Platform Kereta / Kenderaan

Setiap kali model baru kereta dilancarkan oleh pengeluar, soalan pertama yang bermain dalam kepala saya ialah adakah kereta ini menggunakan platform serba baru atau masih lagi menggunakan platform yang lama.

Sebagai contoh Myvi 2006 dengan kod D73A dan Myvi Lagi Best 2011 D54T menggunakan platform yang sama walaupun mempunyai bentuk yang berbeza. Manakala bagi Myvi 2017 D20N menggunakan platform baharu yang diubahsuai dari platform lama. Contoh lain ialah Honda City 2009 GM3 dan juga Honda City 2014 GM6 yang menggunakan platform berbeza.

Posting pada kali ini adalah untuk menerangkan kepada umum apakah maksud platform serta fungsi – fungsi platform kereta.

Dari sudut teknikal, platform bagi satu kereta merangkumi underbody, sistem suspensi dan juga komponen suspensi, bahagian lantai bawah hadapan, bahagian susunatur dan letak enjin.

Antara parameter yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu platform ialah:

1. Floorpan – merupakan kepingan panel besi yang dihasilkan melalui proses metal stamping. Floorpan juga boleh dihasilkan melalui beberapa kepingan besi kecil dan digabungkan melalui proses welding.

Bagi kereta yang menggunakan struktur unibody atau monocoque, floorpan merupakan struktur asas yang paling penting untuk komponen enjin, kotak gear dan suspensi dipasang pada kereta. Fungsi dia sama seperti tulang belakang pada manusia

2. Wheelbase atau jarak antara gandar depan dan gandar belakang

3. Mekanisma steering dan jenis steering yang digunakan samaada hidraulik ataupun elektrik

4. Kedudukan enjin dan kotak gear samaada dihadapan atau di bahagian belakang. Bagi kenderaan elektrik, komponen bateri dan sisyem hibrid mesti diambilkira

Saya sertakan satu video yang dihasilkan oleh Geely berkenaan platform baru yang akan digunakan pada masa akan datang. Platform ini dibangunkan berasaskan sedan kategori kelas B, namun boleh diadaptasi menjadi sebuah Cross, SUV ataupun MPV

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: