Susun Atur Enjin & Roda Dalam Automotive

Apabila bercakap mengenai teknologi automotif, biasanya  jurutera akan mengkategorikan jenis kenderaan berdasarkan kedudukan enjin dan roda yang menggerakkan kenderaan tersebut. Enjin boleh berada di hadapan ataupun belakang. Kedudukan roda yang mendapat kuasa dari enjin pula boleh berada di hadapan, belakang atau semua roda (pacuan 4 roda). Bagi artikel kali ini, saya mendapat bantuan Google untuk gambar

Warna Merah ialah enjin

Warna Biru ialah roda yang mendapat kuasa dari enjin

 

1.  Susun atur FF ( Front Engine, Front Wheel Drive)

Bagi susun atur ini, enjin diletakkan pada bahagian depan cesi dan roda hadapan mendapat kuasa dari enjin bagi menggerakkan kereta. Roda hadapan berfungsi menggerakkan kenderaan dan berputar pada paksi untuk mengambil selekoh Contoh kereta ialah Perodua Myvi

Kelebihan sistem ini:

  • penggunaan ruang boleh dijimatkan kerana tiada bahagian mekanikal yang kompleks
  • berat kenderaan adalah minima, menggunakan bahan api yang minima
  • kos pembinaan yang murah

Kekurangan Sistem ini:

  • berat kenderaan yang tidak sekata, bahagian depan menjadi lebih berat, kurang ideal semasa selekoh
  • tiada ruang untuk meletakkan enjin yang kompleks, biasanya enjin terhad kepada 4 silinder atau 6 silinder V
  • sukar untuk menerima kuasa lebih daripada 300Hp kerana masalah “torque steer” yang terjadi pada roda hadapan
  • Sekiranya mengambil selekoh pada halaju tinggi, kereta akan mengalami understeer

Honda Civic Type R adalah contoh dimana kereta dengan susun atur FF mampu menerima 300Hp dan seronok dipandu

 

2. Susun atur FR (Front Engine, Rear Wheel Drive)

Bagi susun atur ini, enjin diletakkan pada bahagian depan cesi dan roda belakang mendapat kuasa dari enjin bagi menggerakkan kereta. Roda hadapan berfungsi mengemudi kenderaan dan roda belakang menggerakkan kenderaan. Bagi menghantar kuasa ke belakang, satu “drive shaft” disambung dari kotak gear ke roda belakang, dan terpaksa mengambil sedikit ruang dalam kabin penumpang

Kelebihan Sistem ini:

  • Berat kereta adalah yang lebih naik pada bahagian hadapan dan belakang
  • Pemindahan berat (weight transfer) berlaku pada roda belakang, membantu memberi cengkaman yang lebih dan pecutan yang lebih baik berbanding dengan FF
  • Kawalan kenderaan (handling) lebih baik disebabkan berat yang sekata dan weight transfer
  • Ruang enjin yang besar membolehkan enjin yang besar seperti enjin 6 silinder menegak ataupun enjin V 8 silinder dipasang ataupun V10 dipasang

Kekurangan Sistem ini:

  • Sistem transmisi menggunakan banyak ruang termasuk ruang cabin penumpang
  • Sistem yang kompleks menambah berat kereta dan kadar penggunaan bahanapi meningkat
  • Sekiranya mengambil selekoh pada halaju tinggi, kereta akan mengalami oversteer
  • Kos pembinaan yang mhal berbanding susun atur FF

BMW adalah salah satu contoh kenderaan FR, menggunakan enjin 6 silinder sebaris, kuasa dihantar pada roda belakang dan biasanya mempunyai nisbah berat 55:45 antara bahagian depan dan belakang

3. Susun atur MR ( Mid Engine, Rear Wheel Drive)

Bagi susun atur ini, enjin diletakkan pada bahagian belakang cesi dan dihadapan gandar belakang dan roda belakang mendapat kuasa dari enjin bagi menggerakkan kereta. Roda hadapan berfungsi mengemudi kenderaan dan roda belakang menggerakkan kenderaan. Secara amnya, engine berada di tengah chassis membantu pengendalian kereta. Berat enjin yang berada di tengah cesi membantu pengagihan berat yang sekata dan memberikan kualiti pengendalian yang lebih baik. Kereta Formula 1 dan supercar adalah contoh kereta yang menggunakan susun atur MR

Kelebihan sistem ini:

  • Berat kenderaan yang sekata pada gandar depan dan belakang yang menghampiri nisbah 50:50
  • Pengendalian yang lebih baik berbanding FF dan FR
  • Disebabkan enjin berada sangat dekat dengan roda pacuan belakang, cengkaman tayar adalah kuat dan mempunyai pecutan yang lebih baik
  • sistem transmisi boleh diringkaskan dan dipakejkan dalam unit yang kecil

Kekurangan sistem ini

  • Ruang penumpang terpaksa dikorbankan untuk enjin, menjadikan hanya 2 penumpang sahaja
  • Tiada ruang untuk bagasi atau hanya ruang yang terhad pada bahagian hadapan untuk beg sekolah ank

Ferrari adalah antara kereta yang menggunakan configurasi ini untuk kenderaan mereka

 

4. Susun Atur RR (Rear Engine, Rear Wheel Drive)

Dalam susunatur RR, enjin kenderaan dipasang dibahagian belakang seperti MR, tapi berbeza dengan MR, suusn atur ini meletakkan enjin selepas gandar belakang kenderaan. contoh yang biasa kita nampak ialah bas dan bagi kenderaan persendirian Porsche 911 dan Renault Twingo

Kelebihan sistem ini:

  • Tidak memerlukan “drive shaft” menjadikan sistem ini ringan, ringkas dan efisyen
  • Bahagian tengah cesi boleh digunakan untuk penumpang dan muatan
  • Sesetengah kenderaan elektrik menggunakan platform RR disebabkan faktor penyejukan untuk motor elektrik
  • Bagi bas, bahagian platform boleh direndahkan untuk memudahkan kemasukan penumpang
  • Apabila bergerak, wujud tekanan angin rendah di bahagian enjin, menjadikan enjin sesuai untuk disejukkan dengan udara. (remember Vw Beetle?)

Kekurangan sistem ini:

  • Sekiranya tergelincir sewaktu selekoh, platform sangat tidak stabil dan sukar dikawal
  • Sekiranya pecutan berlaku di bahagian selekoh, roda depan akan mengalami understeer
  • Sekiranya enjin dengan sejukan cecair coolant digunakan, sistem akan menjadi terlalu kompleks dan menambah berat kenderaan dan tidak sesuai untuk kenderaan kecil persendirian

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: