Sedan untuk Keluarga

Soalan dari wassap

Mcm ni sblm kahwin, wife saya beli exora cfe turbo sbb famili yang suruh. Skrg hajat nak tukar kereta sedan yg bayar bulan murah sikit.

So nak tanya demi kereta apa yg sesuai maintenance ok.

Tujuan : kereta famili (sedan)

Kondisi : mana2 kalau dapat baru lg elok

Buatan : local atau luar

Purpose: untuk daily drive dan long distance balik kelantan

Main concern : comfort

—————————————————————————–

Me: beli kereta atas saranan 3rd party agak bahaya, sebab yang akan guna, bayar bulanan akan ditanggung oleh pembeli. Sebarang kesilapan semasa memilih akan ditanggung oleh pembeli

Antara sedan yang menjadi pilihan ialah kategori A dan B

Kategori A

1. Saga 2016 – 32k (est)

Saga 2nd – 19k (est) boleh bayar cash

2. Bezza 1.3 dual VVTi – enjin yang jimat petrol dengan start stop function, lebih berkuasa dari Myvi 1.3 dan bonet yang luas 506 liter. Abaikan pandangan belakang untuk Bezza. Chassis yang diberi penarafan 5 start ASEAN NCAP dan ESC. Harga OTR Rm50800

Tapi biasanya sedan kategori A ni kurang penekanan terhadap ergonomik, maka perjalanan jarak jauh akan menyebabkan keletihan.

Sedan Kategori B

Secara umumya sedan dalam kategori ini agak mahal dan berharga antara 60-90k bergantung pada jenama. Salah satu pilihan yang ada ialah mencari unit terpakai.

Salah satu kriteria yang ditetapkan ialah comfort atau keselesaan yang menjadi fokus, Almera adalah antara pilihan yang boleh dipandu uji. Kabin yang senyap dan suspensi yang ditala lembut memang seronok dipandu tapi body roll yang agak ketara akan terasa kalau mengambil selekoh dengan bersemangat.

Enjin 1.5 CVVT ( sama dgn VVTi) hanya menghasilkan 101hp dan 139Nm torque tapi memadai untuk bergerak dari point A ke B. Model yang ditunjukkan di bawah hanya berharga 42k otr dengan bulanan Rm 482.

Common Japanese car memang mudah diselenggara dan mana2 pomen tepi jalan boleh membantu sekiranya breakdown. No rocket scientist required. Tambahan pula enjin bukan turbo lagi senang dijaga berbanding Exora turbo

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: