Tanda – Tanda Radiator Bocor

Tanda – tanda radiator bocor

======================

Radiator dalam kenderaan befungsi sebagai heat transfer device, memindahkan haba berlebihan dari blok silinder ke luar enjin agar enjin beroperasi pada suhu yang sesuai. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Kalau radiator ada masalah bocor, akan wujud beberapa tanda sebelum enjin mengalami masalah overheat.

Kalau enjin ada masalah overheat, biasanya pengakhiran cerita bukan seperti cerita hindustan. Biasanya kepala silinder akan bengkok dan kos baik pulih adalah tinggi. Ada beberapa simptom yang boleh dilihat sekiranya radiator bocor

1. Cecair penyejuk (coolant) akan berkurangan dengan ketara. Dalam gambar 1 cecair coolant berada pada takat maksima

2. Cecair coolant dalam tangki simpanan (reserve) berkurang atau habis terus. Dalam gambar 2, coolant masih ada cuma tak nampak.

3. Wujud kesan residue cecair coolant pada bahagian yang bocor. Dalam kes ini, coolant yang saya pakai berwarna merah. Apabila coolant bocor dan kering, wujud kesan berwarna merah pada bahagian yang bocor. Kalau pakai coolant berwarna biru, kesan residue akan berwarna biru.

 4. Wujud titisan air pada lantaibatau permukaan jalan setiap kali berhenti dan mempunyai warna seperti biru, merah atau hijau. Titisan atau tompokbair ini biasa akan wujud selepas kereta di parkir lama
5. Meter suhu menunjukkan suhu air terlalu panas ke bahagian panas seperti gambar. Sekiranya ini yang terjadi, sila hentikan kereta, buka penutup enjin, tapi pulas kunci ke bahagian ACC bagi membiarkan kipas terus berpusing

http://www.mergecarrental.com

http://www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: