Toyo Neo 3

Long Term Test Drive – Toyo Neo 3

Asal tayar ni ialah Toyo Teo Plus. Sebelum ni dah pakai Toyo Teo Plus dalam 4 tahun sebanyak 2 set. Made in Japan rubber memang tip top

Neo stand for Nano Energy 3 keluaran Toyo. BTW Toyo Japan dah take over major share dalam Silverstone. So tayar ni dibuat di Silverstone Taiping plant. Rasa skeptical agak tinggi sebab biasanya produk keluaran Silverstone kurang berkualiti.

Unique Selling Point Toyo Neo 3 ni untuk reduce rolling ressitance, increase fuel efficiency, reduce tyre noise, dan improved wet and dry performance.

Benchmark untuk tayar ni ialah dengan Michelin XM2. saiz 16inch 185 55.

Treadwear : 420 lebih kurang dengan XM2

Traction : A sama dengan XM2

Dry performance – lebih kurang sama. Tapi Neo 3 perform better semasa cornering. XM2 dah berbunyi kalau push over 90 – 110km/h. Lokasi Jalanraya Grik – Jeli

Wet performance – XM2 perform better. Tyre groove dan longkang XM2 lagi besar dan mampu disperse air hujan dengan lagi berkesan

Both tyre have good performance dalam emergency brake samaada dry road atau wet road. X pernah tayar lock dan ABS activated

Tyre noise – XM2 better. Tiada data diambil secara terperinci. Kene pakai sound meter untuk cek. Tapi better than Goodyear Excellence. Tp berdasarkan “feeling” Conti CC6 better from both in this area.

Comfort – XM2 dan Neo3 sama performance. Mampu menyerap getaran dari line kuning yang normal tapi masih gagal menyerap gegran line kuning yang dicat 2 lapis. Atas permukaan jalan yang tidak rata, mampu memberikan keselesaan macam kereta mahal.

Harga – XM2 Rm220 per unit. Neo3 RM 200 per unit. Harga tidak termasuk GST dan mungkin berubah dari satu tempat ke tempat lain

Recommendation – family use, comfort based tyre dan long lasting. Alternative to XM2. Harga pun murah jugak la. Soft sidewall mungkin akan menganggu sedikit handling kereta.

Untuk lebih senyap – boleh pilih Conti CC6

Untuk safety against aquaplanning – Dunlop J5 dan Dunlop D5 Drift perform better dan murah. Tapi Dunlop agak bising

Untuk performance – Boleh pilih Toyo Proxes atau Bridgestone Potenza Adrenalin 003

http://www.mergecarrental.com

http://www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: