 1740mm. Tinggi pula kekal pada 1865mm

2. Masih menggunakan enjin sama MR20DD dengan teknologi hibrid ringkas- Enjin dari siri MR ialah enjin yang dibangunkan secara usahasama antara Nissan dan juga Renault. Enjin ini mempunyai kapasiti 2000cc lengkap dengan teknologi suntikan bahan api terus direct injection dan teknologi VVT pada bahagian kemasukan injap dan juga ekzos. Kuasa yang dihasilkan ialah 147horsepower dan 210Nm tork sudah cukup memadai untuk menggerakkan Nissan Serena 2018. Satu unit motor dengan kuasa  1.8kW ditambah pada sistem powertrain bertindak memberikan kuasa sehingga 50Nm tork selama satu saat semasa MPV ini mula bergerak. Kuasa akan dibekalkan oleh satu unit bateri 27Ah. Dengan enjin yang dibekalkan dan digandingkan dengan teknologi kotak gear X-CVT, sudah cukup untuk MPV ini menghidupkan kamera AES yang dipasang bersepah-sepah di jalanraya.

 

 

3. Sistem Pro-Pilot akan dipasang – untuk varian yang dijual di pasaran Jepun, Nissan Serena 2018 dipasang dengan sistem ini yang akan mempunyai ciri Adaptive Autocruise dan Lane Keeping System yang mampu mengawasi beberapa laluan pada masa yang sama menggunakan sensor yang dipasang pada kereta. Untuk varian JDM, model ini mampu memakir kenderaan sendiri tanpa input dari pemandu

4. Akses yang lebih mudah pada bahagian belakang- Pintu belakang Nissan Serena 2018 dilengkapkan dengan sistem dual back door. Sistem ini membolehkan penumpang hnaya membuka pintu yang lebih kecik sekiranya hanya barang yang kecil hendak dikeluarkan, tanpa membuka keseluruhan pintu belakang yang besar, berat dan menggunakan banyak kalori.

5. Enam tempat pengecas peranti – Nissan Serena 2018 ini didatangkan dengan 6 tempat mengecas telefon pintar dan peranti mudah alih anda. Jadi jangan bimbang sekiranya anda keluar makan angin tanpa membawa power bank. Cas saja dalam kereta.

7. Pilihan 7 atau 8 tempat duduk – Nissan Serena 2018 ini datang dengan pilihan 7 atau 8 tempat duduk, bergantung pada apa yg anda suka. Paling menarik, tempat duduk yang ada di tengah barisan kedua, boleh dilipat dan ditolak ke depan untuk dijadikan ruang menyimpan barang jika tak digunakan. Barisan kedua akan menjadi 2 tempat duduk kapten yang selesa. Kalau penumpang ramai, tolak semula kerusi tersebutbdan ubah Nissan Serena 2018 ini menjadi 8 tempat duduk. Sangat bijak.

8. Barisan Ketiga yang Luas – Nissan Serena 2018 mempunyai tempat duduk ketiga yang luas dan boleh dilipat sekiranya merancang untuk menggunakan ruang yang luas itu untuk aktiviti panama dance. Namun kelemahan utama dalam susun atur ini ialah kerusi tempat duduk ketiga tidak boleh diubah ke depan atau ke belakang dan hanya boleh dilipat ketepi.

9. Pintu Tepi Automatik – Nissan Serena 2018 dilengkapkan dengan pintu gelungsur bahagian tepi pada ruang penumpang kiri dan kanan. Apa yang jurutera Nissan buat bagi memastikan model ini lebih menarik dari pesaing ialah, pintu ini boleh dibuka secara automatik apabila mengesan kehadiran kaki penumpang di bawah pintu. Malah ia juga boleh ditutup dengan kaedah yang sama. Situasi ini biasa dihadapi oleh pemandu atau penumpang yang membawa barang pada kedua dua belah tangan. Memang cool kan😀

10. Nissan Serena 2018 lengkap dengan 10 beg udara SRS iaitu 2 di papan pemuka kenderaan, 2 di sisi tempat duduk hadapan dan 6 beg udara tirai (curtain airbag) bermula dari tiang A, tiang B , tiang C dan berakhir di tiang D. Jumlah beg udara yang ditawarkan ini berbeza dari model yang sebelumnya, di mana hanya minima 2 beg udara sahaja yang ditawarkan bagi model Nissan.

Untuk khidmat transport, sewa kereta dan hotel boleh klik di sini

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: