Proses beli kereta terpakai dan jual kereta lama

1. Setelah membuat appoinment dan menghubungi pemilik kereta yang saya dapat melalui mudah, maka saya pun pun ke rumah pemilik di seremban. Gigih memandu jauh ke selatan. Pemilik kereta adalah bisnesman yang memiliki kedai menjual dan servis motosikal

2. Kereta diparkir di dalam rumah di bawah dan sedikit berhabuk, menunjukkan sudah lama kereta ini tidak dipandu. Apabila enjin dihidupkan, jelas odometer menunjukkan bacaan sekitar 14,560 kilometer dan servis terakhir dilakukan sekitar bulan Januari 2016. Hampir 4 bulan yang lalu๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‚

3. Sunshade dan beberapa komponen kerusi masih lagi dibaluti dengan plastik. Semasa perbincangan dilakukan, saya mendapat tahu bahawa kereta ini dipandu oleh ex-wife untuk menghantar anak ke tadika. Memandangkan mereka telah berpisah, tiada siapa yang memandu kereta tersebut kerana pemilik selesa menggunakan kereta transmisi manual

4. Akhir sekali, setelah memujuk pemilik, saya berjaya mendapatkan diskaun sebanyak RM2000. Namun saya diingatkan agar segerakan proses pinjaman kerana terdapat seorang lagi pembeli yang pinjaman sedang diproses. Pemilik memberikan nama kawan yang bekerja di bank di mana pinjaman kereta di buat.

5. Esoknya, saya membuat submission dengan margin pinjaman 80%, dan pinjaman diluluskan dalam masa 5 hari. Pada masa yang sama, pemilik asal perlu membuat penyelesaian penuh pinjaman beliau. Keadaan agak rumit sedikit, apabila pihak bank hendak membuat bayaran kepada pemilik. Bank tidak boleh membuat bayaran kepada individu

6. Pihak bank meminjam satu syarikat kenderaan terpakai dan invois. Kos yang dikenakan ialah sekitar RM 200. Bagi tujuan penukaran nama, bank turut mencadangkan menggunakan runner bank dengan kos rm 200. Kalau buat sendiri murah, tapi akan makan masa.

7. Urusan seterusnya ialah membeli insurans bagi kereta baru. Untuk itu, saya melakukan proses NCD withdraw dari kereta lama dengan nilai NCD 55%. Proses ini senang sahaja, hanya walk in ke pejabat insuran dan membawa polisi insuran yang asal. Bayaran dalam Rm20. Urusan pembelian insuran boleh dibuat di tempat sama, dan tambahan diskaun sekiranya kita membeli insuran tanpa ejen.

8. Langkah seterusnya ialah menjualkan kereta myvi lama. Pada masa tersebut, nilai Myvi SE 2009 transmisi automatik ialah lebih kurang 24-27k. Bagi mendapatkan untung lebog, saya bercadang hendak menjual sendiri kereta tersebut tanpa ejen atau syarikat kereta terpakai. Selepas sebulan, hanya ada beberapa panggilan, 2 wassap dan 1 pandu uji untuk myvi tersebut. Sebenarnya saya risau, kalau kereta myvi tidak terjual, kene bayar 2 pinjaman kereta.

9. Pada satu hari, ada satu panggilan dari seorang pegawai kerajaan yang ingin membuat temujanji bagi tujuan pandu uji. Myvi ini hendak dibeli bagi kegunaan isteri. Selepas membuat pandu uji, dia berpuas hati namun ada beberapa calar yang saya perlu baiki sebelum proses pembelian dimuktamadkan.

10. Bagi tujuan booking, saya meminta deposit sebanyak RM 300 sebagai tanda jadi, dan saya akan membuat proses polish, mengilatkan lampu dan membetulkan calar calar halus. Selesai proses, pembeli memberitahu saya, dia tidak jadi untuk meneruskan proses pembelian dan meminta wang deposit dikembalikan. Sakit betul hati. “maaf tuan, no deposit refund. Kalau tuan booking di usecar, deposit ialah RM 500 dan hangus kalau pembelian dibatalkan atas sebab tuan. Kalau loan tuan gagal, itu boleh dipertimbangkan”.

11. Pilihan akhir, saya telefon kembali seorang jurujual kereta terpakai dari Sungai Petani yang telah menghubungi saya beberapa kali dan menawarkan harga 22 ribu tunai. Saya bersetuju dengan tawaran harga dan jurujual tersebut datang untuk membuat pandu uji, pada sebelah malam. Ingat jangan sesekali buat pandu uji sebelah malam. Namun saya kira jurujual ini sangat sensitif dengan kereta, dengan hanya pandu uji sejauh 200 meter sudah cukup. Sebaik sahaja keluar dari kereta,” Farhan, saya nak diskaun rm 300, mounting enjin kene tukar sebelah”. Haha. Bagi saya deria jurujual tersebut sangat tajam. Sebagai tanda persetujuan, wang pendahuluan Rm 1000 dititipkan kepada saya

12. Pada minggu hadapan, seperti yang dijanjikan, jurujual datang ke tempat saya dan terus ke bank bagi melangsaikan pinjaman kereta dengan nilai 20 ribu secara tunai. Dia juga membawa satu alat cap jari bagi memindahkan hak milik sementara. Satu cap jari dari isteri saya dan satu cap jari pemilik menandakan kereta myvi tersebut telah bertukar tangan

13. Akhir sekali, baki wang jualan Myvi tersebut dengan nilai Rm700 juga diserahkan secara tunai kepada saya. Selesai urusan kereta baru dan penjualan myvi dalam minggu yang sama. Maka bulan itu dapatla saya beraya dengan kereta terpakai yang masih dibaluti plastik dan bayaran ansuran pada harga myvi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikย www.carrentalrawang.com

http://www.mergecarrental.com

Related Posts

About The Author

13 Comments

  1. dd
    May 24, 2018
    • farhanalias
      June 5, 2018
  2. im
    June 9, 2018
    • farhanalias
      July 4, 2018
    • farhanalias
      November 17, 2018
  3. din
    June 21, 2018
    • farhanalias
      July 4, 2018
  4. Mawar
    July 3, 2018
    • farhanalias
      July 4, 2018
  5. Faiz
    July 30, 2018
    • farhanalias
      August 5, 2018
  6. Chanawan
    November 8, 2018
    • farhanalias
      November 11, 2018

Add Comment

%d bloggers like this: