Tips Jimat semasa servis di pusat servis

 

Apabila kita menghantar kereta ke pusat servis, salah satu tujuan utama ialah untuk memastikan kenderaan diservis dengan baik secara berjadual dan jaminan pengilang terpelihara. Namun kadangkala sakit hati apabila beberapa non critical item ditambah. Benda ini biasa terjadi pada kawan kawan saya yang non technical.

Asa beberapa tip yang saya amalkan selain membelasah nasi lemak beserta kopi di pusat servis untuk berjimat.

1. Sentiasa servis kereta on time, samaada ikut kilometer atau bulan atau mana mana yang terdahulu. Sekiranya service berkala pada setiap 10,000km maka jangan lambatkan service. Kalau service melebihi masa yang ditetapkan, lama kelamaan kemungkinan akan wujud secondary defect yang akan berlaku seperti kehausan enjin dan carbon build up.

2. Apabila service di awal waktu, atau mengikut jadual yang ditetapkan, maka terdapat kebarangkalian untuk pusat service menambah aksesori lain seperti engine flush treatment. Biasanya produk ini ditawarkan kepad pelanggan yang selalu service melebihi kilometer yang ditetapkan. Produk ini digunakan untuk membuang carbon deposit yang terbentuk apabila penukaran minyak enjin tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Saya akan tolak engine flush treatment sekiranya kereta saya mengikut jadual yang ditetapkan. Untuk tambahan maklumat, penggunaan engine flush yang bersifat menghakis akan memberi kesan pada enjin untuk jangka masa panjang.

3. Battery terminal protector biasanya perlu ditukar setiap kali penukaran bateri baru dibuat, bukan setiap kali service. Walaupun kos dalam rm 4, kalau sepuluh kali service boleh jadi rm 40. Kalau bateri baru, saya akan request untuk pasang.

4. Cabin filter boleh dicuci sendiri sekiranya rajin. Boleh ikuti langkah untuk mencuci cabin filter berdasarkan posting lama saya di link ini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1257168704329618&id=100001095016779

Anggaran kos yang dapat dijimatkan antara rm 31- rm90 bergantung pada jenama kereta
Tapi kalau dah hitam seperti penapis asap diesel, saya sarankan untuk tukar.

5. Pencuci cermin kereta antara barang aksesori yang saya akan tolak dan saya buat sendiri di rumah. Biasanya saya gantikan dengan jel pencuci pinggan jenama Joy, bukan Joy nama orang mahupun coklat😂
Tapi untuk hilux saya, pencuci dia sangat bagus. Terus cermin saya bersinar seperti cermin ajaib. Untuk hilux saya pakai yang original.

6. Injector cleaner saya akan letak sekiranya saya rasa prestasi enjin seperti kadar pecutan kurang memuaskan, enjin terasa kasar, penggunaan petrol yang tinggi dan kurang power, baru saya akan request injector cleaner untuk cuci injector fuel line. Fungsi cleaner ini ialah untuk cuci injector, combustion chamber, valve dan spark plugs. Kalau masih ok, saya tak akan buat. Kos jimat dalam RM30-50 bergantung pada jenama kenderaan.

7. Tayar yang dijual di pusat servis bagi saya adalah mahal 30-40% berbabding di luar. Kalau dah nak sampai end of shelf life, baru tayar tersebut dijual murah murah. Biasanya tayar saya akan beli di kedai tayar luar.

8. Kumpul baki lebihan minyak enjin dan bawa pulang ke rumah. Baki minyak enjin akan disimpan di dalam stor dan dikumpulkan sehingga penuh satu botol. Bila penuh, saya gunakan kembali minyak baki tersebut

9. Sekiranya enjin ada berfungsi dengan baik menggunakan spark plug biasa dan ditukar setiap 20-30k kilometer, saya berpendapat tidak perlu menukar ke spark plug premium melainkan anda bercadang untuk masuk ke litar perlumbaan. Spark plug premium ini bagi saya mahal, dan kelebihan yang ditawarkan adalah sangat minima. Feel good effect sahaja. Kalau spark plug ini sangat bagus, kenapa tidak dipasang awal awal lagi sewaktu dalam kilang?🤔🤔🤔

10. Perangkap magnet untuk penapis minyak enjin adalah magnet yang dipasang pada penapis minyak enjin bertujuan memerangkap habuk besi. Pengalaman saya dengan kereta Hyundai dulu, memang ada magnet ini dipasang tapi di dalam takung minyak gearbox. Persoalan saya ialah, adakah pengeluar tidak yakin dengan keupayaan penapis minyak enjin buatan sendiri sehingga terpaksa menggunakan bantuan magnet? Saya masih menggunakan kereta dengan jarak perbatuan melibihi 200,000 km tanpa memasang magnet ini. Masih lagi ok. Terpulang kepada pemilik kenderaan untuk membuat penilaian.

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: