8 Pilihan Alternatif Compact SUV untuk RM 145,000

UMW Toyota dilaporkan sudah bersedia untuk melancarkan model terbaru iaitu Toyota CHR untuk bersaing di pasaran dalam segmen SUV kompak. Model ini akan dilengkapi dengan enjin 1800cc dual VVTi dan kotak gear CVT. Model ini hanya menawarkan satu pilihan enjin yang berkuasa  140Hp dan tork 170Nm dengan konfigurasi FF. Harga yang dicadangkan ialah sekitar RM 145,000 adalah terlalu tinggi untuk sebuah SUV kompak berbanding dengan pesaing lain yang jauh lebih mampu milik

Antara pesaing – pesaing Toyota CHR ialah

  1. Honda HRV dengan variant paling mahal pada harga RM 117,000. Untuk variant paling murah, Honda HRV ditawarkan pada harga RM98,000. Kesemua variant HRV dilengkapi dengan enjin 1800cc iVTEC dan kotak gear CVT. Walaupun nampak kecil, tapi kepakaran Honda dalam penggunaan ruang membuatkan HRV terasa besar apabila berada di dalam. Dari segi harga, Honda akan menang. Saiz enjin pun sama
  2. Nissan Xtrail 2.0 2WD pada harga RM 137,000. Berbanding dengan CHR, Nissan Xtrail dilengkapi dengan 7 tempat duduk dan ruang dalaman yang lebih luas. Malah model ini dilengkapi dengan sistem suspensi Multilink yang lebih selesa dan sesuai untuk mengambil selekoh dengan semangat. Untuk model Xtrail, Nissan bermurah hati memberi pelbagai sistem bantuan pemanduan dan model yang paling senyap untuk SUV Kompak
  3. Subaru XV variant paling mahal pula berharga RM 126,000 dan merupakan model tunggal yang dilengkapi dengan enjin boxer dan sistem pancitan bahan api terus (direct injection). Enjin ini digandingkan dengan sistem transmisi CVT. (CVT lagi)  Malah untuk harga yang jauh lebih murah sistem pacuan semua roda turut dilengkapkan untuk memberikan cengkaman dan orestasi yang lebih baik berbanding sistem pacuan dua roda
  4. Mitsubishi Outlander pula ditawarkan pada harga RM 140,000 lengkap dengan 7 tempat duduk. Model ini dikuasakan dengan enjin 2.0 dan dihantar kepada kotak gear CVT. Sekiranya 2 tempat duduk belakang tidak digunakan, ia boleh ditanam ke dalam lantai bagi memberi ruang kargo. Sangat sesuai untuk membawa satu keluarga jalan jalan makan durian
  5. Mazda CX-5 pula ditawarkan pada harga RM 140,00 bersama enjin 2.0 direct injection dan dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Enjin ini menghasilkan 160Hp dipadankan dengan kotak gear yang mempunyai fungsi penukaran gear di roda steering. Dengan tagline Jinba ittai, tidak dinafikan Mazda CX-5 adalah model yang jauh lebih seronok dipandu dari Toyota CHR. Boleh senyum lebar kalau nak ke Genting Highland
  6. Mazda pun ada model yang lebih kecil dan seksi iaitu Mazda CX3, yang menggunakan chassis Mazda2. Pada harga RM134,000 Mazda2 dikuasakan dengan enjin 2000cc direct injection dengan kotak gear 6 kelajuan. Gear boleh dipilih dengan paddle shift. Kekurangan model ini ialah ruang dalaman yang terhad.
  7. Honda CRV 2.0 2wd pula berharga RM142,000 ialah variant paling murah bagi model CRV. CRV ialah kategori SUV penuh, dan bukan kompak seperti CHR. CRV mempunya jarak antara roda 2660 dengan keluasan bonet 566 liter. Lebih besar dan murah berbanding CHR
  8. Peugot 3008 dari pembuat kereta Perancis memperkenalkan model 3008 serba baru dengan enjin 1600cc direct injection lengkap dengan sistem turbo. Enjin ini menghasilkan kuasa 156hp dan 240Nm tork dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Orang Perancis sudah pandai sekarang, gear ini dibuat oleh Aisin iaitu pembuat komponen gear dari Jepun bagi menambah ketahanan kotak gear. Papan pemuka pun lagi lawa dari CHR. Harga yang ditawarkan ialah RM 143,000, murah RM 2000 dari CHR

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klik www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: