Proses Restorasi Kuasa Enjin

Video dari siri rancangan automotif Fifth Gear ini, pengacara mengkaji beberapa langkah bagi mengembalikan kuasa enjin Volkswagen Corrado. Model Corrado ini adalah model lama sebelum model Scirocco dihasilkan

Semasa baru dikeluarkan dari kilang, enjin VR6 2800cc ini menghasilkan kuasa maksima 190Hp. Namun setelah beberapa tahun digunakan, enjin ini hanya mampu menghasilkan 177Hp.

Pernahkah anda perasan, kuasa enjin anda semakin lama, semakin kurang berkuasa seperti waktu dahulu. Keadaan ini tetap berlaku walaupun kita sentiasa menyelenggara kereta tepat pada masanya. Antara tanda – tanda yang terjadi ialah:

1. Enjin seperti hilang kuasa dan pecutan menjadi semakin perlahan

2. Penggunaan bahan api meningkat

Salah satu punca yang menyumbangkan kepada masalah di atas ialah enapan karbon yang berlaku semasa proses pembakaran. Enapan karbon ini akan berlaku pada injap masuk, piston, injektor bahan api

 

Enapan karbon yang terhasil di bahagian injap kemasukan akan menghalang oksigen masuk secara maksimum. Keadaan ini akan mengurangkan kecekapan “volumetric efficiency” dan mengurangkan kuasa enjin

Enapan karbon pada sistem injektor bahanapi pula akan menghalang injektor memancitkan bahanapi secara maksimum ke dalam kebuk pembakaran

Dalam video di atas, proses restorasi dimulakan dengan menggunakan “fuel line cleaner” yang mencuci sistem saliran bahan api sehingga sistem injektor bahan api. Pencuci ini akan mencuci enapan kotoran dalam sistem bekalan bahan api, enapan karbon pada injap dan injektor bahan api. Selepas diuji dengan menggunakan Dynometer, enjin ini menghasilkan 183Hp berbanding 177Hp sebelum menggunakan “injector engine cleaner”

Proses restorasi seterusnya ialah menukar penapis udara dan menukar minyak pelincir enjin. Penapis udara berfungsi menapis partikel kotoran daripada memasuki enjin semasa operasi. Lama kelamaan, penapis udara ini akan tersumbat dengan kotoran dan keberkesanannya akan berkurang. Kotoran yang melekat pada penapis udara akan mengalang udara masuk dan mengurangkan “volumetric efficiency” dan seterusnya mengurangkan kuasa enjin. Minyak enjin yang lama pula mengandungi partikel besi yang akan menambah “internal friction” di dalam enjin dan seterusnya mengurangkan nilai “mechanical efficiency” enjin. Proses menukar penapis udara dan minyak pelincir enjin mengembalikan 2Hp kepada enjin. Enjin Corrado sekarang menghasilkan 185Hp.

Bagi proses restorasi terakhir, palam pencucuh atau spark plug turut digantikan. Plug coil atau kabel palam pencucuh turut diganti baru. Spark plug yang telah lama digunakan akan haus semasa operasi, dan akan menghasilkan percikan api yang kurang berkuasa. Spark plug yang baru akan menghasilkan percikan api yang kuat dan enjin akan menghasilkan kuasa yang lebih kuat.

Setelah semua proses restorasi dilakukan, enjin Volkswagen ini menghasilkan kira kira 188Hp, hanya kurang 2Hp berbanding dengan enjin baru. Pengacara rancangan Fifth Gear merasakan response pedal minyak yang lebih sensitif, pecutan terasa lebih lancar, dan rasa lemau pada 3000-4000RPM turut hilang.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ketiga- tiga proses restorasi di atas sudah cukup untuk memastikan kuasa enjin dipulihkan dan enjin beroperasi dengan optimum.

www.mergecarrental.com

www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: