Pengalaman Seronok dengan Salesman Perodua Terbaik

Sebut saja pekerjaan menjadi salesman atau jurujual, ramai yang akan pandang sebelah mata dengan karier ini, walaupun hakikatnya pendapatan dengan bekerja sebagai pekerja tetap belum mampu mencabar pendapatan salesman atau perunding jualan. Antara watak perunding jualan terbaik yang saya suka tengok dalam filem ialah Jerry McGuire (lakonan Tom Cruise) dan Chris Gardner (lakonan Will Smith). Dalam kedua dua watak cerita, persamaan yang dihadapi oleh mereka ialah tekanan hidup yang mendorong mereka untuk berjaya dan semangat juang yang tinggi. Kalau hati tisu mohon jangan jadi perunding jualan, serius beb.

Aksi Tom Cruise semasa memujuk seorang client untuk kekal denganya selepas dipecat dari Firma.

Antara dialog Chris Gardner kepada anaknya semasa hidupnya terhimpit dengan desakan hidup.

Antara pengalaman yang seronok semasa membeli kereta Perodua ialah bila berurusan dengan Perunding Jualan Perodua ialah Bro Kemon Perodua dari Perodua Tanjung Malim. Lokasi pengedar sah perodua ni di tepi jalan besar Bandar Tanjung Malim. Rasanya dah lebih 5 tahun saya kenal dengan Bro Kemon. Tapi nama sebenar dia Sheikh Fazal. Orang lama di sana dengan pengalaman 12 tahun di Perodua Tanjung Malim. Walaupun muka dia brutal dengan badan macam bouncer, tapi jangan risau, suara dan kesopanan Kemon ni macam Anuar Zain.

Kenapa nama glemer dia Kemon pun saya tak pernah ambil port, tapi kalau Jepun DMC datang suka usik dia sebab nama dia dekat dengan nama kartun Jepun Pokemon. Rasanya lagi bagus kalau call dia sendiri tanya dia sendiri di talian 017 233 5030. Tolong jangan ngorat dia sebab dia dah kahwen. Tapi seriously he a good listener dan boleh offer bantuan kalau ada masalah mengenai jual beli kereta.

Gambar di atas, satu keluarga, 2 kereta yang beli dari Kemon. Ilmu pukau kot yang dia guna.

Dari tahun 2014 lagi rasanya dah banyak kali saya berurusan dengan Kemon Perodua Tanjung Malim, bermula dengan pembelian Perodua Axia Advance warna merah yang berkilat dan masa menunggu yang singkat, sekitar sebulan lebih saja bagi variant advance. Melopong jugak la kawan-kawan yang lain sebab kene tunggu lama, keluarga kami dah boleh drive Axia yang jimat minyak tue keliling bandar. Memang kereta tersebut ready stock, dan yang paling saya suka, Kemon tolong dapatkan no pendaftaran tiga angka secara percuma, kebetulan ada. Terus dia register. Memang terbaik servis, kereta cepat+ready stock+ no plate cun.

Selain dari Axia Advance, ada juga Axia G variant yang saya tempah sebelum seminggu sebelum bulan Ramadhan. Dan macam biasa saya mengharapkan sedikit magic kerana nak dapatkan kereta Axia variant G dalam bualan puasa ni memang susah. Kemon Perodua call dan inform, dia akan usahakan yang terbaik dan dapatkan kereta sebelum hari raya. Janji Kemon Perodua memang dia akan tunaikan, dan kereta Axia sampai 3 hari sebelum hari raya. Kalau request benda yang mustahil, mesti dia akan tolak akalu dia tak boleh nak buat. Semua urusan saya buat online saja termasuk dokumen untuk kelulusan loan.

Seingat saya, dah 6 biji kereta yang saya beli dengan Kemon Perodua, sebabnya saya percaya dengan transaksi yang dibuat. Semua payment saya akan bayar di pejabat jualan, ataupun dibuat atas talian terus ke akaun syarikat Otomobil Malim Jaya Sdn Bhd, dan insyaAllah semua urusan akan disertakan dengan resit rasmi. memang telus urusniaga di sini. Tiada kos tersembunyi yang dikenakan. Kali terakhir saya beli ialah Perodua Bezza dan ‘trade in’ Kancil Special Edition. Urusan tukar beli pun mudah. Sebaik sahaja hantar kereta kancil, letak cap jari, terus dapat cek untuk kereta kancil tersebut.

Selain selesa untuk berurusan dengan Kemon, satu sifat Kemon yang saya respek ialah kebolehan dia untuk selesaikan masalah, baik dari segi teknikal kereta ataupun urusan pinjaman. Memang cabaran besar bagi salesman ialah mendapatkan pinjaman bagi customer. Kadang-kadang customer yang datang bukan mempunyai kerja tetap seperti pegawai kerajaan,sebagai contoh pelajar yang sambung buat master dengan bantuan elaun. Bagi memudahkan urusan research dan angkut material research ke lapangan, agak susah nak bawa dengan motosikal. Tambahan pula kalau perempuan. Pelajar ni pula merupakan anak kepada seorang cikgu yang turut membeli kereta Perodua dengan Kemon. Pendek cerita, repeat customer la ni. Loan lulus dan Kemon siap hantar kereta ni ke selatan tanah air walaupun ini di luar skop kerja

 

Sama seperti saya, Kemon ni juga ada six sense yang boleh rasa kalau kereta ada masalah. Hanya orang yang ada dan kerja di bahagian teknikal saja yang ada kemahiran ini. Mamat ni dulu pernah kerja Trim Final di Kilang Proton Tanjung Malim fokus di bahagian fitting sebelum QC inspection. Kalau ada kereta yang ada masalah fitting, Kemon la yang kene buat repair dan kaizen bagi memastikan kereta tersebut lepas piawaian kualiti. Dulu hanya technician Proton, sekarang jadi salesman Perodua yang masyuk jugak la

Ok la, kalau nak beli kereta perodua, siap ada diskaun sempena tahun baru cina ni, ada diskaun sehingga RM2018. Ok la boleh jadi sebagai downpayment dah tue. Boleh contact Sheikh Fazal atau Kemon di talianĀ 017 233 5030. Jangan pm atau wassap saya sebab saya tak jual. Call saja Kemon, set appoinment, book sesi test drive dan kalau ada kereta lama yang nak trade in pun, bawa sekali. Dari kereta tue tak pakai, baik jual, ada duit untuk jadi downpayment. Bayaran bulanan pun rendah. Lagi bagus kalau boleh transfer NCD kereta lama ke kereta baru. jangan salah anggap, saya tak dapat satu sen pun upah, saya hanya recommend kalau customer service dan personal touch dia memang terbaik.

Boleh juga follow link page beliau untuk promosi yang terbaru di link https://web.facebook.com/peroduasenanglulus/

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikĀ www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: