Panduan Memandu Dalam Hujan

Setiap kali hari hujan, maka akan terdengar berita kemalangan jalan raya membabitkan kereta, lori dan motosikal. Pada hemat saya, kemalangan yang berlaku akan merugikan masa, tenaga, duit dan modal insan yang sukar untuk diganti apatah lagi melibatkan kemalangan maut.

Sekiranya anda terpaksa memandu dalam keadaan hujan, ada beberapa tips yang saya amalkan dan alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah terlibat dalam kemalangan sewaktu hujan. Antaranya ialah:

1. Kurangkan kelajuan ketika memandu dalam hujan berbanding halaju kebangsaan yang dibenarkan. Contohnya sekiranya halaju lebuhraya ialah 110km/h, maka memandu dalam kelajuan 90 sudah memadai. Apabila kereta dipandu laju, jarak untuk kereta berhenti semakin bertambah dan keadaan ini bertambah buruk akibat jalan licin daripada hujan

2. Pastikan tayar dalam keadaan baik dan bunga tayar masih lagi dalam. Tayar yang baik mampu menyahkan air 5-7 liter per saat. Sekiranya tayar telah haus, keupayaan tayar untuk menyahkan air akan berkurang, dan kereta akan terdedah kepada aquaplanning. Ujian mudah bolehbdilakukan dengan syiling. Letakkan syiling dalam longkang tayar, sekiranya perkataan sen itu nampak, maka tayar sudah haus

3. Aquaplanning, akan terjadi apabila tayar kereta yang telah haus, gagal menyahkan air antara tayar dan permukaan jalan. Air tadi akan membentuk satu lapisan filem antara tayar dan permukaan jalan, lantas tayar akan kehilangan cengkaman. Sekiranya berlaku, kenderaan sukar dikawal dan kemungkinan akan terbabas.

Sekiranya saya memandu dalam keadaan hujan lebat, saya akan matikan radio dan mendengar percikan air yang terhasil daripada tayar. Sekiranya semakin kuat, maka saya perlahankan kenderaan. Jika keadaan tidak dapat dielakkan, pegang steering dengan kuat semasa kereta melalui lopak air.

Salah satu pengalaman saya dengan aquaplanning ialah, secara tiba – tiba enjin saya mengaum walaupun saya menekan pedal minyak dengan sekata. Apa yang penting, jangan panik, lepaskan pedal minyak, rendahkan gear dan brek secara perlahan-lahan. Halakan steering ke arah jalan lapang atau jalan yang kering

Sekiranya brek ditekan melulu, kemungkinan kereta akan berpusing.

4. Sekiranya memandu di lebuh raya, cari kenderaan yang sama saiz jarak kelebaran roda, dan guna laluan yang telah dilalui oleh kenderaan terbabit. Laluan ini biasanya sedikit kering berbanding yang lain

5. Buka lampu kabus hadapan, lampu besar dan lampu kabus belakang bagi memudahkan pemandu lain melihat, mengenalpasti kedudukan dan menganggar jarak kereta anda. Sekiranya hujan berhenti, padamkan lampu kabus belakang. Anda tidak mahu disumpah seranah berbakul durian oleh pemandu belakang. Silau beb..

6. Jangan memandu terlalu dekat di belakang lori kerana angin turbulance yang dihasilkan di belakang lori akan seperti ribut puting beliung. Angin ini yang terhasil dari pergerakan tayar akan menarik habuk dan air dari permukaan jalan dan melemparkan ke cermin kereta anda. Makin laju wiper beroperasi
Ambil jarak dengan lori dan sekiranya selamat, potong lori tersebut cepat cepat

7. Periksa bilah pengelap cermin hadapan dan sekiranya sudah haus, keras atau berbunyi, boleh ganti dengan bilah pengelap yang baru. Biasa jenama pilihan saya ialah Bosch Tropika dan diganti setiap 6 bulan.

8. Sekiranya mahu lebih selesa, letakkan cecair pencuci Rain X yang mampu menyingkirkan air dari cermin walaupun tanpa bantuan pengelap cermin. Cecair ini bersifat hydrophobic dan berasakan dari bahan petroluem akan menyebabkan titisan air menjadi bulat dan terus meninggalkan cermin. Hasilnya cermin hadapan akan menjadi lebih terang.

9. Daripada pemerhatian saya, road marker paint atau cat putih yang digunakan untuk menanda permukaan jalan mempunyai kecenderungan untuk menjadi tempat air berkumpul dan mempunyai permukaan yang sedikit licin berbanding permukaan jalan. Elakkan dari tayar memijak permukaan cat ini sewaktu memandu. Gambar di bawah adalah contoh apabila tayar lori melalui penanda jalan, terdapat air yang terhasil apabila tayar lori memijak permukaan cat tersebut

10. Apabila membeli kenderaan, carilah kenderaan yang dilengkapi ciri ciri seperti:

ABS- Mengelakkan roda terkunci dan steering terkunci sewaktu brek kecemasan

Traction Control- mengelakkan tayar daripada tergelincir sewaktu kenderaan memulakan pecutan. Sistem akan membrek secara otomatik atau mengurangkan kuasa enjin sewaktu pecutan

Electronic Stability Control- dikenali dengan singkatan nama ESC, atau ESP atau VSA adalah satu sistem yang sentiasa memantau “yaw movement” kereta agar tidak mengalami understeer atau oversteer sewaktu mengambil selekoh. Sistem akan mengurangkan kuasa enjin atau membrek salah satu brek samaada depan atau belakang atau kombinasi depan dan belakang sekiranya mengesan kereta mengalami understeer atau oversteer

Kebiasaan kereta yang ada ESC, akan lengkap dengan Traction Control Sistem dan ABS. Antara kereta yang ada sistem ini ialah Bezza, Persona dan Iriz

11. Sekiranya hujan terlampau lebat, lebih baik berhenti rehat di stesen petrol, masjid dan kedai makan. Boleh berehat, tidur dan minum kopi. Lagi bestπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: