Petrol Naik 7 sen, 10 tip jimat petrol

1. Membeli kereta cekap tenaga atau EEV certified.Kereta seperti bezza vvti dan dual vvti memang cekap penggunaan bahan api berbanding enjin lama. Sebagai contoh model terbaru myvi dengan penggunaan bahan api sekitar 20 km/ liter (published). Antara ciri ciri kereta jimat bahan api ialah kenderaan ini telah diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga eev  oleh Malaysia Automotive Institute. Contoh kenderaan yang diiktiraf EEV ialah perodua bezza, Honda City petrol dan Honda City Hybrid.
 
2. Membeli Kereta terpakai yang jimat petrol. Katakan anda dalam proses membeli kerera terpakai dan bajet anda terhad dan bercadang untuk membeli secara tunai, saya cadangkan anda mencuba Honda City iDSi 1.5 auto
Ujian yang pernah dibuat oleh Paultan.org
Honda City lama ini mampu mencatatkan penggunaan petrol yang boleh memalukan kebanyakan kereta hybrid. 26.2 km bagi setiap liter petrol adalah satu angka yang sangat mengagumkan sehingga hari ini. Rahasianya ialah penggunaan enjin yang cekap yang dikenali dengan nama intelligent dual sequal ignition. Berbanding dengan enjin biasa, enjin ini menggunakan 8 spark plug bagi setiap silinder dan digandingkan dengan sistem kotak gear CVT. Walaupun hanya menjana lebih kurang 86 horse power, penjimatan bahan api Honda City ini sangat menakjubkan. Harga untuk unit terpakai hanya lebih kurang 23k sahaja.
Sekiranya sudah memiliki kereta, ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk menjimatkan bahan api
3. Sekiranya boleh dan masih menepati spesifikasi enjin, tukar minyak pelincir dari Gred SM ke SN. Minyak enjin gred SN diperkenalkan sekitar tahun 2010 merupakan gred terkini yang diperkenalkan oleh  Assosiation of Petroluem Industries. Salah satu kelebihan penggunaan minyak enjin SN ialah penekanan terhadap penjimatan bahan api berbanding dengan minyak enjin lama dalam kategori SM. Antara syarikat yang sudah bertukar ke minyak enjin gred SN ialah Perodua, Toyota dan Honda. Namun faktor utama ialah memastikan minyak enjin ditukar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar samaada 5000km atau 10,000km.
4. Menukar penapis udara enjin mengikut sela masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Penapis udara akan menapis debu, habuk dan kotoran dari memasuki enjin dan merosakkan komponen enjin. Sekiranya terlampau banyak kotoran dan habuk pada penapis, kecekapan penapis akan berkurang dan enjin tidak dapat beroperasi dengan cekap, malah penggunaan petrol akan meningkat.
5. Menukar spark plug atau palam pencucuh mengikut sela masa yang telah dicadangkan oleh pengeluar. Apabila telah lama digunakan, kutub palam pencucuh akan mengalami kehausan dan percikan api yang dihasilkan akan bertambah lemah.
 
6. Menggunakan kembali saiz tayar dan rim (diameter dan lebar) yang telah dicadangkan oleh pihak pengeluar. Penggunaan rim yang terlampau besar seperti menggunakan rim bersaiz 17 ke atas kereta yang menggunakan rim asal 14 akan menambah berat unsprung mass dan menambahkan rolling ressitance tayar. Walaupun rim 14 itu nampak kurang menarik, tetapi saiz rim itu dipakai berdasarkan kiraan oleh jurutera bertauliah. Menggunakan rim yang terlampau besar bukan sahaja meningkatkan penggunaan petrol, malah memendekkan jangka hayat bahagian lain seperti driveshaft.
 
7. Menggunakan tayar Eco atau tayar yang menjimatkan petrol seperti Michelin XM2 dan Toyo Nano Energy 3. Bedasarkan ujian yang dibuat sendiri, Michelin XM2 mampu menjimatkan 5% penggunaan petrol berbanding tayar biasa. Tayar ECO biasanya menggunakan banyak kandungan silika dalam proses pembuatan lantas mempunyai rolling ressistance yang lebih rendah. Pastikan juga tekanan angin sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar. Tekanan angin yang rendah akan menyebabkan rolling resistance tayar meningkat.
Langkah seterusnya dalam usaha untuk menjimatkan bahan api ialah mengubah sikap dan cara pemanduan.
8. Jangan memandu melulu seperti memulakan perlumbaan drag race di antara traffic light. Salah satu contoh ialah memecut dengan pantas semasa lampu isyarat bertukar kepada hijau dan 500 meter kemudian membrek kerana lampu isyarat sudah bertukar menjadi merah. Pandu secara santai dan lakukan pecutan dengan sekata adalah lebih menjimatkan petrol.
 
9. Pandu kereta pada halaju yang lebih rendah berbanding biasa. Semakin laju kereta dipandu, semakin tinggi kuasa yang diperlukan oleh kereta untuk mengatasi aerodynamic drag Pd.

Kuasa untuk mengatasi drag,Pd = 1/2 x p (ketumpatan udara) x v3 (halaju kenderaan) x A (luas keratan rentas kenderaan) x Cd (pekali seretan)

berdasarkan persamaan di atas, halaju kenderaan adalah berkuasa tiga, semakin laju kereta, semakin tinggi kuasa yang diperlukan. Katakan pada kelajuan 50, hanya 10hp yang diperlukan untuk mengatasi seretan udara, tapi pada kelajuan 100km/h, 90hp diperlukan.  So, bawa perlahan lebih jimat petrol. Sebelum terlupa, kalau tiada keperluan, jangan pasang kotak penyimpan barang atas bumbung. Itu pun akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah
 
10. Jangan jadikan kereta sebagai almari bergerak yang menyimpan 10 pasang kasut, 2 kotak fail, baju persalinan, bantal busuk dan pelbagai barangan peribadi yang tidak membantu. Setiap kilogram yang ditambah ke dalam kereta akan menyebabkan lebih banyak petrol digunakan.

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: