Sistem Suspensi Kenderaan

Sistem suspensi kereta/kenderaan terdiri daripada tayar, spring, penyerap hentakan (shock absorber) dan sambungan mekanikal antara roda dan cesi. Sambungan mekanikal ini membenarkan pergerakan secara relatif antara roda dan cesi.

Antara fungsi sistem suspensi ialah:
1. Memastikan kesemua tayar bersentuhan dengan permukaan jalan bagi mendapat cengkaman untuk memecut, membelok atau membrek
2. Mengasingkan dan menyerap segala bunyi, getaran dan kekasaran dari permukaan jalan dari meresap masuk ke dalam kabin
3. Meminimakan pergerakan cesi semasa rolling(selekoh), dive(membrek) dan squat(memecut)

Antara komponen utama sistem suspensi

Tayar- menyediakan contact patch antara permukaan jalan dengan permukaan tayar dan cengkaman. Cengkaman ini sangat diperlukan semasa membrek, memecut dan membelok

Spring- memastikan tayar sentiasa bersentuh dengan jalan. Sekiranya tayar melalui lopak atau bonggol, spring bertindak dengan menerima impak dari perubahan kedudukan tayar samaada ke atas atau ke bawah

Dalam kes ini, cesi berada di atas spring dinamakan sebagai sprung mass

Roda yang berada di bawah spring dinamakan sebagai unsprung mass

Penyerap hentakan- sekiranya spring menerima impak, sifat spring ialah ia akan tetap berayun sehingga kehabisan tenaga. Bagi mengelakkan spring berayun terlalu lama, penyerap hentakan dipadankan dengan spring.

Penyerap hentakan ini biasnya dikelaskan kepada gas (pneumatic) ataupun cecair (hidraulic).

Sambungan Mekanikal – ataupun mechanical linkage, menyambungkan sistem cesi dengan spring, absorber dan roda. Sistem ini terbahagi kepada dua, indipendent system dan dependent system

Dependent system

Dalam sistem ini, tayar di bahagian kiri dan kanan cesi akan disambungkan dengan satu bar besi. Sebarang pergerakan di roda kanan akan mempengaruhi pergerakan di roda kiri dan sebaliknya.

Salah satu contoh ialah sistem ini ialah
-torsion beam axle


-5 link suspension


-solid axle suspension

Indipendent System

Dalam sistem ini, roda kiri dan kanan telah diasingkan antara satu sama lain. Sebarang pergerakan antara roda kiri tidak akan mempengaruhi roda kanan dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, sistem ini menggunakan rod sambungan yang lebih kompleks berbanding dengan torsion beam

Antara Contoh sistem ini ialah:


-double wishbone suspension

9
-McPherson suspension


-Multilink suspension

Kedua dua jenis sistem ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam post seterusnya. Setiap sistem mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikĀ www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: