Oversteer

Oversteer

1. Pada posting yang lepas, topik yang saya bawa ialah understeer, dan lawan kepada understeer ialah oversteer. Berbeza dengan understeer, oversteer berlaku tayar belakang melebihi had cengkaman tayar semasa selekoh. Keadaan ini akan menyebabkan tayar belakang tegelincir dan bahagian kereta akan membuang seperti tidak boleh dikawal. Sekiranya bahagian belakang boleh dikawal, teknik ini dipanggil sebagai drift.

 

2. Bagi memudahkan pemahaman berbanding dengan understeer dalam posting yang lepas, boleh rujuk gambar di atas. Dalam selekoh kanan di atas, kereta yang mengalami understeer dalam rajah di atas kehilangan cengkaman pada roda hadapan. Keadaan ini akan menyebabkan kereta terbabas ke luar selekoh disebabkan kereta gagal mengambil selekoh atau sudut selekoh yang tidak cukup

2.1 Oversteer berlaku apabila tayar belakang hilang cengkaman, dan bahagian belakang kereta berpusing melebihi bahagian hadapan. Apa yang terjadi seterusnya ialah sekiranya kereta gagal dikawal, kereta akan terbabas di bahagian dalam selekoh. Pemandu akan mendapati bahawa bahagian belakang kereta terasa sangat ringan dan sukar dikawal akibat tayar belakang hilang cengkaman dan diakhiri dengan kereta berpusing menghadap bahagian dalam selekoh.

Namun sekiranya situasi ini dikawal oleh pemandu professional, maka hasilnya ialah satu seni drift yang sangat mengagumkan.

3. Faktor – Faktor Punca Oversteer

3.1 Memandu ke arah selekoh dengan terlalu laju

3.2 Melakukan pecutan pada bahagian awal dan pertengahan selekoh

3.3 Membrek ketika selekoh

3.4 Melepaskan pedal minyak secara tiba-tiba sewaktu selekoh

Untuk video mengenai oversteer, boleh klik linkĀ https://www.youtube.com/watch?v=xJSrwTq33V4

Untuk posting yang seterusnya, saya akan fokus pada topik Electronic Stability Control atau Vehicle Stability Assist yang telah menjadi satu ciri keselamatan untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh understeer dan oversteer

Sebelum kita ulas lanjut mengenai ESC, jom kita kaji dulu 3 jenis gerakan dalam kereta.

Pitch – daya yang wujud dari gandar depan atau belakang menyebabkan kereta terumbang ambing macam perahu.

Roll – daya yang wujud dari sisi kiri atau kanan kereta. Contohnya semasa selekoh, centrifugal force bertindak ke sisi kereta akan menyebabkan body roll. Rasa kereta macam nak terbalik

Yaw – kalau kita lihat kereta dari atas, yaw ialah yaw ialah keupayaan kereta menukar arah samaada ke kiri atau kanan.

Dalam isu undrsteer dan oversteer, yaw adalah parameter yang akan diambil kira.

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: